Ikut Belakang

Friday, October 29, 2010

Terima Kasih (2)

Terima Kasih kepada Kak Ati http://wanati.blogspot.com/
sebab Kak Ati ni selalu datang merayap dan komen dalam blog aku. Sebagai pemblog baru, dulu start aktif di tahun 2005 tapi dah lama tinggalkannya, jadi sekarang ni baru aktif semula sememangnya perlukan sokongan dan komen-komen daripada rakan blog.

Terima Kasih daun keladi Kak Ati, senang-senang datanglah melawat lagi.

Saya akan melawat juga, kunjungan balas pasti akan tiba.

Tweet : Bunga-bunga gembira

Terima Kasih

Nada Siriyes
Terima Kasih. Syukran, thank you dan lain-lain lagi ucapan yang sama maksud dengannya itu adalah perkataan yang terlalu ajaib. Tanda penghargaan kita kepada orang lain yang mungkin telah membantu, menolong, menghulurkan sinar kepada kita.

Kita akan berbesar hati dan gembira, berbunga-bunga dalam hati apabila bantuan yang kita hulurkan itu disambut dan dibalas dengan ucapan terima kasih dan diiringi sekuntum senyuman yang ikhlas. Walaupun bantuan tersebut tidaklah sebesar mana, setakat mengeluarkan kata-kata menunjukkan arah namun terima kasih adalah miracle word yang menyembuhkan dan melembutkan hati sesiapa sahaja.

Dalam hal ini ada dua pihak yang terlibat. (i) Pemberi (ii) Penerima.
Bayangkan pula sebuah bantuan itu tidak disertakan dengan ucapan terima kasih oleh orang yang menerimanya? Apakah rasa yang tersimpul dalam hati penerima? Apa pula rasa seorang pemberi? Fikirkan jika pemberi tadi sanggup meluangkan masa (padahal dia sedang tergesa-gesa), tapi melapangkannya untuk memberi bantuan. Sedangkan penerima selepas itu langsung pergi tanpa apa-apa ucapan, senyuman atau isyarat.

Apa pula kesannya? Kepada penerima mungkin hatinya batu, lali dan hapus dengan segala rasa mahmudah. Tapi kepada pemberi mungkin selepas ini rasa serik untuk membantu.
..........

Nada Emo
Aku memang hangin dengan penerima. Bukan nak cakap kita ni bagus sangat, mengada-ngada perlukan perhatian, perlukan penghargaan dan sebagainya. Tapi boleh tak penerima tadi tunjukkan sedikit rasa terhutang budi? Senyuman sedikit atau apa sahaja isyarat untuk melegakan hati pemberi. "Usahlah mahu disanjung-sanjung, engkau digelar manusia agung". Bukan, bukan itu yang aku maksudkan. Tapi orang berbudi, kita berbahasa. Kan?

(i) Masa di satu kursus, seorang Gugurl terjatuhkan pennya. Mula-mula aku buat tak tahu je tapi lepas dah habis kelas, baru aku ambilkan dan bagi dia. Eh, boleh dia jeling je aku, ambil pen buat derk je pastu. Aku text kat Triple A cakap Gugurl ni tak cakap pape pun masa tolong amikkan pen dia. Triple A reply "Padan muka awak, sape suruh tolong, tengok muka pompuan tu pun tahu la dia sombong". Hoh? Kalau dia cakap dalam bahasa Cina atau Tamil pun aku boleh paham...

(ii) Suatu pagi aku terkocoh-kocoh nak pergi kerja. Kan kejar LRT kosong pagi-pagi. Then, tengah laju-laju berjalan tetiba nampak sorang kakak dari jauh tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Dia mendekati aku dan bertanya "Dik, mau nanya. Mana ya pablikpon? Mau nelepon". Aku balas, "Oh, kat bawah blok tu kak ada pablikpon, semua blok pun ada". Dan terus pergi, aku pulak terpinga-pinga. Weh, LRT dah terlepas...

Apakah rasanya? Muka aku pagi-pagi dah masam time tu.

Tweet : Terima Kasih Allah. Alhamdulillah.

Thursday, October 28, 2010

Jadi Gaban

Syhhh...
Bos kat dalam tengah angin, emo-emo...
Tadi dah kena sound, bukan aku yang buat salah
Ada staf tak siap kerja tapi biasalah
aku pulak yang kena semburan api otromen
Memula muka aku dah berubah...
dah senak ulu hati
Tapi sebelum bos berubah
jadi
Gaban
Baik aku senyap sekarang

Tweet : Padan muka aku. Mana budak tu aku nak sembelih buat sup, keja pending aku yang kena. Mana???

