Ikut Belakang

Thursday, November 25, 2010

Hujung Minggu Yang Terisi

L, aklil, faizal, fariz. Yang pakai hat tu L' Amour. Kat Parkson, KLCC. Gambar 1st dikaburkan, yang 2nd sharp skit.

Eh, silap. Hujung minggu yang berisi. Badan berisi. Haha. Yela la kan, hujung minggu jela waktu yang nak bersosial dengan kawan-kawan. Dan waktu bersosial itu memerlukan masa yang banyak dan yang tersangat penting, wang yang banyak menampung kehendak yang semakin menjadi-jadi.

Bila keluar jenjalan, kaki mesti dan harus kuat supaya boleh tawaf seberapa banyak yang boleh. Perut mesti ngam-ngam iaitu tak penuh dan tak kosong supaya boleh diisikan pada bila-bila masa. Jalan jauh perut cepat lapar.

Oklah, minggu ni nak pergi majlis kahwin seorang kawan. Sesi bergambar wajib ado.

Tweet : Nak pakai baju apa eh...

Wednesday, November 24, 2010

Panas, Hot

Bukan tak mahu menolong orang tapi kalau kita tolong, tak dihargai buat apa kan? Pagi ni secara ikhlas mahu menolong. Aku pergi menolong dengan seorang kawan (B). Tolong buatkan kerja orang (A). Tapi lepas dah siap, orang A hanya mengucapkan terima kasih pada B sahaja, dan bukan pada aku yang sama-sama keluar peluh jantan.

Aku bukan nak mengungkit macam tak ikhlas tapi sekurang-kurangnya takdela penat sangat aku ni. Boleh tak lain kali aku tak nak tolong dia?

Nampak tak double standard di situ? Nampak tak? Nampak tak aku tengah emo nih? Nampak tak aku tengah hot nih? Ok memang tak nampak tapi aku memang tengah HOT ni.

Tweet : Boleh tak aku pergi tumbuk A sekarang?

Monday, November 22, 2010

Tiada Ruang

Perghhh. Hari minggu selama berminggu-minggu penuh dengan acara dan agenda. Sabtu dan Ahad lepas pergi kursus wajib. 2 hari. Sabtu dan Ahad terpaksa dikorbankan. Tak boleh tidur dan bermalas-malasan di rumah.

Sabtu minggu ni, 27/11/2010 menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan L'Amour di opisnya. Dorang semua tak sabar-sabar nak jumpa dan kenal dengan aku wehhh. Nape tak sabar nak jumpa aku pun tak tahu la.

Okay, korang bersedia je la jumpa aku Sabtu nanti. Wahahahaha.

Tweet : Aku pun berdebar-debar jugak nak jumpa dorang. Waha

Tuesday, November 16, 2010

Siriyes?

Baca entri ini dengan santai. Sila gelak. Hahaha. OK?

Kawan aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis, naik bas Transnasional Kuala Lumpur - Gua Musang. Dia sms aku. Ketika entri ini ditaip, dia dalam bas tengah berdebar-debar kerana dia mendengar perbualan drebar bas dan kelindan lebih kurang begini...

"Brek bas ni makan sebelah je. Tak tau la yang mana satu yang tarik (cengkam) tayar, main tekan jela"

Kawan aku dah berdebar-debar, terbayangkan semua di depan mata, jantung hanya terlekat separuh dari tangkainya...

Masa ni nak buat apa, semua benda macam tak kena. Gamaknya tak tidur la dalam bas. *Mungkin juga drebar tersebut bergurau je.

Tweet : Aya, doa banyak-banyak. Tapi aku nak gelak nih. Hahahaha.

Korban

Aku cilok kat google. Sape punya ye? Maaf di hari raya ini.

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Ye, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Hari Raya Korban untuk diri sendiri, untuk keluarga dan semua umat Islam di dunia.

