Ikut Belakang

Friday, December 17, 2010

Kepenatan

Seminggu berturut-turut, kepenatan sampai nak minta nyawa. (Hah?)
Sebab?
Esok 18/12/2010 opis aku buat Hari Keluarga. Bos aku Pengerusi Hari Keluarga tapi aku takde kena mengena. Cuma, disebabkan aku ni PA dia, aku sama-sama terbabit.

Banyaknya kerja sampaikan nak minum pun tak sempat langsung.
Sekarang aku tengah rehat sekejap. Petang sambung tolong bungkus hadiah, buat kupon cabutan bertuah dan perkara-perkara yang sepatutnya untuk melicinkan program Hari Keluarga tersebut.

Sekarang dah mengantuk sebab makan banyak tambah tenaga untuk digunakan pada petang nanti.

Tweet : Aku pun pergi jugak Hari Keluarga. Nak buat cabutan hadiah 'Grand Prize' TV LCD Toshiba & Sharp 32" untuk 1st and 2nd serta microwave 3rd. Yahooo...

7 comments:

  1. Ok la kalau grand prize dapat tv.hari keluarga ofis i kos keseluruhan hadiah 3k saja.buang masa betul.

    ReplyDelete
  2. @pembaris : kali kedua dibuat setelah sekian lamanya selama beberapa tahun tak buat hari keluarga. Hadiah grand prize dapat TV LCD 32" jenama Sharp dan Toshiba, microwave dan comforter. lumayan hadiahnya. Fair n square, semua yang pergi dapat hadiah berupa hamper yang mahal-mahal dan juga paper bag ole-ole dari FAMA. Fuhhh

    ReplyDelete
  3. company apa kaya ni...??dapat bnyk sponsor?company i gah dengan bangunan saja.tapi kedekut.

    'nekimura' tu apa..??

    ReplyDelete
  4. Owh. Gomen, mesti la kaya kan? Kutip duit tabung, yuran Hari Keluarga mahal, dengan duit tersebut la boleh beli hadiah mahal. Erm, banyak sponsor dari luar jugak.

    "nekimura" tu sebenarnya dari nama Takuya Kimura, pelakon/penyanyi/model dari Jepun. I minat gile kat dia. Tengok drama² dia. Ekceli 'ekimura' je. Konon² 'e' stand for Ella my name and Kimura pakwe I yg handsome tu. Haha. Masa daftar emel yahoo, yahoo lembab, I daftar lagi sekali, ekimura da takleh guna sebab dah ada. Jadi, 'n' untuk 'nama', 'e' untuk 'ella'. Penuhnya 'nama'(n)'ella'(e)'kimura'.

    Itu sejarah dulu-dulu tahun 2003/2004 masa tengah gedik nak buat emel...

    ReplyDelete
  5. Jadi, disebabkan gedik sangat, bila masuk chat room (dulu I glemer kat chat room, hahaha). Semua orang akan ingat I ni lelaki. Tapi macam dua alam sebab kalau di Jepun, nama lelaki ialah 'Nakamura'. So, dorang panggil neki je, nama manja untuk 'nekimura'.

    Itu semua zaman silam yg pantas untuk diingati...

    ReplyDelete
  6. It is a great Malaysia dream.Either to get contracts with government or work with the government.

    Masa study dulu pernah marathon beatiful life sebelum naik bas balik kampung.Masa naik bas malam tu hati sebak.hehe

    ReplyDelete
  7. Wow. I tak layan beautiful life sangat...
    I layan Long Vacation, Love Generation, Hero dan Engine. Muahahahaha.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?