Ikut Belakang

Thursday, December 29, 2011

Musibah II

Pada 21/12/2011 lebih kurang 10 hari dari kemalangan yang pertama, suami saya kemalangan dengan motorsikal, patah peha dan tangan kiri. Sekarang di hospital dan saya bercuti juga menjaganya. Doakan suami saya cepat sembuh dan doakanlah kami supaya dalam ketenangan dan kesabaran yang berkekalan. Maaf sekiranya selama ini saya ada mengguris hati dan perasaan semua blogger.

Monday, December 19, 2011

Musibah

Salam semua.
Plan balik kampung tergendala sebab saya dan suami ditimpa kemalangan jalan raya pada hari yang dijadualkan balik, 10/12/2012. Baru 2minit keluar rumah lepas Zohor, belum makan tengahari lagi sebab plan nak beli makanan dalam perjalanan nanti tapi, takdir telah menentukan segalanya. Sungguh sedih, tapi syukur Alhamdulillah yang tidak terkira kepada Allah SWT kami berdua dipanjangkan umur lagi. Sesungguhnya badan bengkak-bengkak dan lebam-lebam, setiap malam tak dapat tidur, terngigau-ngigau, banyak lagi lah. Memang kami 'bercuti panjang' minggu lepas. Bajet hanya 2 hari je tapi seminggu bertemankan ubat-ubatan.


Saya perasan, ada dua tiga entri yang leading kepada kejadian, macam berkait-kait pula. Mula-mula saya cerita pasal kemalangan yang menimpa orang dalam kes di pejabat saya, lepas itu cerita saya dapat kemalangan kecil 5 tahun lalu seolah-olah ada 'sesuatu'. Itu perasaan saya sajalah.


Kemalangan berlaku di simpang, kereta dipandu oleh budak muda 20an datang meluru secara laju, makan jalan kitorang. Terus terhentam, kereta masing-masing berubah kedudukan, kereta kami terlompat ke dalam semak lagi 1 kaki tidak terjerumus dalam parit. Masa tu Allah saja yang tahu perasaannya. Terkejut, menangis, takut dan macam-macam lagi perasaan berbaur datang. Tingkap kereta kami tidak sempat naikkan, kaca cermin kereta tersebut pecah dan serpihannya bertaburan masuk dalam kereta kami, masuk dalam kuku kami. Kami terhentak ke hadapan di seatbelt dan terhentak semula ke belakang. Suami saya terhentak stereng dan banyak lagi kalau nak disebutkan tidak habis satu hari. Apa salah kami, segala langkah keselamatan dah kami ambil atau mungkin belum cukup untuk mengelakkan kemalangan itu, kelajuan paling perlahan sebab itu jalan kampung dan juga simpang tapi orang yang tidak bertanggungjawab boleh datang langgar kereta kami. Ya Tuhan.

Agak bernasib baik dan kami sungguh bernasib baik sebab dipanjangkan umur. Nasib baik kami tidak terperosok ke dalam parit. Atau juga terkeluar daripada kereta. Agak baik sebab kereta kami tinggi sedikit jadi kaki kami terselamat daripada terpatah atau remuk. Kasihankan budak tersebut? Tidak. Dia tidak kasihankan dirinya sendiri, bawa laju dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia luka sedikit di kepala tapi dia tidak minta maaf atas kelalaiannya. Dia tidak insaf atas kejadian 2 bulan lepas akibat kemalangan dengan kereta bos dia. Dia kemalangan lagi dengan kami. Kenapalah dia suka menjadi penyebab. Apa yang dia fikir agaknya. Tidakkah dia fikir kesusahan dan kepayahan dirinya sendiri biarpun dia tidak fikir tentang orang lain.

Bayangkan keadaan kami yang berjauhan, yang ada hanyalah kereta menghubungkan kami setiap minggu. Susah dan jauhnya keadaan kami sekarang. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami, sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada dugaan yang Engkau berikan kepada kami. Selamatkanlah kami dan keluarga kami daripada segala bencana dan malapetaka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Mungkin kemalangan ini untuk sedarkan kami supaya muhasabah diri. Kami lalai dengan nikmat dan kesenangan yang Allah berikan selama ini. Mungkin kami yang tidak cukup lengkap persiapkan diri kami dengan langkah-langkah keselamatan. Kami tidak menyalahkan takdir yang menduga kami seperti ini tapi dengan rasa tanggungjawab setiap orang yang menghargai nyawa, tolonglah berhati-hati dimana sahaja kita berada. Tolong.

