Ikut Belakang

Wednesday, December 29, 2010

Hari Keluarga Basi

Dari kiri hadiah masa berada kat opis lagi. Kanan dah di display kat tempat kejadian.

Oleh kerana lambat update kejadian hari keluarga, maka ia dah jadi basi. Hadiah yang siap siaga untuk diberikan kepada sesiapa yang bertuah. Nampak tak tv yang menjadi idaman semua kat belakang tu? Tak nampak? tengok betul-betul.

Nampak tak yang kanan sekali baju warna coklat serupa batang pokok di Woods Resort, Ulu Yam tu? Jangan konfius. Itu ialah orang, jangan sangka ia sejenis pokok ye. Seorang pembantu setia berlari-lari kencang semasa hari kejadian. Juga nampak sibuk dengan selotep yang dibuat gelang (senang kerja) -jakun. Juga kat dalam beg tu menyimpan semua peralatan. Ada pisau, gunting, marker, pen dan sebagainya. Dua orang gadis cantik tu pembantu juga. Yosh!

Ha, ini permainan kanak-kanak tak mencabar langsung. "Cartoon Character". Buat aksi kartun yang disuruh secara cepat jangan silap. Yang nombor 1 tu anak bos aku.


Ini permainan orang tua. Nampak tak batang pokok main game? Haha. Itu namanya "Sepit Guli kat Chopstik". Aku terer, tak jatuh guli tu. Disebabkan selalu makan guna chopstick jadi takde masalah uols!-ayat gedik jangan muntah.

Tapi kalah jugak. Aku main secara jujur takde tipu tapi grup lain siap pegang guli sampai ke baldi. Ada jugak yang bukan sepit guli tapi letak atas chopstik macam "orang pegang stretcher". Apa pulak benda alah tu, tak paham la. Haha.

Satu lagi game "Baju Besar", main dua orang. Masuk baju secara berdua, lubang kepala dua orang. Lari ke garisan depan, tanggal baju dan pakai balik. Gila tak fair main tipu semua. Aku ngan member punyala tanggalkan betul-betul, pakai betul-betul complete tapi orang lain masuk kepala je tangan tak masuk, terus lari dan dapat nombor. Emo betul.

Terjerit-jerit aku "Yey nombor dua, nombor dua". Pengadil Tak Adil cakap "Ah, takde, takde korang last". Bengong. Ooo, main kasar ye. Aku terus cakap "Main tipu bolehla. Dari main guli tadi dah tipu. Tak fairrr!!!". Sampaikan game master tu terkejut aku jerit macam tu. Dia pujuk-pujuk. Tapi aku dah emo, "Ah, dah dah dahhh!!!". Haha. Emo. Emo. Macam budak tadika. Emo weh kalau orang main tak adil kan.

Dah majuk, aku tak masuk game lagi. Pergi mamp. Hahaha. EMO.


Ini aku tengok je dorang main. "Garisan Terpanjang", buat garisan guna apa sahaja barang yang ada pada badan sahaja. Disebabkan ramai yang tak jujur, tali/barang kat badan penyokong pun diambilnya. Nampak tak kenapa aku emo?

Grup ni bersungguh-sungguh main. Tiga-tiga ni baring. Tapi dapat nombor 2 je. Tanggal baju sebab nak sambung dengan garisan tu.

Well, walaupun tak main/menang game banyak tapi dapat hamper paling best kan. Sempat lagi nak buat ucapan. Haha. Nampak tak hamper tu. Tak nampak? Takpe, roll ke bawah...
.
.
.

Tadaaa...

Ini yang mahal sebenarnya. Ferrero Rocher.

Tweet : Sungguh tak adil. Sampai hari ni tak puas hati dengan corak permainan mereka. Emo.

Tuesday, December 28, 2010

Bapak Emo

Orang tak boleh marah kalau aku nak emo

Monday, December 27, 2010

Pengumuman Terbaru

Ahad (semalam) ada satu kes yang membuatkan aku naik angin, naik darah, sakit kepala, tension, pale otak serabut dan sebagainya lagi. Bukan kes kat Mahkamah tapi kes kat rumah aku.

Ada ura-ura aku dah dengar housemates bincang-bincang nak naikkan duit sewa. Konon nak genapkan takmau nak susah-susah bagi belen pasni. Aku pun tak pasti atas sebab apa nak naikkan. Disebabkan aku duk bilik master, dorang cakap bayarannya mahal sikit. Tempat luas, attach dengan bilik air. Padahal dorang tak kira ke berapa cm keluasan yang kami dapat untuk tidur dan letak almari baju? Muat-muat untuk letak tilam single sebijik dan letak almari je sayang oi. Lagipun satu bilik kongsi 3.

Nak dijadikan kes, aku tanya mate bilik tengah berapa dia bayar. Ikut harga lama atau baru sebab aku dah bayar untuk Januari 2011 tapi tukang collect tak return belen. Dia kata dia bayar genap RM185. Harga lama bilik dia RM184.50. Di situ, disebabkan aku ni kaki emo, terus luahkan rasa tak puas hati (bukan harga naik sebenarnya) tapi kerana tak diberitahu awal/takde orang ajak bincang secara 14 bijik mata menentukan harga akan naik. Tu je.

Atas keputusan sape semua setuju nak naikkan harga? Setuju harga baru. Ok, petrol naik aku tak nak emo sebab aku pergi kerja naik LRT dan bas. Kereta belum pakai lagi. Ofkos kalau aku dah pakai kereta aku berhak sumpah seranah jugak sebab aku rasa beban tu.

Dari harga RM157 naik RM160x3=RM480. Naik RM3 setiap orang. Ok, RM3 lepas untuk aku makan sarapan tiga hari. Orang kata aku berkira sangat. Duit aku, peluh aku mesti la berkira. Tup-tup bangun tido, nampak note tampal pengumuman bermula Januari harga bilik naik harga. Kesak! Ok, nanti balik kerja nanti aku tanya kenapa naik.

Dan, mate bilik tengah tu yang cakap kat tukang collect duit aku tak puas hati kan? Nice.

Tweet : Tahniah berjaya buat aku terbakar

Rokok

Sabtu lepas, aku pergi beli air 100+ dekat 7e. Ada sorang mamat ni cakap kat akak kaunter tu nak rokok Malboro. Then akak tu bagi kat dia.

"Kak, nak kaki".
"Hah? Kaki ape?"
"Ni ha, tak nak baby, nak kaki".

Aku ambik turn bayar. Aku cakap kat akak tu. "Ingatkan tak nak langsung beli rokok, rupanya nak tukar gambar je".

Akak tu cakap ramai yang nak tukar, nak gambar yang selesa di pandang setiap kali nak merokok. Ada yang nak gambar pre-matured baby, ada yang nak gambar kaki gangren dan sebagainya lagi.

Ada kawan aku, dia siap tukar kotak kepada kotak rokok yang lama dulu.

Tweet : Aku bebas rokok dan asap. Tapi memang nak termuntah tengok gambar-gambar dekat kotak tersebut.

Friday, December 24, 2010

Angan Nan Tinggi


Hehe.

Layan perasaan dengan gambar macamni. Membayangkan suatu hari aku di tempat ini. Insya Allah.

Gambar ini dicuri di sini.

Tweet : Layannn...

Thursday, December 23, 2010

Payung

eh, eh, eh, under my umbrella, eh, eh.

Hujan pagi

Pagi-pagi hujan, bawa rahmat. Erat hubungan. Tak bawa payung, boleh berlari pergi bawah payung sesiapa, dimaafkan kalau buat secara tiba-tiba (kalau tak malu).

