Ikut Belakang

Monday, December 27, 2010

Pengumuman Terbaru

Ahad (semalam) ada satu kes yang membuatkan aku naik angin, naik darah, sakit kepala, tension, pale otak serabut dan sebagainya lagi. Bukan kes kat Mahkamah tapi kes kat rumah aku.

Ada ura-ura aku dah dengar housemates bincang-bincang nak naikkan duit sewa. Konon nak genapkan takmau nak susah-susah bagi belen pasni. Aku pun tak pasti atas sebab apa nak naikkan. Disebabkan aku duk bilik master, dorang cakap bayarannya mahal sikit. Tempat luas, attach dengan bilik air. Padahal dorang tak kira ke berapa cm keluasan yang kami dapat untuk tidur dan letak almari baju? Muat-muat untuk letak tilam single sebijik dan letak almari je sayang oi. Lagipun satu bilik kongsi 3.

Nak dijadikan kes, aku tanya mate bilik tengah berapa dia bayar. Ikut harga lama atau baru sebab aku dah bayar untuk Januari 2011 tapi tukang collect tak return belen. Dia kata dia bayar genap RM185. Harga lama bilik dia RM184.50. Di situ, disebabkan aku ni kaki emo, terus luahkan rasa tak puas hati (bukan harga naik sebenarnya) tapi kerana tak diberitahu awal/takde orang ajak bincang secara 14 bijik mata menentukan harga akan naik. Tu je.

Atas keputusan sape semua setuju nak naikkan harga? Setuju harga baru. Ok, petrol naik aku tak nak emo sebab aku pergi kerja naik LRT dan bas. Kereta belum pakai lagi. Ofkos kalau aku dah pakai kereta aku berhak sumpah seranah jugak sebab aku rasa beban tu.

Dari harga RM157 naik RM160x3=RM480. Naik RM3 setiap orang. Ok, RM3 lepas untuk aku makan sarapan tiga hari. Orang kata aku berkira sangat. Duit aku, peluh aku mesti la berkira. Tup-tup bangun tido, nampak note tampal pengumuman bermula Januari harga bilik naik harga. Kesak! Ok, nanti balik kerja nanti aku tanya kenapa naik.

Dan, mate bilik tengah tu yang cakap kat tukang collect duit aku tak puas hati kan? Nice.

Tweet : Tahniah berjaya buat aku terbakar

2 comments:

  1. masa i student dulu lagi emo jugak.internet zaman tu dial-up lagi.macam celaka bila time nak bayar.satu umah masam.

    ReplyDelete
  2. memang emo. dorang orang kaya, tak payah sara famili boleh la bayar mahal-mahal. nak pergi duduk bawah kolong sekarang.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?