Aku berkorban di hari raya korban tahun ini (esok), tak dapat nak balik kampung sebab ada kursus. Aku tak faham kenapa nak buat kursus waktu raya. Memang orang di bandar tak meraikan sangat hari raya korban ini tapi kat Kuala Lipis memang meriah babe. Huuu, tak dapat nak makan daging. Tak dapat nak pergi jalan raya dan makan nasi + lauk daging pelbagai resipi di rumah tetangga.

Berkorbanlah diriku...

Sesiapa yang pulang berhari raya, jaga diri jangan jadi mangsa korban kecelakaan jalan raya. Insya Allah.

Tweet : Kali kedua berhari Raya Korban di perantauan.

Thursday, November 11, 2010

Lain Mak, Lain Bapak

Statusnya ini apa ye? Adik beradik ke pasangan sehati sejiwa... hehe. Comel.

Kelabu asap taik itik

Muah muah sayang you

Say cheese sebab kaler macam cheese

Mau, mau...eh mau ape? (Miau lah)

Nak gi mana ni yang

Terapi minda. Harap reda kekarutan dalam otak. Sayangi keluarga anda *tetibe.
[Kredit kepada Rina]


Tweet : Entri kerepek

Wednesday, November 10, 2010

Kejadian Yang Tak Diingini

Semalam semasa kat tempat thumb print, dah nak balik berlakulah satu kejadian yang memeranjatkan jantung aku.

ni bukan jam digital

Jam digital gabak kat atas kepala dah menunjukkan pukul 5.00 pm. Minah (ekceli Meena sebab dia Indian) depan aku ni tengah posing-posing gedik taknak touch. Aku sebagai nombor 2 kat belakang dia terus touch sebab memang protokolnya siapa-siapa yang segan silu tak yakin masuk waktu dorang tak nak touch, so orang yang mengejar masa touch dulu. Jam digital dah pukul 5.00 pm tapi jam di skrin touch tu lagi 1-2 minit. Dorang duk tunggu jam touch skrin. (Dah ada yang cepat nak lambat-lambat).

Jadinya semasa aku letak permukaan jari dekat skrin nak touch, belum pun sentuh lagi tetiba Meena tepis tangan aku sepantas kilat ibaratnya jari aku touch dia punya nipple ke apa. Ha, kan aku dah mencarut. Emo nih. Huih, masa dia tepis, nasib baik aku tak bukak pencak silat.

Aku sound la. "Nape ni? Tak nak touch awal, pergi belakang la". Dia reply, "Eh, lambat lagi la blablabla". "Kau kalau nak lambat jangan beratur depan".

Then, semua perasan kejadian tu terus maki-maki Meena pesal tepis tangan aku masa tengah touch. Siap cakap, "Kurang ajar dia. Kita pijak kaki dia ramai-ramai. Ko set bila time, nanti bagitau aku".

Oh, gila la kejadian ini.

Tweet : Jom balik...

Tuesday, November 9, 2010

Otak Lebih Cerdas

Sedar atau tidak, bila masuk mengadap bos, otak aku bekerja lebih keras daripada biasa di waktu-waktu yang tidak mengadap. Walaupun masa mengadap dia, terjadi juga perkara-perkara bengap yang dilakukan oleh aku namun otak aku jadi lebih cerdas tanpa perlu makan kismis setiap hari.

Biasanya bos aku lebih mengamalkan body language. Segala perlakuan dan tabiat amatlah senang dituruti. Sebab bos aku kurang bercakap. Silence is golden atau Silence is a women's garment. Tapi walaupun secara isyarat, aku tetap kena masuk mengadap dan otak mesti ligat.

Purata aku mengadap bos ialah 2 kali sehari paling minima. Semasa mengadap itu definisinya ialah masuk dan bertemu mata dengannya. (Bos aku perempuan). Jadi 2 kali itu hanya mengadap. Yang lain-lain terserempak semasa di luar iaitu di meja aku banyak kali. Dia ulang alik ke ladies etc. Jadi masa terserempak pun aku mesti berotak cerdas supaya sentiasa siap siaga.