Pagi-pagi hujan, membasahkan bumi. Mensucikan debu-debu, memberi kesegaran pada pokok, memberi minuman kepada haiwan. Membersihkan darah-darah pada permukaan jalan raya. Banyak sangat kemalangan sekarang ni.

Pagi-pagi hujan, beri rehat kepada penoreh. Beri rehat kepada suri rumah. Beri cuti kecemasan kepada pekerja kerajaan, sambung tidur.

Pagi-pagi hujan, dua orang perempuan ego juga tak nak kongsi payungan. Rela basah terkincit berlari deras. Ermmm.

Pagi-pagi hujan, dua lelaki ego lagi tinggi tak nak kongsi payungan juga. Rela basah pakcik sebelah. Seorang berpayung, seorang tak. Rela basah walau perlahan berjalan.

Kenapa? Hujan bukan gerimis. Ia lebat.

Pagi-pagi hujan, tak nak kongsi payung. Kalau perempuan tak rela berkongsi, lelaki pun apatah lagi.

Tweet : Faham?

Wednesday, December 22, 2010

Gurau


Payah juga bergurau dengan orang. Gurau dikatakan salah.
Salah aku juga, tak reti gurau agaknya.
Salah tafsir jadi panas.

Tweet : Jaga mulut, jangan nak ciom 'bontot' orang

Aku Skandal #1

Mak Aih
Kalau nak diceritakan tentang cinta skandal, beralih arah dan cinta tiga empat bucu ni memang aku penat. Cinta kan buta, menyerang sesiapa sahaja tak kenal siapa. Yang dah ada pakwe, makwe pun kena sama. Apatah lagi orang yang dah berkahwin, beranak-pinak, tua keladi, muda belia. Cinta kedua kot, ketiga dan seterusnya.

Love is Chinta?

Skandal cinta aku terjadi lebih kurang tahun 2005/2006 kot. Masa tu aku sudah/telah siriyes dengan L' Amour. Cinta pandang-pandang jeling-jeling dengan Si Jejaka. Masa ini aku tengah kerja dekat Econsave Kota Masai, Sales Assistant (Acting Leader - lebih kurang la pangkatnya, dah lama, aku lupa).

Bulan puasa kat gudang (Econsave dipanggil gudang) ni. Ramai la staff, promoter, supplier yang bertungkus lumus melakukan barang masing-masing. Jadinya Si Jejaka ni seorang promoter dari company Permanis Sdn Bhd yang turun mempromotekan minuman untuk Hari Raya. Contoh minuman tu Pepsi, Revive, Kickapoo, Lipton dan sebagainya lagi la.

Al-kisahnya, aku tak kenal pun Si Jejaka ni. Jadinya, aku sebagai Leader kat department Canfood berpeluang kenal dengan dia sebab dia yang datang nak mintak tolong buatkan POP Card untuk promotekan stuff dia. Dan orang pun tak suspek aku duk meleser sebab dia kan bawah seliaan aku. Haha. Gediks.

Dari situ, dia selalu la jumpa aku. Tak ada kerja pun selalu jumpa aku jugak. On da way nak pergi ke loading bay pun sempat jumpa aku 'say hi', 'say cheese'. Haha. Dalam masa tak sampai sebulan dia turun promote, sedikit sebanyak kami tahu personal and famili affair masing-masing.

Sempat juga dia kenalkan aku dengan adik lelaki dia yang masa tu sudah di alam tingkatan tapi datang pakai topeng otromen gile ah comel. Tingkatan 3 atau 4 lebih kurang, cool je datang dengan topeng otromen. Nasib baik hensem...

Dan-dan tu jugak sama-sama bergedik, bertukar nombor telefon atas urusan kerja, senang katanya (Kata aku juga dalam hati). Jadi, senang nak call bagitahu itu, ini. Senang nak bagitahu boss (supplier)nak datang, barang sampai nak loading ke pape. Tapi ada la sms dan call terlepas (miskol) yang mintak tolong aku kejutkan dia.

Perasaan suka-suki tu membawa kepada satu pemberian yang amat siriyes. Mula-mula, aku secara tak sengaja lalu kat bahagian Toys, bawah seliaan kawan baik. Saja tengok-tengok kan, Si Jejaka pun ada jugak, selamba aku tunjuk 'besarnya teddy tu'. Ada 2 ekor teddy bear sebesar orang dewasa. Sekor kaler baby blue belang-belang dan yang coklat belang-belang jugak. Then aku biarkan dia borak ngan member aku sambil aku pegi check department.

Dipendekkan cerita, dia hadiahkan aku teddy. Aku terkejut jugak. Siap dia suruh senyap jangan bagitahu adik dia yang masa tu tengah lena dalam kereta. Mungkin tak nak adik dia ngadu kat makwe abangnya.

Aku pulak yang menggelabah macamana nak bagitahu L' Amour. Last, aku kelentong company aku bagi teddy tersebut sebab kebetulan memang company bagi rice cooker dan heater untuk semua staff. Fuhhh. Dosanya.

Bulan berganti tahun, aku dah pindah. Masa pindah, L' Amour cakap bagi je la teddy tu kat sepupu dia kebetulan sepupu dia nampak teddy masa duk pindah-pindah barang. Aku tak boleh bawak teddy tu ke rumah aku pindah sebab akak aku tak bagi bawak masuk patung dalam rumah. Dalam dilema jugak la.

Dah agak, kalau suruh L' Amour yang pegang, mesti la dia akan bagi kat sape-sape yang nak. Kalau aku bawak ke rumah aku, kena bebel ngan akak aku kan. Jadi setuju kena paksa tapi mati-mati juga pertahankan teddy tersebut. Sayang kononnya company bagi. L' Amour pujuk aku, walaupun dia tak tahu kebenaran cerita. Tipu lagi.

Jangan cucuk mata pakai garfu macam Kassim Selamat.

Kerana tak tahan dan takut dengan bayang-bayang kecurangan, aku rasa cool kot kalau aku bagitahu dia pasal sejarah cinta beruang aku dengan Si Jejaka. Masa aku cerita, dia tergamam. Macam-macam nak dia ungkit, pasal kesabaran, kesetiaan dan lain-lain lagi. Dalam kepala aku, duk pikir dia dah nak putuskan hubungan.

Menyesal bagitahu dia, tapi akan menyesal kemudian hari kalau aku rahsiakannya. Jadi, esoknya nasib baik dia maafkan aku dan terima aku seadanya walaupun aku ni jahat. Aku tak pikir perasaan aku kat Si Jejaka adalah satu cinta agung, atau apa-apa berbaur cinta.

Setakat suka, saja-saja. Sampai sekarang aku lost contact dengan Si Jejaka, tak menyesal pun sebab itukan kenangan. Sampai sekarang teddy tu ada kat rumah sepupu L' Amour. Setiap kali dia nampak teddy tu, dia terguris. Sori...

Pemberian teddy oleh Si Jejaka bukan sahaja menyentap L' Amour tapi menyentap kawan aku yang keja kat bahagian Toys tu, dia nangis-nangis sebab aku tak bagitahu Si Jejaka tu bagi teddy kat aku. Aku tak pasti dia 'nak' dekat Si Jejaka atau dia terasa hati yang aku merahsiakannya. Yang tukang bocor rahsia ialah Uncle yang keja kat bahagian Hardline yang nampak aku kelek teddy naik basikal.

Tweet : Ini la entri yang hilang. Re-make semula. Ada yang dibuang, dikekalkan, ditambah dan di ada-adakan semula.

Tuesday, December 21, 2010

No Subject

Aku nak menangis.

Entri baru pos dah terdelete. Macamana nak dapatkan semula? Panjang entri tu...

TOLONG!

