Ikut Belakang

Wednesday, December 22, 2010

Aku Skandal #1

Mak Aih
Kalau nak diceritakan tentang cinta skandal, beralih arah dan cinta tiga empat bucu ni memang aku penat. Cinta kan buta, menyerang sesiapa sahaja tak kenal siapa. Yang dah ada pakwe, makwe pun kena sama. Apatah lagi orang yang dah berkahwin, beranak-pinak, tua keladi, muda belia. Cinta kedua kot, ketiga dan seterusnya.

Love is Chinta?

Skandal cinta aku terjadi lebih kurang tahun 2005/2006 kot. Masa tu aku sudah/telah siriyes dengan L' Amour. Cinta pandang-pandang jeling-jeling dengan Si Jejaka. Masa ini aku tengah kerja dekat Econsave Kota Masai, Sales Assistant (Acting Leader - lebih kurang la pangkatnya, dah lama, aku lupa).

Bulan puasa kat gudang (Econsave dipanggil gudang) ni. Ramai la staff, promoter, supplier yang bertungkus lumus melakukan barang masing-masing. Jadinya Si Jejaka ni seorang promoter dari company Permanis Sdn Bhd yang turun mempromotekan minuman untuk Hari Raya. Contoh minuman tu Pepsi, Revive, Kickapoo, Lipton dan sebagainya lagi la.

Al-kisahnya, aku tak kenal pun Si Jejaka ni. Jadinya, aku sebagai Leader kat department Canfood berpeluang kenal dengan dia sebab dia yang datang nak mintak tolong buatkan POP Card untuk promotekan stuff dia. Dan orang pun tak suspek aku duk meleser sebab dia kan bawah seliaan aku. Haha. Gediks.

Dari situ, dia selalu la jumpa aku. Tak ada kerja pun selalu jumpa aku jugak. On da way nak pergi ke loading bay pun sempat jumpa aku 'say hi', 'say cheese'. Haha. Dalam masa tak sampai sebulan dia turun promote, sedikit sebanyak kami tahu personal and famili affair masing-masing.

Sempat juga dia kenalkan aku dengan adik lelaki dia yang masa tu sudah di alam tingkatan tapi datang pakai topeng otromen gile ah comel. Tingkatan 3 atau 4 lebih kurang, cool je datang dengan topeng otromen. Nasib baik hensem...

Dan-dan tu jugak sama-sama bergedik, bertukar nombor telefon atas urusan kerja, senang katanya (Kata aku juga dalam hati). Jadi, senang nak call bagitahu itu, ini. Senang nak bagitahu boss (supplier)nak datang, barang sampai nak loading ke pape. Tapi ada la sms dan call terlepas (miskol) yang mintak tolong aku kejutkan dia.

Perasaan suka-suki tu membawa kepada satu pemberian yang amat siriyes. Mula-mula, aku secara tak sengaja lalu kat bahagian Toys, bawah seliaan kawan baik. Saja tengok-tengok kan, Si Jejaka pun ada jugak, selamba aku tunjuk 'besarnya teddy tu'. Ada 2 ekor teddy bear sebesar orang dewasa. Sekor kaler baby blue belang-belang dan yang coklat belang-belang jugak. Then aku biarkan dia borak ngan member aku sambil aku pegi check department.

Dipendekkan cerita, dia hadiahkan aku teddy. Aku terkejut jugak. Siap dia suruh senyap jangan bagitahu adik dia yang masa tu tengah lena dalam kereta. Mungkin tak nak adik dia ngadu kat makwe abangnya.

Aku pulak yang menggelabah macamana nak bagitahu L' Amour. Last, aku kelentong company aku bagi teddy tersebut sebab kebetulan memang company bagi rice cooker dan heater untuk semua staff. Fuhhh. Dosanya.

Bulan berganti tahun, aku dah pindah. Masa pindah, L' Amour cakap bagi je la teddy tu kat sepupu dia kebetulan sepupu dia nampak teddy masa duk pindah-pindah barang. Aku tak boleh bawak teddy tu ke rumah aku pindah sebab akak aku tak bagi bawak masuk patung dalam rumah. Dalam dilema jugak la.

Dah agak, kalau suruh L' Amour yang pegang, mesti la dia akan bagi kat sape-sape yang nak. Kalau aku bawak ke rumah aku, kena bebel ngan akak aku kan. Jadi setuju kena paksa tapi mati-mati juga pertahankan teddy tersebut. Sayang kononnya company bagi. L' Amour pujuk aku, walaupun dia tak tahu kebenaran cerita. Tipu lagi.

Jangan cucuk mata pakai garfu macam Kassim Selamat.

Kerana tak tahan dan takut dengan bayang-bayang kecurangan, aku rasa cool kot kalau aku bagitahu dia pasal sejarah cinta beruang aku dengan Si Jejaka. Masa aku cerita, dia tergamam. Macam-macam nak dia ungkit, pasal kesabaran, kesetiaan dan lain-lain lagi. Dalam kepala aku, duk pikir dia dah nak putuskan hubungan.

Menyesal bagitahu dia, tapi akan menyesal kemudian hari kalau aku rahsiakannya. Jadi, esoknya nasib baik dia maafkan aku dan terima aku seadanya walaupun aku ni jahat. Aku tak pikir perasaan aku kat Si Jejaka adalah satu cinta agung, atau apa-apa berbaur cinta.

Setakat suka, saja-saja. Sampai sekarang aku lost contact dengan Si Jejaka, tak menyesal pun sebab itukan kenangan. Sampai sekarang teddy tu ada kat rumah sepupu L' Amour. Setiap kali dia nampak teddy tu, dia terguris. Sori...

Pemberian teddy oleh Si Jejaka bukan sahaja menyentap L' Amour tapi menyentap kawan aku yang keja kat bahagian Toys tu, dia nangis-nangis sebab aku tak bagitahu Si Jejaka tu bagi teddy kat aku. Aku tak pasti dia 'nak' dekat Si Jejaka atau dia terasa hati yang aku merahsiakannya. Yang tukang bocor rahsia ialah Uncle yang keja kat bahagian Hardline yang nampak aku kelek teddy naik basikal.

Tweet : Ini la entri yang hilang. Re-make semula. Ada yang dibuang, dikekalkan, ditambah dan di ada-adakan semula.

2 comments:

  1. Banyak juga tambahan. Cerita serupa tapi taksama.

    ReplyDelete
  2. I tengah malu sekarang, prefer kepada yang lama

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?