 Oh keretaku... sob sob

Additional = Budak tu hilang selepas kemalangan. Tak tahu mana pergi. Katanya pergi ke Hospital. Tapi kami pergi ke Hospital buat x-ray, tanya pada staf, budak baru kemalangan tidak datang ke hospital. Kereta dia total loss, kami claim insurans tapi dalam 4 bulan baru settle. Boleh pulak dia lepas kemalangan terus dia keluarkan rokok dan hisap dengan selamba tanpa ada rasa bersalah. Nasib baik kami ni bukan suka bertumbuk, kalau ikutkan rasa syaitan ada dalam diri kami, mahunya kami tumbuk muka dia. Langsung tidak bertanggungjawab. Buat report dan check up, keputusan kes dia bersalah dan kena kompaun. Budak tu baru dapat lesen, kenapa tidak gantungkan lesen dia? Lepas ini orang lain yang jadi mangsa.



Friday, December 9, 2011

Akibatnya

Aku pernah dapat kemalangan kecil kira-kira 5 tahun lepas. Semasa aku baru dapat kawan, seorang ibu muda beranak satu. Hidup dia memang tragis. Bukan nak aibkan dia tapi sebagai pengajaran untuk aku juga. Dia asalnya dari Indonesia, masuk ke Malaysia secara haram dek janji seorang kawan yang canangkan Malaysia adalah lubuk rejeki buat mereka. Rupanya disuruh melacur.

Lama juga dia buat kerja tu, lalu terjumpa seorang lelaki Cina yang merupakan pelanggan setia. Maka, berkahwinlah mereka secara sivil di Indonesia walaupun berlainan agama. Kawan aku menukar agama dan nama. Perkenalan aku dengan dia secara tidak sengaja sebab aku selalu cuit-cuit anak dia yang berumur 2 tahun, perempuan.

Sejak pertemuan itu, selalu mengajak aku ke rumah dia. Ajak makan-makan. Makan bakso yang sedap. Sedar dengan keraguan aku tentang kebersihan dan halal, langsung dia cakap dia asingkan segala peralatan waima dapur memasak juga. Ngilu juga dalam dada, tapi dia asyik paksa aku makan, katanya halal, ahhh dilema betul. Siap-siap dia belikan air mineral untuk aku dan letakkan atas peti sejuk supaya tidak tercampur dengan barang-barang suami.

Dia juga asyik cerita dia berdosa, dulu seorang hafazan, sekarang termimpi-mimpi dengan kehidupannya yang dulu. Si suami tak mahu menukar agama kerana kalau tukar agama sekalipun belum tentu dia ikut ajaran Islam. Kawan aku asyik cerita dia insaf, walaupun anaknya nama Cina tapi dia tetap menamakan nama "Siti" dan panggil nama tersebut dalam hati sahaja. Suaminya amat baik dan sporting terhadap aku, selalu ajak aku temankan isteri dia. Si suami juga tidak paksa kawan aku makan bak tapi kawan aku tak mahu. Dia kata agamanya secara lahir saja tukar, nama panggil saja tukar tapi batinnya tetap dulu juga.

Tentang kemalangan kecil, dek kerana selalu diajak ke rumahnya, aku selalu juga lepak kalau hari cuti. Hari kejadian, aku tengah meniarap (suami dia kerja) tengok cerita Slugs. Masa tu anak dia meragam, menangis dan macam-macam. Aku buat tak tahu jela. Seperti biasa, dia capai hanger, acu-acu dekat anak. Anak dia menjerit. "Pu yau" banyak kali.

Last-last banyak kali jugak hanger hinggap kat serata badan anak dia. Aduh. Aku yang takut dan tergamam nak buat macamana ni? Nak masuk campur ke tak? Tiba-tiba, "pap". Aku terasa pedih dan sengal-sengal di bahagian hidung. Apa ni. Aku segera toleh dekat hanger yang patah terpelanting ke belakang aku.

Hoi, hanger tu terpiap celah batang hidung. Eh, camana nak cerita lokasi sebenar. Errr, di antara mata dan hidung tu. Dekat-dekat dengan mata. Nasib baik tak kena dalam mata, kalau tak... Berdarah wei. Aku dah sebak ni, tahan-tahan nak menangis. Sakit oi. Sempat tu tak nak kecilkan hati dia, aku tengok cerita Slugs sampai habis. Dia duk mintak maaf, mintak sorry, macam-macam. Darah dah bercampur dengan air mata.