Friday, December 17, 2010

Kepenatan

Seminggu berturut-turut, kepenatan sampai nak minta nyawa. (Hah?)
Sebab?
Esok 18/12/2010 opis aku buat Hari Keluarga. Bos aku Pengerusi Hari Keluarga tapi aku takde kena mengena. Cuma, disebabkan aku ni PA dia, aku sama-sama terbabit.

Banyaknya kerja sampaikan nak minum pun tak sempat langsung.
Sekarang aku tengah rehat sekejap. Petang sambung tolong bungkus hadiah, buat kupon cabutan bertuah dan perkara-perkara yang sepatutnya untuk melicinkan program Hari Keluarga tersebut.

Sekarang dah mengantuk sebab makan banyak tambah tenaga untuk digunakan pada petang nanti.

Tweet : Aku pun pergi jugak Hari Keluarga. Nak buat cabutan hadiah 'Grand Prize' TV LCD Toshiba & Sharp 32" untuk 1st and 2nd serta microwave 3rd. Yahooo...

Tuesday, December 14, 2010

Penipuan Yang Tidak Benar

Aku sedang emo.

Situasi:-
Seorang hamba Allah di dunia yang fana ini memang agak terkenal (tapi takde la femes emes sangat) yang pretend (pura-pura) sakit/demam/selsema. Masalahnya, dia selalu melakukan aktiviti kepura-puraan.
Contoh:-
Selalu 'sniff-sniff' hidung bak orang yang kena selsema. Seperti air hingus tersebut mahu keluar, sudah di hujung-hujung. Macam hidung tersumbat.
Jadinya, dia selalu sniff, srot-srot hidung dia walhal suara tak sengau pun seperti orang yang benar-benar selsema. Kalau macam tu aku pun berbakat nak sniff-sniff. Aku pun boleh kalau setakat nak buat sniff-sniff dan srot-srot.


Kepala aku senak. Kepala aku tensen. Aku stress. Aku emo. Aku tak tahan dengan penipuan dia yang dibuat-buat. Penipuan dia yang tidak benar sebab aku tahu dia bukan selsema. Aku tahu. Aku tahu sebab dia tak pernah nak makan ubat. Kalau benar dia selsema, kenapa dia tak buang hingus? Kenapa dia tak hembus hingus tu? Kenapa? Dan kenapa sebelum ini pun kau tipu jugak cakap kau sakit/demam/sakit kepala? Kenapa?


Tweet : Cukuplah, aku dah menyampah sebab kau selalu menipu. Aku tak kisah kalau kau betul-betul selsema tapi jangan nak tipu.

Monday, December 13, 2010

Kadang Rasa

Kadang-kadang rasa tersisih
Kadang juga rasa terasing jauh
Juga kadang-kadang rasa dikhianati
Juga kadangnya rasa dicampak

terlalu kejamkah kalau aku menegur keterbukaannya melayani semua orang dan dia menghukumi dirinya dengan menerima teguran itu
lantas tiada lagi perhubungan terbuka atas nama persahabatan?

Kadang-kadang rasa diri tidak neutral
Kadang juga rasa tidak sosial
Juga kadang-kadang rasa terlalu emosional
Juga kadangnya rasa janggal

bila bersama denganmu
rasa semuanya tidak tentu
tidak kena arah tuju

Tweet : bila kadang-kadang terlalu banyak rasa

Monday, December 6, 2010

Terima Kasih Sayang

Ahem. Mekacih, terima kasih semua yang wish Epi Beday to me (5 Dec). Yang ucap semua ucapan doa yang tulus ikhlas dan penuh pengharapan. Aminnn.

i. My younger sista - Solehatunnisa
ii. My best fren ever - Nurul Hafizan Abdullah
iii. My best-opismate ever - Nor Aishah Suboh (yang bagi hadiah, comel)
iv. My ex-Jusco-staff - Salahuddin
v. My Mom - Jamilah Abdullah - via telefon
vi. L' Amour - face to face and via sms
vii. My bos - Belated beday wishes

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat diriku sendiri. Semoga diriku bertambah rezeki, panjang umur, berjaya dunia akhirat, cepat kahwin, banyak harta...aminnn.

Tweet : Hepi Birthday kepada sesiapa yang berkongsi tarikh kelahiran sama denganku. Yay!

Thursday, December 2, 2010

Adventure Si Sammy

Tetibe teruja dengan Sammy ni sebab ianya Tomei


Yay. Hari tu tengok cite Sammy's Adventure. Aku ni sama jenis dengan L' Amour. Hah? Bukannya kaum sejenis apatah lagi membuat hubungan sejenis. Merepek ye.


Maksudnya sama jenis yang suka menonton cite, drama, filem mahupun wayang berunsurkan animasi atau kata orang tua suka nengok katun.

Then kami pun menuju ke panggung wayang dan menengok cite Sammy's Adventure. Citenya okla, takde la adventure sangat pun. Tak 'turtly adventure' pun seperti tagline kat poster tersebut. Cuma, makhluk dalam air je comel-comel yang rasa macam nak bela letak dalam akuarium. Dapat yang plastik pun jadi la.
Ok, ini review filem Sammy's Adventure. Ada lagi banyak cite nak review tapi menunggu masa rajin di lain hari.

Tweet : Perangai pun macam katun.

Wednesday, December 1, 2010

i LOVE Disember

Yes! I love Disember lah. Nape? Bikos my BESTday bulan Disember you know... Haha
Dah, toksah nak jadi Jozan cakap broken english yea... kang kalo aku cakap english standard, ngan aku-aku plak tak paham kang.

Erm... nak hadiah pe ek bestday nanti (Please, geli dengar). Hahaha, taklah. hadiah bestday dah dapat awal...lucky me.

Dengan datangnya Disember, bermulalah kehidupan yang lebih siriyes di tahun 2011 nanti. Pada masa yang sama, aku takuttt...

Tweet : Kuik apdet hari ni. Banyak kerja sangat-sangat, biasala awal bulan kan...

Thursday, November 25, 2010

Hujung Minggu Yang Terisi

L, aklil, faizal, fariz. Yang pakai hat tu L' Amour. Kat Parkson, KLCC. Gambar 1st dikaburkan, yang 2nd sharp skit.

Eh, silap. Hujung minggu yang berisi. Badan berisi. Haha. Yela la kan, hujung minggu jela waktu yang nak bersosial dengan kawan-kawan. Dan waktu bersosial itu memerlukan masa yang banyak dan yang tersangat penting, wang yang banyak menampung kehendak yang semakin menjadi-jadi.

Bila keluar jenjalan, kaki mesti dan harus kuat supaya boleh tawaf seberapa banyak yang boleh. Perut mesti ngam-ngam iaitu tak penuh dan tak kosong supaya boleh diisikan pada bila-bila masa. Jalan jauh perut cepat lapar.

Oklah, minggu ni nak pergi majlis kahwin seorang kawan. Sesi bergambar wajib ado.

Tweet : Nak pakai baju apa eh...

Wednesday, November 24, 2010

Panas, Hot

Bukan tak mahu menolong orang tapi kalau kita tolong, tak dihargai buat apa kan? Pagi ni secara ikhlas mahu menolong. Aku pergi menolong dengan seorang kawan (B). Tolong buatkan kerja orang (A). Tapi lepas dah siap, orang A hanya mengucapkan terima kasih pada B sahaja, dan bukan pada aku yang sama-sama keluar peluh jantan.

Aku bukan nak mengungkit macam tak ikhlas tapi sekurang-kurangnya takdela penat sangat aku ni. Boleh tak lain kali aku tak nak tolong dia?

Nampak tak double standard di situ? Nampak tak? Nampak tak aku tengah emo nih? Nampak tak aku tengah hot nih? Ok memang tak nampak tapi aku memang tengah HOT ni.