Paling maksima masuk mengadap dia ialah sebanyak 5 kali. Jadi sewaktu masuk mengadap, selain daripada menerima arahan, masa itu otak aku ligat merencanakan pelbagai perkara dan plan supaya kelihatan cool dan bagai inilah pekerja paling cemerlang di opis ini.

Otak aku secara otomatis bergerak laju cerdas dan genius aulad. Rekaan ayat dalam kepala otak tak ubah seperti ayat-ayat cinta ketika cinta bertasbih.

Dik Cerdas, Shin Chan

Tweet : Selalunya aku macam Dik Cerdas bila depan bos.

Penipuan Yang Benar

Dia ni cool

Yeah. Sebuah penipuan yang benar-benar penipuan. Maksudnya seseorang itu memang benar menipu dan bermaksud untuk menipu, berniat menipu, dah plan untuk menipu. Coolnya penipuan tersebut berjaya. Ye, ayat kalau tak berbelit memang tak sah.

Pernah tak diri sendiri menipu? Menipu terhadap diri sendiri. Menipu orang lain. Pernah. Sesiapa pun dalam muka bumi alam buana ni memang pernah menipu. Sunat ye menipu? Hei, sape cakap menipu tu jadi hukum pulak. Habis tu kalau menipu dapat dosa, mesti ada hukum. Dorang cakap menipu sunat. Ya Tuhan. Kalau dah perkara tersebut ialah tidak elok langsung, ditegah Allah untuk meninggalkannya maka kalau buat, berdosa la. Itu sahaja.

Ok, berbalik kepada tajuk. Sebelum aku terbalikkan tajuk jadi sesat. Tak lucu. Sebenarnya aku nak kongsi satu pengalaman la dalam bab menipu ni. Filem Indo-Malay Tipu Kanan Tipu Kiri tu langsung tak menarik pada aku. Gila filem tu merepek. Guna Hans Isaac, Natasha Hudson J, Christian Sugiono, Titi Kamal dan lain-lain, bajet cool ke?


gambar hiasan yang tak tipu

Hari ni bukan review filem tu ye. Saje bagi contoh. Okay. Sehari dua lepas, aku menanyakan housemate aku cuti ke hari Deepavali. Ala, borak-borak kosong je berbasa-basi orang kata. Dah satu rumah tak cool la senyap je kan. Then, dia kata dia tak balik (JB) dan ada kat rumah sewa ni la. Aku cakap aku pun tak balik, tak pergi mana-mana pun. Cuti am memang tak boleh dibawa berjalan, sesak dengan orang ramai. Fine.

Rupa-rupanya dia balik JB. Ok, bagi aku itu bukan penipuan walaupun dalam hati "wei tipu eh". No. Kita kan hanya merancang dan Allah yang menentukan. Mungkin last minute mak dia suruh balik kan, kan?

Itu bukan point sebenar cerita, bukan klimaks lagi. Heh. Selepas dia balik semula ke KL, aku pun berbasa-basi lagi. Nampak dia melingkar kat ruang tamu, disebabkan aku outing hari tu dan tak tahu perkembangan di kawasan rumah dan sekitar aku tanya dia. "Hujan lebat ke hari ni?". Dia jawab, "Tak". Kalau berupa itu jawapannya, dia mungkin takda mood nak berborak atau berbasa basi dengan aku. Tahu kan, aku sejenis makhluk yang cepat emo, negatif, semua tif-tif yang buruk-buruk itu aku. Aku afterthough. Jadi aku menyimpulkan dia memang tak suka aku. Bukan dipaparkan hari itu tapi pada hari-hari lain juga. Jadi peristiwa dingin tadi adalah klimaks kepada aku. Mula la aku emo kata dia sombong blablablabblah.

Sehari dua selepas material time, aku tak pernah gagal diri untuk berbasa-basi lagi dengan dia. Bawa bercakap sepatah dua kata. Katanya dia sakit tekak, payah nak bercakap, jerebu kat kampung bla bla bla. Muka pun lemau je. Oooo... dia sakit tekak hari tu aku tanya dia jawab nak tak nak. Ok, fine.

