Ikut Belakang

Tuesday, July 9, 2013

Counting

Selamat Berpuasa semua kawan-kawan. Malam ni dah start terawih dan sahur. Konfem kat pasaraya kemain ramai dan sesak penuh orang (lepas terawih) sebab semua pakat sibuk nak beli barang untuk masak sahur.

Bulan puasa tahun ni, bulan kedua kami berdua tapi masing-masing macam orang bujang, sama macam tahun lepas. Sorang kat sinun, sorang kat sini. Hujung minggu baru sempat makan sahur dan berbuka sama-sama. Tahun ni paling bahagia, lagi 3 hari aku kerja dan belen-belen counting days sebelum bersalin, boleh masak sahur dan berbuka berdua pula. Walaupun tak dapat nak masak tapi at least ada di rumah. Terbalik pulak pasni, suami yang masak untuk isteri, masak pulak lauk berpantang. Ngeh3. Alhamdulillah. Doakan kami terus dapat bersama sebumbung hingga selama-lamanya.

Pasal thalassemia trait tu, Insya Allah takde pape kot, sebab Dr. hanya buat reason untuk cuti bersalin je. Kalau betul ada, mesti Dr. akan buat ujian, screening bagai dan apa-apa lagi prosedur yang Dr. lebih tahu.

Counting untuk puasa dan bersalin, doakan saya ye...

Owh, nak tengok citer ni sebelum bercuti;

Despicable Me 2
Eh. Poster ni macam untuk suami-to-be je

Monday, July 8, 2013

Semoga Dikau Tenang Disana

 Hari Sabtu (6/7/13) merupakan hari yang amat menyedihkan bagi kami semua. Atok dijemput Ilahi tanpa sempat kami nak mohon maaf dan keampunan. Atok 'pergi' dengan penuh kesakitan. Atok dilanggar lari semasa balik dari 'ngeteh' dari kedai kopi kegemaran di Batu 12 Tg. Karang. Basikal tua atok dilanggar daripada belakang hinggakan terlipat "U". 

Sungguh zalim orang yang melanggar tubuh tua atok walaupun atok sudah mengayuh kat atas rumput je (kat tempat kejadian ada kesan brek atas line putih terperosok ke atas rumput). Zalim benar hinggakan sanggup lari meninggalkan tubuh atok yang kesakitan berdarah; kepala atok berdarah kerana pecah, kemungkinan leher atok patah sebab masa aku tengok mayat di hospital, leher bengkak dan halkum atok senget daripada kedudukan. Mata atok lebam. Banyak lagi luka di kepala. Petang Sabtu di bilik forensik, darah masih panas menitis daripada kepala atok sedangkan jantung atok sudah terhenti. Bantuan daripada doktor dan pegawai perubatan tidak henti-henti. Sedangkan atok selepas kemalangan terus koma hingga dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Berganti-ganti doktor memberikan bantuan di dada kurus atok supaya kami semua dapat melihat atok lagi. Tapi Allah sayangkan atok, menguji hati kami untuk melihat sahaja jasad kaku atok tanpa roh dan nyawa. Masya Allah.

Hati aku amat terhiris saat melihat wajah atok dalam bilik mayat. Hidung atok tersodok, kepala atok terkoyak dan pecah, kenapa atok pergi dalam keadaan begini? Seksanya atok. Dua minggu lepas, terakhir jumpa atok, atok pesan jangan lupa datang lagi, atok tunggu. Atok, sekarang saya yang tunggu atok. Tiap minggu kalau pergi rumah atok, atok dah takde. Takde lagi senyuman tua atok, senyuman yang dirindui, senyuman tanpa gigi atok yang tetap menawan hati. Puasa tanpa atok. Raya tanpa atok. Mana nak cari atok lagi?