Tweet : Boleh tak aku pergi tumbuk A sekarang?

Monday, November 22, 2010

Tiada Ruang

Perghhh. Hari minggu selama berminggu-minggu penuh dengan acara dan agenda. Sabtu dan Ahad lepas pergi kursus wajib. 2 hari. Sabtu dan Ahad terpaksa dikorbankan. Tak boleh tidur dan bermalas-malasan di rumah.

Sabtu minggu ni, 27/11/2010 menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan L'Amour di opisnya. Dorang semua tak sabar-sabar nak jumpa dan kenal dengan aku wehhh. Nape tak sabar nak jumpa aku pun tak tahu la.

Okay, korang bersedia je la jumpa aku Sabtu nanti. Wahahahaha.

Tweet : Aku pun berdebar-debar jugak nak jumpa dorang. Waha

Tuesday, November 16, 2010

Siriyes?

Baca entri ini dengan santai. Sila gelak. Hahaha. OK?

Kawan aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis, naik bas Transnasional Kuala Lumpur - Gua Musang. Dia sms aku. Ketika entri ini ditaip, dia dalam bas tengah berdebar-debar kerana dia mendengar perbualan drebar bas dan kelindan lebih kurang begini...

"Brek bas ni makan sebelah je. Tak tau la yang mana satu yang tarik (cengkam) tayar, main tekan jela"

Kawan aku dah berdebar-debar, terbayangkan semua di depan mata, jantung hanya terlekat separuh dari tangkainya...

Masa ni nak buat apa, semua benda macam tak kena. Gamaknya tak tidur la dalam bas. *Mungkin juga drebar tersebut bergurau je.

Tweet : Aya, doa banyak-banyak. Tapi aku nak gelak nih. Hahahaha.

Korban

Aku cilok kat google. Sape punya ye? Maaf di hari raya ini.

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Ye, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Hari Raya Korban untuk diri sendiri, untuk keluarga dan semua umat Islam di dunia.

Aku berkorban di hari raya korban tahun ini (esok), tak dapat nak balik kampung sebab ada kursus. Aku tak faham kenapa nak buat kursus waktu raya. Memang orang di bandar tak meraikan sangat hari raya korban ini tapi kat Kuala Lipis memang meriah babe. Huuu, tak dapat nak makan daging. Tak dapat nak pergi jalan raya dan makan nasi + lauk daging pelbagai resipi di rumah tetangga.

Berkorbanlah diriku...

Sesiapa yang pulang berhari raya, jaga diri jangan jadi mangsa korban kecelakaan jalan raya. Insya Allah.

Tweet : Kali kedua berhari Raya Korban di perantauan.

Thursday, November 11, 2010

Lain Mak, Lain Bapak

Statusnya ini apa ye? Adik beradik ke pasangan sehati sejiwa... hehe. Comel.

Kelabu asap taik itik

Muah muah sayang you

Say cheese sebab kaler macam cheese

Mau, mau...eh mau ape? (Miau lah)

Nak gi mana ni yang

Terapi minda. Harap reda kekarutan dalam otak. Sayangi keluarga anda *tetibe.
[Kredit kepada Rina]


Tweet : Entri kerepek

Wednesday, November 10, 2010

Kejadian Yang Tak Diingini

Semalam semasa kat tempat thumb print, dah nak balik berlakulah satu kejadian yang memeranjatkan jantung aku.

ni bukan jam digital

Jam digital gabak kat atas kepala dah menunjukkan pukul 5.00 pm. Minah (ekceli Meena sebab dia Indian) depan aku ni tengah posing-posing gedik taknak touch. Aku sebagai nombor 2 kat belakang dia terus touch sebab memang protokolnya siapa-siapa yang segan silu tak yakin masuk waktu dorang tak nak touch, so orang yang mengejar masa touch dulu. Jam digital dah pukul 5.00 pm tapi jam di skrin touch tu lagi 1-2 minit. Dorang duk tunggu jam touch skrin. (Dah ada yang cepat nak lambat-lambat).

Jadinya semasa aku letak permukaan jari dekat skrin nak touch, belum pun sentuh lagi tetiba Meena tepis tangan aku sepantas kilat ibaratnya jari aku touch dia punya nipple ke apa. Ha, kan aku dah mencarut. Emo nih. Huih, masa dia tepis, nasib baik aku tak bukak pencak silat.

Aku sound la. "Nape ni? Tak nak touch awal, pergi belakang la". Dia reply, "Eh, lambat lagi la blablabla". "Kau kalau nak lambat jangan beratur depan".

Then, semua perasan kejadian tu terus maki-maki Meena pesal tepis tangan aku masa tengah touch. Siap cakap, "Kurang ajar dia. Kita pijak kaki dia ramai-ramai. Ko set bila time, nanti bagitau aku".

Oh, gila la kejadian ini.

Tweet : Jom balik...

Tuesday, November 9, 2010

Otak Lebih Cerdas

Sedar atau tidak, bila masuk mengadap bos, otak aku bekerja lebih keras daripada biasa di waktu-waktu yang tidak mengadap. Walaupun masa mengadap dia, terjadi juga perkara-perkara bengap yang dilakukan oleh aku namun otak aku jadi lebih cerdas tanpa perlu makan kismis setiap hari.

Biasanya bos aku lebih mengamalkan body language. Segala perlakuan dan tabiat amatlah senang dituruti. Sebab bos aku kurang bercakap. Silence is golden atau Silence is a women's garment. Tapi walaupun secara isyarat, aku tetap kena masuk mengadap dan otak mesti ligat.

Purata aku mengadap bos ialah 2 kali sehari paling minima. Semasa mengadap itu definisinya ialah masuk dan bertemu mata dengannya. (Bos aku perempuan). Jadi 2 kali itu hanya mengadap. Yang lain-lain terserempak semasa di luar iaitu di meja aku banyak kali. Dia ulang alik ke ladies etc. Jadi masa terserempak pun aku mesti berotak cerdas supaya sentiasa siap siaga.

Paling maksima masuk mengadap dia ialah sebanyak 5 kali. Jadi sewaktu masuk mengadap, selain daripada menerima arahan, masa itu otak aku ligat merencanakan pelbagai perkara dan plan supaya kelihatan cool dan bagai inilah pekerja paling cemerlang di opis ini.

Otak aku secara otomatis bergerak laju cerdas dan genius aulad. Rekaan ayat dalam kepala otak tak ubah seperti ayat-ayat cinta ketika cinta bertasbih.

Dik Cerdas, Shin Chan

Tweet : Selalunya aku macam Dik Cerdas bila depan bos.

Penipuan Yang Benar

Dia ni cool

Yeah. Sebuah penipuan yang benar-benar penipuan. Maksudnya seseorang itu memang benar menipu dan bermaksud untuk menipu, berniat menipu, dah plan untuk menipu. Coolnya penipuan tersebut berjaya. Ye, ayat kalau tak berbelit memang tak sah.

Pernah tak diri sendiri menipu? Menipu terhadap diri sendiri. Menipu orang lain. Pernah. Sesiapa pun dalam muka bumi alam buana ni memang pernah menipu. Sunat ye menipu? Hei, sape cakap menipu tu jadi hukum pulak. Habis tu kalau menipu dapat dosa, mesti ada hukum. Dorang cakap menipu sunat. Ya Tuhan. Kalau dah perkara tersebut ialah tidak elok langsung, ditegah Allah untuk meninggalkannya maka kalau buat, berdosa la. Itu sahaja.