Semakin masa menganjak ke petang, berlabuh malam, makin ramai housemate pulang ke rumah. Si A tadi, yang kata sakit tekak tak boleh bercakap banyak tetiba jadi pot-pet-pot-pet pula melayan B, C dan D. Eh? Apakah...

Jadi macamana aku nak positif? Aku didiskriminasi oleh kaum sendiri. Ye, aku memang bukan kaki kepoh. Bercakap time perlu sahaja. Aku ketawa tak mengilai macam ponti anak hantu. Tak. Aku seorang yang easy tapi bukan peramah. Aku kasar bukan sopan perempuan Melayu zaman Kesultanan.

Maksudnya Si A tadi menipu aku la kan? Katanya sakit tekak tapi dengan orang lain berborak tak sakit. Kenapa? Dia tak nak borak dengan aku sebab aku skema? Watde. Aku pendiam tapi bukan skema. You don't know me. Eceh, cakap Mangrish tunggang terbalik. Okay, aku ketawa tak mengilai kot sebab tu dia tak minat. Kalau cakap dengan aku mesti ayat law jeke? Mesti kes Mahkamah jeke?

Bagi aku, perlakuannya tadi adalah betul-betul menipu aku. Reaksi aku terhadap segala fraud yang Si A tu sepatutnya macamana? Itu adalah penipuan yang benar-benar dilakukan secara terancang dan aku benar-benar rasa ditipu.

Aku bukan baik sangat sampai tak pernah menipu. Cuma tipu aku beradap je. Setakat aku cakap "Eh, takdela. Tak pernah pergi ke tempat tu". Ermmm. Aku tak cakap aku bencikan penipu tegar. Aku cuma tergeram kalau ada orang tipu aku kaw-kaw.

Tweet : Sebab aku cepat emo. Emo 24 jam.

Wednesday, November 3, 2010

Cekodok

Cekodok? Macam jenama slipar jepun je. Heh?
Ok, tak. Aku buat cekodok bawang sebab tak ada apa-apa bahan untuk memasak makan malam. Ceh. Alasan.

Macam biasa balik dari kerja, basuh tangan dan kaki terus operasi memasak. Bancuh tepung, hiris bawang. Then, masa nak letak garam, aku tos-tos (?) ekceli goncang-goncang botol garam. Sampai satu tahap aku nengok lubang garam dah tersumbat. Loh? Tepuk-tepuk supaya lubang tersebut kelihatan jelas. Orait berjaya. Then goncang-goncang lagi.
Suddenly bunyi "BOH".
Aiya.

No. No. No.

Garam tersebut tercampak semuanya dalam bancuhan cekodok aku...
Puas kaut-kaut dan buang separuh. Calit dekat lidah, masin lagi. Tambah lagi tepung bancuh, masin dan macam tu la repeat sampai aku rasa fedap daaa.
...
[Masa makan]

"Apesal cekodok tawar?" - L' Amour.

Tweet : Lidah aku payau dek garam yang likat.

Tuesday, November 2, 2010

Serupa Tapi Tak Sama

Semalam (jugak) aku konon-konon rajin nak buat pisang goreng sebab dapat pisang 2 sikat daripada A' Amour. Petang konon-konon jugak nak dating. Konon-konon jugak nak bawak goreng pisang la makan waktu dating. Hoh.

Balik tergesa-gesa. Dalam bas sempat tido nyenyak. Naik LRT pulak nyenyak jugak. Sampai destinasi, terus turun menuju ke kedai runcit nak beli tepung. Masa kat opis sebelum balik dah servey kakak/mak orang yang pandai goreng pisang cara-cara nak buat pisang goreng. Dorang kata guna tepung gandum dan tepung beras sikit. Orait!

Menuju ke kedai runcit...