Kosong

Sakit hati.
Entri yang sudah siap,
tunggu nak dipublish,
Klik publish now, error.
Return to account,
List post, edit entri tadi. Dua paragraph sahaja,
Everytime aku tekan Ctrl + S pun, hanya tu sahaja yang di savenya?
Waaa....

Tweet : Entri yang tergendala tunggu rajin baru sambung. Panasss

Wednesday, October 27, 2010

Ini Siriyes

Semalam opis/pemimpin tertinggi memaklumkan dekat opis akan diblok semua jenis saluran internet sama ada blog, email, laman sosial dan sebagainya. Jadinya, siapa yang akan emo nanti sebab tiada sumber-sumber hiburan dalam opis. Aku la pemunya Blog Orang Emo yang akan emo lebihhh. Huuu... macam di zaman gua yang tak boleh nak contact dunia luar. Cakap dunia siber tanpa sepadan, ilmu di hujung jari tapi sekarang semua nak sekat-sekat semuanya. Hampesss...

Bukan itu sahaja, call out henpon pun diharamkan juga. Jangan nak ngengada gayut-gayut habiskan duit gov ye. Bil naik sape nak bayar? Emo giler.

Nak mintak tukar lagi takmo kerja dekat sini. Chalo betty kita pindah tempat lain yang membenarkan servants semua boleh berlibur dan berhibur sambil membuat sedikit sahaja kerja. Jom kita pergi tempat yang membenarkan servants boleh bergayut setiap masa, membolehkan servants download and streaming sehingga terganggu sistem e-blablablamaknenek. Setiap tahun nak mintak bonus 2 bulan gaji, boleyyy?

Tweet : Ini siriyes wonderpets, sampai terngigau-ngigau malam. Huwaaa, selamat tinggal dunia hiburan di dunia fana. Eheh. Emo.
-Beli lah Brooke Band-

Monday, October 25, 2010

It's Finger Lickin' Good

Alhamdulillah. Step 1 is done. Dua hari bekerja keras akhirnya ditauliahkan. Apetu? Nanti lain entri aku cerita.

Ok, tajuk tu bukan lucah. KFC punya trademark, sedap hingga menjilat jari. Point sebenarnya benda ni selalu terjadi kat aku. Finger lickin'. Di jaman sekolah rendah/menengah, Poli, tempat kerja dan semua tempat di kala aku makan, lepas makan aku akan jilat jari.

Dan tak pasal-pasal aku emo pulak sebab kalau aku jilat jari lepas makan, ada suara sumbang jahiliyah tanya, "Amboi, sedap sangat sampai menjilat jari". "Kau jilat-jilat jari, lapar sangat ke?". "Ape kau punya lucah ni jilat² jari nih?".

Watde??? Jilat jari tu kan sunnah Nabi SAW. Hujung jari tu kan mengandungi enzim yang mana akan bercampur dengan makanan dan memudahkan proses pencernaan. Kadang-kadang aku malu sangat bila orang cakap macam tu. Mak aku ajar dari kecik lagi jilat hujung jari selepas makan. Mak aku kata itu ikut Nabi, buat dapat pahala.

Tapi kalau try jilat jari kat restoren KFC, mesti takkan dipandang serong kan? Mesti takkan ada yang sumbang-sumbang mengata aku kan? Yang tak leh tahan, dorang kata aku lucah jilat jari? Dorang yang lucah sebab pikir benda-benda lucah kan? Watde la dorang ni. Sampaikan aku lepas makan nak jilat jari pun rasa tak syok lagi. Sedangkan yang baik, yang sunnah patut di ikuti sebagai tanda kita sayangkan Nabi SAW. Agaknya kalau aku buat benda-benda yang tak elok masa makan, dorang takkan perli aku macam tu kan?
Ha, cuba cakap macamana aku tak emo?

So, finger lickin good, jilat hujung jari kat mana-mana restoren, kedai makan hatta di rumah selepas makan, dapat pahala ikut sunnah Nabi SAW.

Tweet : Bukan nak berlagak aku ikut sunnah Nabi. Hanya manusia biasa, itulah yang termampu.