Ok, berbalik kepada tajuk. Sebelum aku terbalikkan tajuk jadi sesat. Tak lucu. Sebenarnya aku nak kongsi satu pengalaman la dalam bab menipu ni. Filem Indo-Malay Tipu Kanan Tipu Kiri tu langsung tak menarik pada aku. Gila filem tu merepek. Guna Hans Isaac, Natasha Hudson J, Christian Sugiono, Titi Kamal dan lain-lain, bajet cool ke?


gambar hiasan yang tak tipu

Hari ni bukan review filem tu ye. Saje bagi contoh. Okay. Sehari dua lepas, aku menanyakan housemate aku cuti ke hari Deepavali. Ala, borak-borak kosong je berbasa-basi orang kata. Dah satu rumah tak cool la senyap je kan. Then, dia kata dia tak balik (JB) dan ada kat rumah sewa ni la. Aku cakap aku pun tak balik, tak pergi mana-mana pun. Cuti am memang tak boleh dibawa berjalan, sesak dengan orang ramai. Fine.

Rupa-rupanya dia balik JB. Ok, bagi aku itu bukan penipuan walaupun dalam hati "wei tipu eh". No. Kita kan hanya merancang dan Allah yang menentukan. Mungkin last minute mak dia suruh balik kan, kan?

Itu bukan point sebenar cerita, bukan klimaks lagi. Heh. Selepas dia balik semula ke KL, aku pun berbasa-basi lagi. Nampak dia melingkar kat ruang tamu, disebabkan aku outing hari tu dan tak tahu perkembangan di kawasan rumah dan sekitar aku tanya dia. "Hujan lebat ke hari ni?". Dia jawab, "Tak". Kalau berupa itu jawapannya, dia mungkin takda mood nak berborak atau berbasa basi dengan aku. Tahu kan, aku sejenis makhluk yang cepat emo, negatif, semua tif-tif yang buruk-buruk itu aku. Aku afterthough. Jadi aku menyimpulkan dia memang tak suka aku. Bukan dipaparkan hari itu tapi pada hari-hari lain juga. Jadi peristiwa dingin tadi adalah klimaks kepada aku. Mula la aku emo kata dia sombong blablablabblah.

Sehari dua selepas material time, aku tak pernah gagal diri untuk berbasa-basi lagi dengan dia. Bawa bercakap sepatah dua kata. Katanya dia sakit tekak, payah nak bercakap, jerebu kat kampung bla bla bla. Muka pun lemau je. Oooo... dia sakit tekak hari tu aku tanya dia jawab nak tak nak. Ok, fine.

Semakin masa menganjak ke petang, berlabuh malam, makin ramai housemate pulang ke rumah. Si A tadi, yang kata sakit tekak tak boleh bercakap banyak tetiba jadi pot-pet-pot-pet pula melayan B, C dan D. Eh? Apakah...

Jadi macamana aku nak positif? Aku didiskriminasi oleh kaum sendiri. Ye, aku memang bukan kaki kepoh. Bercakap time perlu sahaja. Aku ketawa tak mengilai macam ponti anak hantu. Tak. Aku seorang yang easy tapi bukan peramah. Aku kasar bukan sopan perempuan Melayu zaman Kesultanan.

Maksudnya Si A tadi menipu aku la kan? Katanya sakit tekak tapi dengan orang lain berborak tak sakit. Kenapa? Dia tak nak borak dengan aku sebab aku skema? Watde. Aku pendiam tapi bukan skema. You don't know me. Eceh, cakap Mangrish tunggang terbalik. Okay, aku ketawa tak mengilai kot sebab tu dia tak minat. Kalau cakap dengan aku mesti ayat law jeke? Mesti kes Mahkamah jeke?

Bagi aku, perlakuannya tadi adalah betul-betul menipu aku. Reaksi aku terhadap segala fraud yang Si A tu sepatutnya macamana? Itu adalah penipuan yang benar-benar dilakukan secara terancang dan aku benar-benar rasa ditipu.

Aku bukan baik sangat sampai tak pernah menipu. Cuma tipu aku beradap je. Setakat aku cakap "Eh, takdela. Tak pernah pergi ke tempat tu". Ermmm. Aku tak cakap aku bencikan penipu tegar. Aku cuma tergeram kalau ada orang tipu aku kaw-kaw.

Tweet : Sebab aku cepat emo. Emo 24 jam.

Wednesday, November 3, 2010

Cekodok

Cekodok? Macam jenama slipar jepun je. Heh?
Ok, tak. Aku buat cekodok bawang sebab tak ada apa-apa bahan untuk memasak makan malam. Ceh. Alasan.

Macam biasa balik dari kerja, basuh tangan dan kaki terus operasi memasak. Bancuh tepung, hiris bawang. Then, masa nak letak garam, aku tos-tos (?) ekceli goncang-goncang botol garam. Sampai satu tahap aku nengok lubang garam dah tersumbat. Loh? Tepuk-tepuk supaya lubang tersebut kelihatan jelas. Orait berjaya. Then goncang-goncang lagi.
Suddenly bunyi "BOH".
Aiya.

No. No. No.

Garam tersebut tercampak semuanya dalam bancuhan cekodok aku...
Puas kaut-kaut dan buang separuh. Calit dekat lidah, masin lagi. Tambah lagi tepung bancuh, masin dan macam tu la repeat sampai aku rasa fedap daaa.
...
[Masa makan]

"Apesal cekodok tawar?" - L' Amour.

Tweet : Lidah aku payau dek garam yang likat.

Tuesday, November 2, 2010

Serupa Tapi Tak Sama

Semalam (jugak) aku konon-konon rajin nak buat pisang goreng sebab dapat pisang 2 sikat daripada A' Amour. Petang konon-konon jugak nak dating. Konon-konon jugak nak bawak goreng pisang la makan waktu dating. Hoh.

Balik tergesa-gesa. Dalam bas sempat tido nyenyak. Naik LRT pulak nyenyak jugak. Sampai destinasi, terus turun menuju ke kedai runcit nak beli tepung. Masa kat opis sebelum balik dah servey kakak/mak orang yang pandai goreng pisang cara-cara nak buat pisang goreng. Dorang kata guna tepung gandum dan tepung beras sikit. Orait!

Menuju ke kedai runcit...

"Akak, tepung beras ada?"
"Ada dik, nengok kat dalam kotak tu"

Ok, ada tepung beras tapi tepung beras pulut. Plastik bungkusannya kaler biru. Aik, mak aku buat kuih pakai tepung beras plastik kaler merah.
Dua buah kedai runcit cari tepung beras plastik kaler merah tapi takde. Then pergi ke kedai satu lagi baru ada tapi nasib baik tinggal sebungkus je memang untuk aku. Hahahaha.
Ok, terus naik umah bancuh tepung, potong pisang dan masak.

Terbaikkk sebab dapat beli tepung beras kaler merah. Tepung beras kaler biru pun tepung beras jugak tapi itu beras pulut. Serupa tapi tak sama.
...
Tapi pisang gorengku lembek sebab
mana ada orang bijak pandai goreng pisang emas.
Pisang emas jadi lembek.

Tweet : Makan la ye pisang goreng, lembek pun lembekla janji habis dan licin...

Perempuan Bertelur

Hoh? Tajuk dah bikin kontroversi sepanas kain diselak tinggi paras peha. Woh. Betis takpe lagi sekarang dah bagi peha. Woi, merepek.

Oklah, semalam berdating ngan L' Amour dan berborak pasal telur. Dia kata telur yang dia beli dah habis. Then, aku cakap ambil la aku punya telur, tak makan pun takut menetas pulak bila dibiarkan lama-lama tak berusik. Sebab hari minggu je keluar berjalan window and door shopping segala hah tak sempat nak goreng telur. Alasan.