Diberinya aku ubat luka, nasib baik dia beriya cakap ubat tu cepatkan sembuh luka dan tak tinggalkan parut. Siap suruh aku bawak balik ubat tu. Memang betul, tapi sekarang ada lubang kecil kat tempat tu. Perghhh, masa tu aku cakap kat boifren (sekarang suami), aku tengah jemur kain dan hanger tu terpeleot lalu terpatah, terkena area tu lahhh. Hiks. Bengkak weh esoknya. Nak pergi kerja pun malu. Kalau aku cakap benda sebenar, dia takkan bagi aku berkawan dengan kakak tu.


Hiks. Nampak ke tempat kejadian? Tu, kat bulatan merah kecik tu.

Wednesday, December 7, 2011

Berhati-hati Walau Di Mana Kamu Berada

Ada satu kes aku tengah taip. Tetiba sebak pulak dengan kes ini.

Bayangkan, kemalangan melibatkan motorsikal - kereta - lori. Si ayah naik motorsikal. Si anak naik lori. Dalam lori ada dua orang iaitu pemandu lori (kawan anak) dan anak (kelindan). Si ayah yang naik motorsikal berada di depan lori kerana menunjukkan jalan @ arah ke sesuatu tempat. Tiba-tiba, ada sebuah kereta di bahu jalan yang berhenti langsung mengundurkan (reverse) kereta. Masa ini, si ayah tidak terperasan kereta undur lalu terlanggar bontot kereta yang undur dan si ayah bersama motorsikal terpelanting ke tengah jalan. Manakala lori yang dari belakang mungkin laju, brek tapi lori terus menggelongsor, melanggar dan menggilis si ayah. Si anak cakap, dia menjerit suruh pemandu brek dan berhenti masa tengok ayahnya terpelanting di tengah jalan tapi tidak sempat. Masha' Allah.

Si anak masa cerita, nangis-nangis dia. Aku yang menaip sebak-sebak dan tidak terbayang perasaan aku tengok orang tersayang "pergi" depan mata dalam keadaan tragik.

Jadi, kesimpulannya bersama-samalah kita menjaga keselamatan. Sayangilah nyawa kita, nyawa orang lain pun. Bertimbangrasa bila di jalan raya, jangan laju-laju. Perlahan sangat pun bahaya jugak. Kemalangan boleh terjadi di mana sahaja bukan hanya di jalan raya malah di tempat kerja, di pasaraya dan sebagainya.

Nak-nak masa cuti sekolah ni, semua hendak pergi bercuti bersama keluarga ke merata tempat. Jaga diri, jaga keselamatan, jaga semuanya.

Pesanan ikhlas dari Ell di tempat kerja yang menguruskan kes-kes kemalangan setiap hari. Sedih wehhh...

Tuesday, December 6, 2011

Hujung Minggu Yang Terisi VI

Mancing lagi. Dalam hujan lebat pun mancing jugak.
Minggu lepas dah ramai orang turun menggagau sebab air bendang kering dan surut.
Aku tak minat menggagau, takut tergagau benda lain.
Hiks.

 Semangat betul walaupun lens dah kena air. 
Mancing pakai helmet takut kepala masuk air. HAHA

 Tengah mancing, ada orang datang nak bergumbira ambil gambar sawah

 Puyu dan haruan. Puyu aku yang dapat, haruan suami yang terror. 
Aku dapat haruan pun sekor je.

 FIL cakap makan ikan haruan nanti kulit jadi putih. Nak, nak, nak putih. HAHA

 Tapi puyu yang besarrrr punya ni aku dapat. Keh keh keh.
Apabila digoreng jadi kecut pulak. Boleh buat kudap-kudap, makan dengan nasi panas.

 Rambutan tiba-tiba ada dijual di stesen Shell. 
Tak sampai 10 minit pakcik tu letak, licin.
Murah ye, RM2 seikat. Aku beli 2 ikat.
Ini kat bawah kaki aku dalam kereta.
Semua nak disumbat kat sini, termasuk plastik berisi sampah.

Saturday, December 3, 2011

Bebel Paling Panjang

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Berat mulut orang nak bertanya kias-kias beratlah juga nak menjawab segala soalan power. Selepas kahwin tiada lain yang ditanya, mesti perihal anak. Alhamdulillah, ambil berat semuanya. Langsung sekarang tidak kecil hati pun kalau ada orang tanya kenapa lambat sangat mengandung sedangkan dah masuk 3 bulan kahwin. Ahaks. Siapa tak nak anak oi.