Friday, October 22, 2010

Merencana Hidup

Alhamdulillah. Sekarang sedang merencanakan kehidupan. Lagi 5 bulan aku akan pindah ke bilik baru. Duduk sorang-sorang. Aku cepat emo, tak boleh duk ramai-ramai nanti semua akan jadi tak kena. Emotype macam aku ni susah. Aku sendiri pun susah nak berkawan dengan orang lain. Orang cakap aku garang. Sebab dorang selalu buat aku marah.

Bayangkanlah, kalau orang tutup pintu bilik kuat sikit pun aku terasa. Kalau orang pecahkan bekas ais aku dalam freezer, ofkos aku emo. Orang tak sidai kain lap sinki/emo. Sinki pulak basah-basah, tak lap selepas guna/emo. Penat-penat aku mop lantai dapur, korang tumpahkan air, kuah, sampah tak lap, tak sapu/emo. Korang guna barang-barang aku tak kemas, tak simpan, tak guna elok-elok lagi aku emo. Basuh pinggan, periuk etc pastu sisa biar dalam sinki tersumbat/emo. Bilik air orang lain tak pernah bersihkan, dinding bilik air tak pernah nak sental, memang aku emo plus-plus. Pernah aku biarkan rumah tak mop, bilik air tak basuh, tahu apa jadi?

Lastnya aku gila sorang-sorang sebab tak tahan. Orang lain ada nak tolong? Tak. No!

Jadinya, aku akan emo dengan semua benda yang tak kena di mata aku. Kalau aku sorang yang jaga rumah, jaga dapur, jaga semuanya korang bayar sewa buat apa? Baik duit sewa bagi kat aku je, biar aku buat semua kerja rumah sekali. Tapi dengan syarat korang jangan nak sepahkannya. Emo tak?

Ye, rencana hidup aku memang telah ditakdirkan begitu dan aku telah rencanakan hidup aku macam tu. Aku bukan cerewet tapi aku tak boleh biarkan semua benda menyerabutkan mata dan deria perasaan yang lain. Mata aku serabut, hati aku yang sakit lagi.
Sesak rasanya tapi perlahan-lahan nanti okaylah. Banyak benda nak kena settle semuanya. Daripada benda yang kecik-kecik sehingga besar-besar.

Tweet : Semoga suami aku nanti tak emo macam aku.

Friday, October 15, 2010

Dem

Aha. Boleh tak tajuk macam tu? Dem? Ye, dem (damn). Sebab aku nak marah sangat-sangat. Tensen dengan kerja. Haik, kerja senang pun nak tensen ke? Kerja senang la tensen. Kalau susah, tak payah tensen.
Sebenarnya mood bos tak berapa baik. Mungkin dia marah aku sebab balik awal/keluar awal ke tempat fingerprints kat lobi semalam. Dan pagi ni bila kerja stuck, dia punya mood dah swing-swing beberapa darjah. Angin tersebut otomatik terhembus kepada aku, ofkosss!
Sigh~Baru semalam puji bestnya kerja dengan bos, kalau dia dapat tukar mesti aku sedih...
Tweet : Boleh nangis sekarang tak...cengeng gile

Wednesday, October 13, 2010

Deco Deco

Hari ini bos cuti rehat, so aku naik tocang. Pagi-pagi selepas sarap dengan lahap dan gelojoh, bab mengumbah barang-barang semula bermula. Habis aku deco ikut citarasa eksotik. Puas hati jugalah. Cuma, lepas aku alih PC ke tempat yang disuluh lampu, silau la pulak. Rasanya macam nak buat bumbung je tutup kesilauan itu. Tapi takpe, lama-lama nanti biasa la tu.

Bos court sebelah pun puji-pujian kata ofis aku praktikal (cantik le maknanya tu). Hehe. Esok, aku bimbang bos aku yang tergezut tengok PA dia dah deco-kan ofis. Sebelum ni PC aku diletakkan ke dinding dan kalau bos lalu nak masuk bilik dia, aku akan jeling je. Jadi sekarang ni PC aku kat depan, face to face la pulak.

Hasil kepada kretiviti dan daya bakat yang terendam sejak lama, terciptalah dekorasi yang indah di mata, selesa untuk duduk lama-lama kat ofis, rasa macam nak datang kerja tiap-tiap hari hatta Sabtu dan Ahad sekalipun.