"Alamak, telur dah habis la, nak order kat Niza, dia takmo bawak"
"Amik la telur L, L tak guna la. Tak sempat nak masak"
"Masakla, kena rajin-rajin belajar masak"
"Takpe, tak makan telur pun sebab pompuan tak bertelur"
"Pompuan la kena makan telur sebab pompuan bertelur"
"Mane ada pompuan bertelur, laki je ada telur"
"Laki ada telur tapi tak boleh bertelur. Pompuan memang bertelur. Bila telur tak digunakan, ia mati dan jadi haid"

Fine.
Aku selalu kalah bila
fight.

Aku kena boomerang. Cakap laki ada telur tapi pompuan memang mengeluarkan telur. Ya, aku tahula semua tu.
Telur itu ovum.
Emo

Tweet : Selalunya gurauan dijadikan siriyes. Benda siriyes dijadikan gurauan. Then aku yang kena balik.

Monday, November 1, 2010

Dibunuh, Dibuang ke Laut

Pernahkah kau rasai
Sakit di hati
Apabila tersisih
Disisihkan
Sebelum ini diperlukan
Sekarang dijauhkan
Hanya sekadar sandaran
Habis manis sepah dibuang

Pagi-pagi dah emo. Ok, situasinya macam ni. Sekarang aku rasa aku ni macam makhluk yang hanya 'watak pembantu' dalam sebuah filem. Keluar sebagai cameo je. Kalau cameo glemer takpe la jugak tapi cameo yang kalau tak ada cameo atau watak pembantu pun tak kisah, tak penting.

Selama ini dah terjadi la, cuma aku buat tak tahu. Beberapa bulan menggantikan seseorang, aku sebagai pengganti kat tempat tersebut. Setelah berlalu musim tersebut, aku dah tersisih. Ok, keadaannya lebih kurang begini, ada 3 makhluk tengah berborak termasuklah aku dalam kotak tiga penjuru. Aku tanya soalan dekat A, tapi A jawab soalan aku, boleh pandang muka B dan layan B. Aku sebagai C ni yang tanya ni tak wujud. Cuma wujud mengemukakan soalan dan suara aku bagai di awang-awangan sahaja.

Tahu tak bagaimana rasa sakit hati macam tu. Aku diperlukan bila ada masalah berkaitan dengan pc bla bla bla, internet, printer etc. Itu je.
Dah, aku tak mau komen banyak-banyak. Hati dah lara dah.

Tweet : Bukan Pilihan

Friday, October 29, 2010

Terima Kasih (2)

Terima Kasih kepada Kak Ati http://wanati.blogspot.com/
sebab Kak Ati ni selalu datang merayap dan komen dalam blog aku. Sebagai pemblog baru, dulu start aktif di tahun 2005 tapi dah lama tinggalkannya, jadi sekarang ni baru aktif semula sememangnya perlukan sokongan dan komen-komen daripada rakan blog.

Terima Kasih daun keladi Kak Ati, senang-senang datanglah melawat lagi.

Saya akan melawat juga, kunjungan balas pasti akan tiba.

Tweet : Bunga-bunga gembira

Terima Kasih

Nada Siriyes
Terima Kasih. Syukran, thank you dan lain-lain lagi ucapan yang sama maksud dengannya itu adalah perkataan yang terlalu ajaib. Tanda penghargaan kita kepada orang lain yang mungkin telah membantu, menolong, menghulurkan sinar kepada kita.

Kita akan berbesar hati dan gembira, berbunga-bunga dalam hati apabila bantuan yang kita hulurkan itu disambut dan dibalas dengan ucapan terima kasih dan diiringi sekuntum senyuman yang ikhlas. Walaupun bantuan tersebut tidaklah sebesar mana, setakat mengeluarkan kata-kata menunjukkan arah namun terima kasih adalah miracle word yang menyembuhkan dan melembutkan hati sesiapa sahaja.

Dalam hal ini ada dua pihak yang terlibat. (i) Pemberi (ii) Penerima.
Bayangkan pula sebuah bantuan itu tidak disertakan dengan ucapan terima kasih oleh orang yang menerimanya? Apakah rasa yang tersimpul dalam hati penerima? Apa pula rasa seorang pemberi? Fikirkan jika pemberi tadi sanggup meluangkan masa (padahal dia sedang tergesa-gesa), tapi melapangkannya untuk memberi bantuan. Sedangkan penerima selepas itu langsung pergi tanpa apa-apa ucapan, senyuman atau isyarat.

Apa pula kesannya? Kepada penerima mungkin hatinya batu, lali dan hapus dengan segala rasa mahmudah. Tapi kepada pemberi mungkin selepas ini rasa serik untuk membantu.
..........

Nada Emo
Aku memang hangin dengan penerima. Bukan nak cakap kita ni bagus sangat, mengada-ngada perlukan perhatian, perlukan penghargaan dan sebagainya. Tapi boleh tak penerima tadi tunjukkan sedikit rasa terhutang budi? Senyuman sedikit atau apa sahaja isyarat untuk melegakan hati pemberi. "Usahlah mahu disanjung-sanjung, engkau digelar manusia agung". Bukan, bukan itu yang aku maksudkan. Tapi orang berbudi, kita berbahasa. Kan?

(i) Masa di satu kursus, seorang Gugurl terjatuhkan pennya. Mula-mula aku buat tak tahu je tapi lepas dah habis kelas, baru aku ambilkan dan bagi dia. Eh, boleh dia jeling je aku, ambil pen buat derk je pastu. Aku text kat Triple A cakap Gugurl ni tak cakap pape pun masa tolong amikkan pen dia. Triple A reply "Padan muka awak, sape suruh tolong, tengok muka pompuan tu pun tahu la dia sombong". Hoh? Kalau dia cakap dalam bahasa Cina atau Tamil pun aku boleh paham...

(ii) Suatu pagi aku terkocoh-kocoh nak pergi kerja. Kan kejar LRT kosong pagi-pagi. Then, tengah laju-laju berjalan tetiba nampak sorang kakak dari jauh tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Dia mendekati aku dan bertanya "Dik, mau nanya. Mana ya pablikpon? Mau nelepon". Aku balas, "Oh, kat bawah blok tu kak ada pablikpon, semua blok pun ada". Dan terus pergi, aku pulak terpinga-pinga. Weh, LRT dah terlepas...

Apakah rasanya? Muka aku pagi-pagi dah masam time tu.

Tweet : Terima Kasih Allah. Alhamdulillah.

Thursday, October 28, 2010

Jadi Gaban

Syhhh...
Bos kat dalam tengah angin, emo-emo...
Tadi dah kena sound, bukan aku yang buat salah
Ada staf tak siap kerja tapi biasalah
aku pulak yang kena semburan api otromen
Memula muka aku dah berubah...
dah senak ulu hati
Tapi sebelum bos berubah
jadi
Gaban
Baik aku senyap sekarang

Tweet : Padan muka aku. Mana budak tu aku nak sembelih buat sup, keja pending aku yang kena. Mana???

Kosong

Sakit hati.
Entri yang sudah siap,
tunggu nak dipublish,
Klik publish now, error.
Return to account,
List post, edit entri tadi. Dua paragraph sahaja,
Everytime aku tekan Ctrl + S pun, hanya tu sahaja yang di savenya?
Waaa....

Tweet : Entri yang tergendala tunggu rajin baru sambung. Panasss

Wednesday, October 27, 2010

Ini Siriyes

Semalam opis/pemimpin tertinggi memaklumkan dekat opis akan diblok semua jenis saluran internet sama ada blog, email, laman sosial dan sebagainya. Jadinya, siapa yang akan emo nanti sebab tiada sumber-sumber hiburan dalam opis. Aku la pemunya Blog Orang Emo yang akan emo lebihhh. Huuu... macam di zaman gua yang tak boleh nak contact dunia luar. Cakap dunia siber tanpa sepadan, ilmu di hujung jari tapi sekarang semua nak sekat-sekat semuanya. Hampesss...

