Ikut Belakang

Thursday, December 23, 2010

Payung

eh, eh, eh, under my umbrella, eh, eh.

Hujan pagi

Pagi-pagi hujan, bawa rahmat. Erat hubungan. Tak bawa payung, boleh berlari pergi bawah payung sesiapa, dimaafkan kalau buat secara tiba-tiba (kalau tak malu).

Pagi-pagi hujan, membasahkan bumi. Mensucikan debu-debu, memberi kesegaran pada pokok, memberi minuman kepada haiwan. Membersihkan darah-darah pada permukaan jalan raya. Banyak sangat kemalangan sekarang ni.

Pagi-pagi hujan, beri rehat kepada penoreh. Beri rehat kepada suri rumah. Beri cuti kecemasan kepada pekerja kerajaan, sambung tidur.

Pagi-pagi hujan, dua orang perempuan ego juga tak nak kongsi payungan. Rela basah terkincit berlari deras. Ermmm.

Pagi-pagi hujan, dua lelaki ego lagi tinggi tak nak kongsi payungan juga. Rela basah pakcik sebelah. Seorang berpayung, seorang tak. Rela basah walau perlahan berjalan.

Kenapa? Hujan bukan gerimis. Ia lebat.

Pagi-pagi hujan, tak nak kongsi payung. Kalau perempuan tak rela berkongsi, lelaki pun apatah lagi.

Tweet : Faham?

4 comments:

  1. kata orang kalau meredah hujan,jangan lari.nanti hujan makin lebat.

    ReplyDelete
  2. orang yank cakap tu dulu gelak-gelak.tapi penah masuk mythbuster jugak.bila time nak dapat result experimen..hujan..astro hilang.hehe

    ReplyDelete
  3. wahahaha. hujan = astro hilang

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?