Walaupun kita hanya berjumpa sementara, hanya sempat kenal 2 tahun sahaja, tapi aku dah anggap macam atok sendiri sebab atok aku dah pergi terlebih dahulu, tanpa sempat nak bermanja lama. Dengan kehadiran atok, atoklah penggantinya. Sekarang aku dah tak ada atok lagi. Setiap kali jumpa atok, ku cium pipi kedutnya, dahi tuanya, atok hanya sengih-sengih. Sekarang atok dah takde.

Atok yang selalu menanyakan cucu menantunya ini, setiap kali. Bila aku dan suami datang rumah atok; atok melingas mencari kami. Kalau suami yang masuk rumah dulu jumpa atok, mesti atok akan tanya tak bawak ella? Mana ella?

Atok, tenanglah di sana. Ya Allah, tempatkanlah atok dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkanlah dosa-dosanya. Kami akan sentiasa doakan atok.


  

Friday, July 5, 2013

Persiapan

Ada seminggu lagi sebelum cuti-cuti lama. Ramai bagi tips suruh banyakkan berjalan. Harap-harap tips banyak berjalan senang melahirkan tu menjadi kenyataan. Kadang-kadang boleh berjalan laju sikit, kadang-kadang slow and steady.

Persiapan bersalin; Insya Allah semuanya dah siap. Anggaplah siap sepenuhnya, pengalaman pertama nak bersalin ni, masih confuse yang mana perlu dipersiapkan lagi. Kalau fikir nak siap, memang tak siap-siap nak fikir apa yang tak siap (?) Paling penting, siap emosi.

Persiapan bercuti lama; bos pulak dah pesan awal-awal, nak call masa berpantang. Arghhh. No, no, no. Nak sekat call bos awal-awal. Dah ada orang ganti, rely jelah kat pengganti kan. Bagilah kite rehat secukupnya. Buat apa ada pengganti kalau kita jugak yang diterjahnya. Elaun ganti dibayar kot, haha. Godek jelah komputer tu, mesti dalam tu semuanya.

Persiapan puasa; Kalau tak deliver hari puasa, nak try puasa 1/2 hari. Kalau tak larat esok sambung 1/2 hari lagi. Pastu campur complete sehari. Boleh? Macam sekolah rendah dulu-dulu kan, aku pulak pergi percaya kat budak-budak yang cakap camtu.

Persiapan raya;
(a) Cuti raya memang lamaaa... Tapi kena bertahan la, orang makan sedap-sedap. Tapi kalau fikir-fikir, juadah raya apa yang aku duk ketagih sangat sampai tak tahan tu? Rasanya takde kot. Kalau raya, juadah mak buat nasi impit je. Ermmm, macam kurang menggoda (positif). Kecuali tat nenas. Itu memang tak boleh tahannn. Sekarang ni masih takut nak makan "nenas". Jadi, sebelum bersalin, nak makan tat nenas banyak-banyak.

(b) Kesian suami dan anak. Takde baju raya untuk dorang berdua. Suami boleh pakai baju Melayu masa kahwin + sanding tahun yang errr, dah lama dulu kot. Eh.Kite pun takde baju raya tahun ni. Kain batik dan T-Shirt jela kot, dengan stokin belang-belang. Tapi ofkos la ada orang datang beraya + tengok baby~pakai jelah yang mana muat.

(c) Tak tahulah sempat shopping raya untuk mak/abah/adik-adik ke tak tahun ni. Maaf ye korang, kalau tak sempat tu, qada jelah tahun depan. T_T

Persiapan penting; suami pun harus membesarkan perut [supaya sama-sama maju ke depan]

Tuesday, July 2, 2013

Cuti Awal Kerana...

Apa itu thalassemia trait?
Anemia jugak kan adik beradiknya~
Mild. Minor.
Bahaya ke.
Dan
Dapat early leave sebab itu.
Seminggu je pun dari EDD.
Nanti lepas bersalin, kalau tak cukup darah, dorang akan masukkan darah orang lain ke?


....



Friday, June 7, 2013

Hormones


Duhhh. Tak pasal-pasal emo sejak dua menjak disebabkan sedikit keletihan. Macam biasa berjalan balik rumah, lalu kat laluan pejalan kaki. Macam biasa jugak ada budak-budak jual nasi kerabu/nasi kukus/nasi lemak/nasi minyak dan nasi lain-lain kat kaki lima pejalan kaki berbumbung tu.