Bukan itu sahaja, call out henpon pun diharamkan juga. Jangan nak ngengada gayut-gayut habiskan duit gov ye. Bil naik sape nak bayar? Emo giler.

Nak mintak tukar lagi takmo kerja dekat sini. Chalo betty kita pindah tempat lain yang membenarkan servants semua boleh berlibur dan berhibur sambil membuat sedikit sahaja kerja. Jom kita pergi tempat yang membenarkan servants boleh bergayut setiap masa, membolehkan servants download and streaming sehingga terganggu sistem e-blablablamaknenek. Setiap tahun nak mintak bonus 2 bulan gaji, boleyyy?

Tweet : Ini siriyes wonderpets, sampai terngigau-ngigau malam. Huwaaa, selamat tinggal dunia hiburan di dunia fana. Eheh. Emo.
-Beli lah Brooke Band-

Monday, October 25, 2010

It's Finger Lickin' Good

Alhamdulillah. Step 1 is done. Dua hari bekerja keras akhirnya ditauliahkan. Apetu? Nanti lain entri aku cerita.

Ok, tajuk tu bukan lucah. KFC punya trademark, sedap hingga menjilat jari. Point sebenarnya benda ni selalu terjadi kat aku. Finger lickin'. Di jaman sekolah rendah/menengah, Poli, tempat kerja dan semua tempat di kala aku makan, lepas makan aku akan jilat jari.

Dan tak pasal-pasal aku emo pulak sebab kalau aku jilat jari lepas makan, ada suara sumbang jahiliyah tanya, "Amboi, sedap sangat sampai menjilat jari". "Kau jilat-jilat jari, lapar sangat ke?". "Ape kau punya lucah ni jilat² jari nih?".

Watde??? Jilat jari tu kan sunnah Nabi SAW. Hujung jari tu kan mengandungi enzim yang mana akan bercampur dengan makanan dan memudahkan proses pencernaan. Kadang-kadang aku malu sangat bila orang cakap macam tu. Mak aku ajar dari kecik lagi jilat hujung jari selepas makan. Mak aku kata itu ikut Nabi, buat dapat pahala.

Tapi kalau try jilat jari kat restoren KFC, mesti takkan dipandang serong kan? Mesti takkan ada yang sumbang-sumbang mengata aku kan? Yang tak leh tahan, dorang kata aku lucah jilat jari? Dorang yang lucah sebab pikir benda-benda lucah kan? Watde la dorang ni. Sampaikan aku lepas makan nak jilat jari pun rasa tak syok lagi. Sedangkan yang baik, yang sunnah patut di ikuti sebagai tanda kita sayangkan Nabi SAW. Agaknya kalau aku buat benda-benda yang tak elok masa makan, dorang takkan perli aku macam tu kan?
Ha, cuba cakap macamana aku tak emo?

So, finger lickin good, jilat hujung jari kat mana-mana restoren, kedai makan hatta di rumah selepas makan, dapat pahala ikut sunnah Nabi SAW.

Tweet : Bukan nak berlagak aku ikut sunnah Nabi. Hanya manusia biasa, itulah yang termampu.

Friday, October 22, 2010

Merencana Hidup

Alhamdulillah. Sekarang sedang merencanakan kehidupan. Lagi 5 bulan aku akan pindah ke bilik baru. Duduk sorang-sorang. Aku cepat emo, tak boleh duk ramai-ramai nanti semua akan jadi tak kena. Emotype macam aku ni susah. Aku sendiri pun susah nak berkawan dengan orang lain. Orang cakap aku garang. Sebab dorang selalu buat aku marah.

Bayangkanlah, kalau orang tutup pintu bilik kuat sikit pun aku terasa. Kalau orang pecahkan bekas ais aku dalam freezer, ofkos aku emo. Orang tak sidai kain lap sinki/emo. Sinki pulak basah-basah, tak lap selepas guna/emo. Penat-penat aku mop lantai dapur, korang tumpahkan air, kuah, sampah tak lap, tak sapu/emo. Korang guna barang-barang aku tak kemas, tak simpan, tak guna elok-elok lagi aku emo. Basuh pinggan, periuk etc pastu sisa biar dalam sinki tersumbat/emo. Bilik air orang lain tak pernah bersihkan, dinding bilik air tak pernah nak sental, memang aku emo plus-plus. Pernah aku biarkan rumah tak mop, bilik air tak basuh, tahu apa jadi?

Lastnya aku gila sorang-sorang sebab tak tahan. Orang lain ada nak tolong? Tak. No!

Jadinya, aku akan emo dengan semua benda yang tak kena di mata aku. Kalau aku sorang yang jaga rumah, jaga dapur, jaga semuanya korang bayar sewa buat apa? Baik duit sewa bagi kat aku je, biar aku buat semua kerja rumah sekali. Tapi dengan syarat korang jangan nak sepahkannya. Emo tak?

Ye, rencana hidup aku memang telah ditakdirkan begitu dan aku telah rencanakan hidup aku macam tu. Aku bukan cerewet tapi aku tak boleh biarkan semua benda menyerabutkan mata dan deria perasaan yang lain. Mata aku serabut, hati aku yang sakit lagi.
Sesak rasanya tapi perlahan-lahan nanti okaylah. Banyak benda nak kena settle semuanya. Daripada benda yang kecik-kecik sehingga besar-besar.

Tweet : Semoga suami aku nanti tak emo macam aku.

Friday, October 15, 2010

Dem

Aha. Boleh tak tajuk macam tu? Dem? Ye, dem (damn). Sebab aku nak marah sangat-sangat. Tensen dengan kerja. Haik, kerja senang pun nak tensen ke? Kerja senang la tensen. Kalau susah, tak payah tensen.
Sebenarnya mood bos tak berapa baik. Mungkin dia marah aku sebab balik awal/keluar awal ke tempat fingerprints kat lobi semalam. Dan pagi ni bila kerja stuck, dia punya mood dah swing-swing beberapa darjah. Angin tersebut otomatik terhembus kepada aku, ofkosss!
Sigh~Baru semalam puji bestnya kerja dengan bos, kalau dia dapat tukar mesti aku sedih...
Tweet : Boleh nangis sekarang tak...cengeng gile

Wednesday, October 13, 2010

Deco Deco

Hari ini bos cuti rehat, so aku naik tocang. Pagi-pagi selepas sarap dengan lahap dan gelojoh, bab mengumbah barang-barang semula bermula. Habis aku deco ikut citarasa eksotik. Puas hati jugalah. Cuma, lepas aku alih PC ke tempat yang disuluh lampu, silau la pulak. Rasanya macam nak buat bumbung je tutup kesilauan itu. Tapi takpe, lama-lama nanti biasa la tu.

Bos court sebelah pun puji-pujian kata ofis aku praktikal (cantik le maknanya tu). Hehe. Esok, aku bimbang bos aku yang tergezut tengok PA dia dah deco-kan ofis. Sebelum ni PC aku diletakkan ke dinding dan kalau bos lalu nak masuk bilik dia, aku akan jeling je. Jadi sekarang ni PC aku kat depan, face to face la pulak.

Hasil kepada kretiviti dan daya bakat yang terendam sejak lama, terciptalah dekorasi yang indah di mata, selesa untuk duduk lama-lama kat ofis, rasa macam nak datang kerja tiap-tiap hari hatta Sabtu dan Ahad sekalipun.

Yang sedihnya, tiada gambarajah disediakan untuk catatan sejarah hari ini. Takpe, dalam dua tiga hari lagi kalau rajin nak buat Deco Deco II, gambarajah tersebut akan disediakan.