Yang sedihnya, tiada gambarajah disediakan untuk catatan sejarah hari ini. Takpe, dalam dua tiga hari lagi kalau rajin nak buat Deco Deco II, gambarajah tersebut akan disediakan.

Tweet : Bekerja keras pula menyiapkan note of proceeding. Tercabut la bahu aku, telinga nanti pun kurang deria dengar dek penangan recording nanti. Uhuh...

Tuesday, October 12, 2010

Seberapa Pantas

Seberapa pantas yang boleh aku nak update blog. Eheh. Masa bos pergi kursus kemain lagi ye banyak masa ronggeng. Tapi minggu ni dan so on, aku dah tak boleh ronggeng apatah lagi merempit di kawasan blog ni. Uhuk-uhuk.

Ekceli ada posting yang diperam untuk dipublish, tapi panjang sangat pula, dengan punya sedikit masa ini, entri tersebut belum siap. Banyak yang nak ditaip. Uhuk lagi.

So, weight dah GAINED banyak!!! Uwaaa...

gambar sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan entri. Ianya kena dengan tuan punya blog.

Tweet : I'm just fat...

Tuesday, October 5, 2010

Undangan Ditolak

Bismillahirrahmanirrohim

Ehem. Pagi-pagi ni mood berkobar-kobar macam sehangat api. Chais, ayat semua nak glemer je macam tajuk lagu (tapi tergendala seberapa ketika kerana layan member borak, sekarang baru sambung balik).

Dan, nak diceritakan sempena relatednya dengan tajuk lagu, eh tajuk entri ini yang merupakan kisah benar. Kenapa tolak pinangan dia? Eheh. Bukan pinangan la, undangan tahu. Undangan pergi majlis pinangan pun bukan. Yang kau merepek kenapa?

Pada beberapa hari yang lepas, Poyaty (ET) ada ajak/undang pergi majlis rumah terbuka kecil-kecilan kat rumah dia la ofkos. Pastu Triple A terpaksa balik kampung, pastu kalau Triple A balik kampung, macamana aku nak pergi rumah ET, pastu siapa nak hantar aku. Aku yang beriya nak pergi rumah ET, ya memang sebab nak makan soto (tu je?)
(sedang fokus habiskan entri ini, pastu dah siap tinggal nak tekan "publish post" je, internet buat hal seharian down, jadinya entri ni separuh siap sebab save pun separuh je. Entri ni yang dire-make. Uwa)

Pastu lagi, tetibe Triple A wat lawak nak ajak pergi rumah ET hari Ahad. Gila? Mananya dapat, open house hari Sabtu, nak pergi Ahad mana ada makanan? (kenapa fikir makanan, sedangkan boleh je pergi beraya je) ET pun takde kat rumah pergi beraya. Lastnya, kitorang pergi makan Ayam McD sambil imagine itu adalah ayam soto rumah ET. Maaf ET tak dapat hadir. Aku yang beriya, aku juga yang menghampakan.
nak hantar undangan kepada Triple A supaya bawa daku makan ayam McD lagi hari ini. Nyumnyumkenapamengidamngidam

gambar ehsan oleh en. google

Friday, October 1, 2010

Dapat Pahala

Bismillahirrahmanirrohim


Muhasabah diri pulak. Semalam dapat emel kelebihan Bismillahirrahmanirrohim. Masya Allah, aku kadang-kadang makan pun terlupa nak baca Bismillah. Apatah lagi di kala membuat kerja-kerja lain. Jadi ingin ku kongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang melewati blog ni, atau yang tetiba terrrklik kat mana-mana la, semoga aku mendapat pahala dengan perkongsian ilmu yang berguna...

Bismillah adalah sebutan/nama singkat dari lafaz Bismillahirrahmanirrohim yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Kelebihan-Kelebihan Bismillah

  • Yang pertama ditulis Qalam adalah Bismillah. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillah tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  • "Bismillah untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan Bismillah. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak Bismillah diturunkan kepada Adam" (Hadith Qudsi).
  • Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  • Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah Bismillah dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  • Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  • Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah Bismillah 19 kali setiap hari".
  • Tiap huruf Bismillah ada Junnah (Penjaga/Khadam) hingga tiap huruf berkata "Siapa yang membaca Bismillah maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".
  • Barangsiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  • Barangsiapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

uwaaa... kenapa tak boleh nak copy paste ni (ctrl+c, ctrl+v) pun tak boleh jugak...

Takpe, kan dapat pahala...

hehe