(i)
Macam biasa jugak, ramainya manusia pada peak hour kat lorong tu, yang balik kerja, balik kelas, keluar makan, pegi stesen bas, stesen LRT, tunggu teksi. Campur-campur orang Malaysia, Indonesia, ahhh ramai lagi foreigner lain yang time tu aku nak je terbang, kalau boleh.

Sebab tolonglah bagi laluan kat ehem aku yang berbadan besar ni. Eh marah sangat aku kat gerai budak ni, menjadikan lorong tu semakin sempit dengan pelanggan yang que, dengan orang yang tengah nak ke hulu hilir ke sana sini lagi, yang sesaja gatal kaki dan mulut berborak kat tengah jalan lagi, yang jalan lenggang kangkung macamlah masuk Pavi. Hoih. Sekali dunggg!

Aku terhantuk kat besi iklan tepi lorong pejalan kaki oleh kerana situ je space yang aku boleh lalu tanpa lihat apekebendamakneneknya ada kat depan. Mata duk melilau nengok orang a.k.a menepis orang supaya aku tak tersengaja tersiku etc, tapi tak perasan pulak besi iklan tu paras-paras mata (eye level). Nasib baik la pulak bucu tak tersepuk dalam mata, cuma terhentam kat kepala.

Spontan dan sakit hati plus sakit terhantuk tu dah hilang, aku cakap "adoiii". Tuje. Lega sebab berjaya marah semua orang kat situ secara halus (kalau dorang fahamla~) hanya dengan satu ayat. Ada dorang kesah mak buyung terhantuk?

(ii)
Dah banyak kali jugak lepas turun LRT, aku skip first trip of elevator. Mak aihhh ramainya manusia kurus kering naik dan turun lif. Then aku yang memboyot ni pandang terkelip-kelip putih mata, biarkan mereka-mereka yang kurus-murus tu loading masuk lif dan berjaya turun akhirnya. Tinggallah aku terkulat-kulat tunggu trip kedua, yay exclusive untuk aku sorang-sorang~Ada dorang kesah mak buyung tak muat masuk lif?

(iii)
Then, malas ahhhh nak cakap pasal priority seat untuk golongan kami (boleh rujuk gambar-gambar yang ditampal kat cermin coach). Ada dorang kesah mak buyung tak dapat duduk? Nay. Kau akan sakit hati sendiri. Lebih baik sakit kaki berdiri daripada sakit hati tengok hipokritnya mereka yang duduk dengan purak-purak tak nampak perut I yang tersondol di muka dorang. Mostly, dorang yang ignore golongan kami ni ialah perempuan.

"Boleh saya nak mintak duduk?" Tak ke malu aku kalau dorang berkeras tak nak bangun? Thanks a lot kepada mereka yang offer seat kat aku. Yang offer tu pun mostly perempuan. Yang pria-pria gagah tu erm, dorang belum jadi ayah lagi so tak tahu pasal oedema or leg cramping etc, so buat donno je, tak malu pulak dengan awek yang bangun offer seat tadi.

Yah, pastu kau berjaya dapat seat. Cuba tengok mereka-mereka tadi, terus angkat kepala, no more slide or belek-belek smartphone atau pejam mata tidur, terus mata dorang melilau cari aku. Nak tahu kat mana aku duduk. Btw, korang akan lalui jugak pengalaman ini. Honestly, aku orang aktif semasa aku tak pregnant dulu, tak duduk pun walaupun tempuh 7 stesen. Orang lain lebih memerlukan. Tapi sekarang aku lebih memerlukan untuk beberapa minggu akan datang ini sahaja. Erm, mungkin aku kurang bernasib baik untuk dapat priority itu.


No offense, blame the hormones. Flushhh. Dah lama tak emo. Ahhh lega.

Macam tupai terbang tu kan.