Tweet : Bekerja keras pula menyiapkan note of proceeding. Tercabut la bahu aku, telinga nanti pun kurang deria dengar dek penangan recording nanti. Uhuh...

Tuesday, October 12, 2010

Seberapa Pantas

Seberapa pantas yang boleh aku nak update blog. Eheh. Masa bos pergi kursus kemain lagi ye banyak masa ronggeng. Tapi minggu ni dan so on, aku dah tak boleh ronggeng apatah lagi merempit di kawasan blog ni. Uhuk-uhuk.

Ekceli ada posting yang diperam untuk dipublish, tapi panjang sangat pula, dengan punya sedikit masa ini, entri tersebut belum siap. Banyak yang nak ditaip. Uhuk lagi.

So, weight dah GAINED banyak!!! Uwaaa...

gambar sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan entri. Ianya kena dengan tuan punya blog.

Tweet : I'm just fat...

Tuesday, October 5, 2010

Undangan Ditolak

Bismillahirrahmanirrohim

Ehem. Pagi-pagi ni mood berkobar-kobar macam sehangat api. Chais, ayat semua nak glemer je macam tajuk lagu (tapi tergendala seberapa ketika kerana layan member borak, sekarang baru sambung balik).

Dan, nak diceritakan sempena relatednya dengan tajuk lagu, eh tajuk entri ini yang merupakan kisah benar. Kenapa tolak pinangan dia? Eheh. Bukan pinangan la, undangan tahu. Undangan pergi majlis pinangan pun bukan. Yang kau merepek kenapa?

Pada beberapa hari yang lepas, Poyaty (ET) ada ajak/undang pergi majlis rumah terbuka kecil-kecilan kat rumah dia la ofkos. Pastu Triple A terpaksa balik kampung, pastu kalau Triple A balik kampung, macamana aku nak pergi rumah ET, pastu siapa nak hantar aku. Aku yang beriya nak pergi rumah ET, ya memang sebab nak makan soto (tu je?)
(sedang fokus habiskan entri ini, pastu dah siap tinggal nak tekan "publish post" je, internet buat hal seharian down, jadinya entri ni separuh siap sebab save pun separuh je. Entri ni yang dire-make. Uwa)

Pastu lagi, tetibe Triple A wat lawak nak ajak pergi rumah ET hari Ahad. Gila? Mananya dapat, open house hari Sabtu, nak pergi Ahad mana ada makanan? (kenapa fikir makanan, sedangkan boleh je pergi beraya je) ET pun takde kat rumah pergi beraya. Lastnya, kitorang pergi makan Ayam McD sambil imagine itu adalah ayam soto rumah ET. Maaf ET tak dapat hadir. Aku yang beriya, aku juga yang menghampakan.
nak hantar undangan kepada Triple A supaya bawa daku makan ayam McD lagi hari ini. Nyumnyumkenapamengidamngidam

gambar ehsan oleh en. google

Friday, October 1, 2010

Dapat Pahala

Bismillahirrahmanirrohim


Muhasabah diri pulak. Semalam dapat emel kelebihan Bismillahirrahmanirrohim. Masya Allah, aku kadang-kadang makan pun terlupa nak baca Bismillah. Apatah lagi di kala membuat kerja-kerja lain. Jadi ingin ku kongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang melewati blog ni, atau yang tetiba terrrklik kat mana-mana la, semoga aku mendapat pahala dengan perkongsian ilmu yang berguna...

Bismillah adalah sebutan/nama singkat dari lafaz Bismillahirrahmanirrohim yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Kelebihan-Kelebihan Bismillah

  • Yang pertama ditulis Qalam adalah Bismillah. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillah tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  • "Bismillah untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan Bismillah. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak Bismillah diturunkan kepada Adam" (Hadith Qudsi).
  • Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  • Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah Bismillah dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  • Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  • Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah Bismillah 19 kali setiap hari".
  • Tiap huruf Bismillah ada Junnah (Penjaga/Khadam) hingga tiap huruf berkata "Siapa yang membaca Bismillah maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".
  • Barangsiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  • Barangsiapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

uwaaa... kenapa tak boleh nak copy paste ni (ctrl+c, ctrl+v) pun tak boleh jugak...

Takpe, kan dapat pahala...

hehe

Thursday, September 30, 2010

Kuman

Sebenarnya hari yang lepas-lepas, aku beriya-iya nak menjadi seorang pemblog (?) atau pun seorang penulis blog yang tegar seperti Hanis Zalikha atau pun kawan aku yang rajin meng-update blognya iaitu Poyaty. Tapi, hangat-hangatnya macam tahi ayam je.

Setiap hari duk fikir apa cerita aku nak taip kat blog. Ye-ye la aku fikir, nak up-date cite yang aku tengok sama ada movie atau drama atau pun buku latihan sepupu-sepupu aku kat kampung tu. Dah pula dapat dua tiga cerita yang macam best, berkobar-kobar sungguh macam lagu Berkobar-kobar Yassin feat Vince tu, tetiba paras meter menurun. Sebab? Aku tengah google gambar nak cari sumber bagi karangan bergambar aku, terpesong pulak pergi tengok gambar lain. Hehe, bukan pe, tergoogle Lady Gaga. Eheh, takla, aku suka baca Illuminati dalam fb Hilmi, so aku terkubur bersama impian blog yang berkobar.
Apa pula relatednya dengan tajuk Kuman di atas? Ya, banyak. Punca kemalasan aku adalah kuman paling bahaya sekali. Then, sekarang ni aku demam disebabkan kuman denggi yang saje je datang nak jenguk-jenguk aku kan. Baru je nak eksyen, aku imun dari segala penyakit. Tapi Allah dah cakap, jangan riak dan berlagak, tengok, Dia dah bagi test.
Jadinya, harap-harap nanti aku akan rajin la meng-update blog yang aku punya ni. Selain daripada tengah bersedih kerana fb dah deactive, aku tak punya sumber connection lain dah. Uwaaaa, takleh baca Iluminati lagi. Banyak lagi benda aku nak baca dalam fb Hilmi. Tolong...

Monday, May 24, 2010

Kaku Tak Bergerak

Jerry Yan the handsome

Down with Love
12 Januari 2010 (Taiwan)
Casting : Jerry Yan, Ella Chen, Amanda Zhou, Michael Zhang

Drama dari Taiwan. Sehingga update ni, episod 15 (Sabtu - 22/05/2010). Semua episod ada 25 ye kawan-kawan. Jadi, saya tahu anda semua minat Jerry Yan - Ella Chen, sabar dan teruskan kaku di depan kaca tv anda masing-masing.
Jadi, cakap banyak pun tak guna. Teruskan menonton. Tehehe...

MyEm0.Com

Yao Yao pun suka. Waha

Friday, May 21, 2010

Memang Umph

Masuk ke Dalam Cahaya 1983

Aku mengenali Abdullah Hussin sejak membaca bukunya Masuk ke Dalam Cahaya terbit tahun 1983, aku belum lahir lagi.


Imam/Abdullah Hussin/Utusan Publications & Distributors SB/Kuala Lumpur 1995

Buku ni dah lama aku baca. Semenjak Sekolah Menengah lagi. My Sis yang beli. Mula-mula tengok terset dalam fikiran, mesti cerita yang berat, malas la nak baca. Tapi hati melompat-lompat suruh baca juga. Baca sekarang - bagi arahan.

Then, aku start baca sampai habis. Lepas habis, baca lagi straight memang cerita yang bagus. Jadinya aku tak payah nak cerita panjang, silakan baca komentar daripada pemblogger http://jiwarasa.blogspot.com/2005/03/imam-sn-abdullah-hussain.html Saudara ni sudah membuat ulasan yang terbaik.

MyEm0.Com