Kadang-kadang susah nak bezakan antara ambil berat atau tidak. Sayang atau benci dan apa sajalah. Pernah soal anak disoalkan, ada orang tolong jawab pulak "siapa nak bela anak tu". Sedangkan tentulah aku sebagai ibunya dan suami sebagai ayahnya. Muda sangatkah kahwin pada umur 25 tahun, tak terdayakah kami hendak membesarkan anak pada umur kami sekarang ini. Masih hingusan sungguh dilayan cara itu. Dah pulak aku terkial-kial, nak jawab ke tidak soalan, nak defensif ke tidak, garu-garu kepala. Kami sama-sama berkecil hati.

Kami ini PJJ, perhubungan jarak jauh. Hujung minggu sajalah berjumpa. Sama ada aku ke Shah Alam naik KTM ke tempat suami ataupun suami datang ke KL ambil kat ofis dan kami menempuh pula perjalanan ke Tanjung Karang, destinasi kamilah konon. Adat musafir kadang-kadang merempat, suka hati kami nak singgah ke mana, sama ada tidur di kaki lima, dalam kereta atau sebagainya. Suara sumbang "tiap-tiap minggu balik ni" menembus telinga yang agak tahan caci sekarang ni. Nak juga aku biarkan tahi telinga tak payah korek jadi benteng supaya aku lebih cool. Aku cool. Nampak je aku emo, tapi tidak sama sekali.

Disebabkan PJJ, aku masih menyewa dengan kawan-kawan bujang dahulu di KL. Manakala suami berada di Tanjung Karang ulang-alik ke Shah Alam. Kami sama-sama terikat dengan kerja. Mintak pindah? Sedikit mustahil sebab kerja terikat. Yang mintak pindah 10 tahun dahulu belum dapat tukar lagi. Apatah lagi aku yang baru setahun jagung, alasan pindah ialah mengikut suami? Sangat cengeng bunyinya. Amboi-amboi tahulah baru kahwin. Sementelah suami pulak di unit majlis, lagilah payah nak gerak. Tiap-tiap hari balik lewat, hari cuti ialah hari kena kerja. Dapat pulak orang atasan yang liat nak lepaskan cuti memang tak ketahuan fikir. Mintak 2 hari, dibagi 1 hari. Mintak seminggu suruh pilih pulak 3 hari atau 2. Kadang-kadang bila aku dah plan cuti, cuti dah lulus dia pulak tak lepas arghhh rugi je cuti aku melangut sorang-sorang.

Membeli/menyewa/menetap di Shah Alam supaya kami sama-sama berada di tengah, agak fair and lovely tapi suami terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu menjaga orang tuanya. Terus-menerus akan ulang alik juga. Dan masa dia akan lebih banyak di rumah orang tuanya. Sementelah kami sudah punya rumah di Kuala Selangor, kalau sewa lagi di Shah Alam, celah bedah mana fulusnya. Hiks.

Jadi kaitannya dengan anak dan jarak jauh, sama-sama rumit. Aku tahu ramai lagi yang nasibnya lebih teruk daripada aku. Aku tahu. Aku respek dengan orang-orang yang sangat kental menempuhi dugaan dan cabaran. Masa dan hidup aku sekarang banyak ditempuh sendiri, banyak nak fikir pasal perjalanan hidup akan datang. Sebelum kahwin memang berjauhan dan selepas kahwin juga sama. 

Kadang-kadang aku tak faham kenapa senang sangat orang mengeluarkan kenyataan, mereka pun bukan muda atau bukannya anak-anak kecil yang tidak faham keadaan, lebih berpengalaman daripada aku semuanya. Atau lebih tepat aku tidak menepati standard mereka, asyik-asyik rupa paras, warna kulit, status, latar belakang famili aku yang miskin dan apa-apa sahajalah menjadi jurang.

Ditembak cacian tepat ke muka memang macam ditembak ubat pelali. Langsung aku tiba-tiba cool. Tidak tahu nak bagi reaksi, terpisat-pisat canggung nak marah ke nak senyum? Depan ramai orang pulak tu. Agaknya nak bergurau tapi orang sekeliling pun tergamam. Dah mereka pulak yang malu sedangkan yang menembak cool jugak beb, cool kena jaga standard. Aku? Ketawa sajalah. Hati dah berdarah. Agaknya nasib aku yang tidak menepati standard maka sudahnya aku dapatlah lebih-lebih orang. Saki-baki orang, secondhand punya barang. Sabar jelah oi.