"Akak, tepung beras ada?"
"Ada dik, nengok kat dalam kotak tu"

Ok, ada tepung beras tapi tepung beras pulut. Plastik bungkusannya kaler biru. Aik, mak aku buat kuih pakai tepung beras plastik kaler merah.
Dua buah kedai runcit cari tepung beras plastik kaler merah tapi takde. Then pergi ke kedai satu lagi baru ada tapi nasib baik tinggal sebungkus je memang untuk aku. Hahahaha.
Ok, terus naik umah bancuh tepung, potong pisang dan masak.

Terbaikkk sebab dapat beli tepung beras kaler merah. Tepung beras kaler biru pun tepung beras jugak tapi itu beras pulut. Serupa tapi tak sama.
...
Tapi pisang gorengku lembek sebab
mana ada orang bijak pandai goreng pisang emas.
Pisang emas jadi lembek.

Tweet : Makan la ye pisang goreng, lembek pun lembekla janji habis dan licin...

Perempuan Bertelur

Hoh? Tajuk dah bikin kontroversi sepanas kain diselak tinggi paras peha. Woh. Betis takpe lagi sekarang dah bagi peha. Woi, merepek.

Oklah, semalam berdating ngan L' Amour dan berborak pasal telur. Dia kata telur yang dia beli dah habis. Then, aku cakap ambil la aku punya telur, tak makan pun takut menetas pulak bila dibiarkan lama-lama tak berusik. Sebab hari minggu je keluar berjalan window and door shopping segala hah tak sempat nak goreng telur. Alasan.

"Alamak, telur dah habis la, nak order kat Niza, dia takmo bawak"
"Amik la telur L, L tak guna la. Tak sempat nak masak"
"Masakla, kena rajin-rajin belajar masak"
"Takpe, tak makan telur pun sebab pompuan tak bertelur"
"Pompuan la kena makan telur sebab pompuan bertelur"
"Mane ada pompuan bertelur, laki je ada telur"
"Laki ada telur tapi tak boleh bertelur. Pompuan memang bertelur. Bila telur tak digunakan, ia mati dan jadi haid"

Fine.
Aku selalu kalah bila
fight.

Aku kena boomerang. Cakap laki ada telur tapi pompuan memang mengeluarkan telur. Ya, aku tahula semua tu.
Telur itu ovum.
Emo

Tweet : Selalunya gurauan dijadikan siriyes. Benda siriyes dijadikan gurauan. Then aku yang kena balik.

Monday, November 1, 2010

Dibunuh, Dibuang ke Laut

Pernahkah kau rasai
Sakit di hati
Apabila tersisih
Disisihkan
Sebelum ini diperlukan
Sekarang dijauhkan
Hanya sekadar sandaran
Habis manis sepah dibuang

Pagi-pagi dah emo. Ok, situasinya macam ni. Sekarang aku rasa aku ni macam makhluk yang hanya 'watak pembantu' dalam sebuah filem. Keluar sebagai cameo je. Kalau cameo glemer takpe la jugak tapi cameo yang kalau tak ada cameo atau watak pembantu pun tak kisah, tak penting.

Selama ini dah terjadi la, cuma aku buat tak tahu. Beberapa bulan menggantikan seseorang, aku sebagai pengganti kat tempat tersebut. Setelah berlalu musim tersebut, aku dah tersisih. Ok, keadaannya lebih kurang begini, ada 3 makhluk tengah berborak termasuklah aku dalam kotak tiga penjuru. Aku tanya soalan dekat A, tapi A jawab soalan aku, boleh pandang muka B dan layan B. Aku sebagai C ni yang tanya ni tak wujud. Cuma wujud mengemukakan soalan dan suara aku bagai di awang-awangan sahaja.

Tahu tak bagaimana rasa sakit hati macam tu. Aku diperlukan bila ada masalah berkaitan dengan pc bla bla bla, internet, printer etc. Itu je.
Dah, aku tak mau komen banyak-banyak. Hati dah lara dah.

Tweet : Bukan Pilihan