Monday, October 31, 2011

Majlis Lelaki - Entri Melekat

Hoh. Sibuk betul menguruskan persiapan dan perkakasan untuk majelis belah lelaki pulak.
Padahal menyiapkannya hanya hari Sabtu Ahad je. Kan dah terkantoi.
Kau nih diam-diam kahwin tup-tup keluar gambar pre-wed dan terus majlis kahwin.(Pinjam ayat Dayah).

Pas majelis kahwin belah aku, pandai pulak aku menggedik buat dan tunjuk persiapan majelis belah lelaki pulak kheeennn? Majelis Menyambut Menantu. 
Amboi, nak sambut-sambut menantu yang bertambah berat badan ini pulaks.
Okay, done.

Jemput-jemput semua ke Tanjung Karang. Sambil korang pergi ke Restoran Aroma Ikan Bakar tu, singgah-singgahlah ke majelis saya. Menunya masakan orang Banjar ye sebab laki saya orang Banjar. Gediknya kau.

 kelik untuk jadi gemuk


Tetibe dah ada 2 orang anak. Amin. Nak ikut jejak Bigdaddy.


Peta laluan ke majelis.

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG DISAYANGI, JEMPUT HADIR SEMUA YE...



 kelik untuk jadi gemuk

Mekasih kepada semua yang sering mendoakan kebahagian kami.

Friday, October 21, 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kawan-kawanku.
Sempena cuti Deepavali ini, semoga hari cuti anda dilimpahkan 'cahaya'.

Saya pun bercuti juga balik kampung. Muahahahaha.
Jadi, blog saya bersawang selama seminggu.
Maafkan saya bos, saya suka cuti sebab saya ada banyak cuti.

Maafkan saya kawan-kawan sebab internet saya ini sedikit mengada-ngada.
Biasala, internet subsidi.

Nak blogwalking ke blog kawan-kawan memang boleh tapi bila time komen memang hampeh.
Terus error. Komen dah hilang entah ke mana.
Nak mengingat semula komen yang ditaip tadi arghhh macam hampeh benar.
Kesimpulannya memang hampehhh.
Hampeh, hampeh 8 ribu kali.


Tuesday, October 18, 2011

Perkara Paling Ditakuti

Semalam adalah hari paling senak dalam hidup aku. 
Perkara paling ditakuti telah berlaku.
Buat aku berpeluh-peluh dingin walaupun takdela dingin sangat pun.
Pagi-pagi buta dah basah baju dek peluh betina.
Terkulat-kulat aku sebab menyesal dengan kegelojohan sendiri.
Padan muka aku.

Nak juga gelakkan diri sendiri walaupun rasa malu tebal 888 inci.
Dalam kepala fikir macamana caranya.
.
.
.
Bagaimana caranya...
Nak masuk rumah sebab kunci tertinggal dalam bilik. Kah Kah Kah.
Perkara yang aku paling takuti ialah kunci hilang atau kunci tertinggal.
Bilik dah kunci, pagi-pagi nak mengerjakan pintu dah tak sempat.
Takkan nak pergi kerja lewat semata-mata nak bukakkan pintu bilik.
Takkan nak cuti pulak nanti bos aku bising sebab minggu depan cuti lagi.
Takkan nak kerja 1/2 hari sebab nak balik bukak pintu bilik?

Pagi sebelum keluar, aku mintak Kak Pah (bukan nama sebenar) bukakkan pintu rumah.
Sepanjang perjalanan pergi kerja tak senang duduk, tak lena tidur dibuatnya.
Rugi la dalam bas tak boleh tidur. Sigh.

Di opis, Dayah bagi tips ketuk tombol dengan alu lesung batu.
Pastu aku balik rumah mintak tolong Bee (bukan nama sebenar) bukakkan pintu rumah.
Pastu amibik alu lesung terus "dam, dam, dam, dam" berkali-kali.
Tak mahu juga ye. Bermandi peluh dah ni.
Sampaikan dah berlekuk-lekuk tombol.
Pastu korek guna besi keychain yang dapat masa beli minyak kat Petronas.
Tak mahu juga. Berpeluh dalam kain dah.
Last-last aku longgarkan tombol, goyang-goyang terus terbukak.
Macam tu punya senang je? Lenkali boleh tinggalkan kunci dalam bilik lagi.
Yay.

First:-
Hilangkan kunci pejabat, aku kena pergi balai polis buat repot.
Bayar RM50 (walaupun itu kunci pejabat).

Second:-
Lupa nak mintak kunci pejabat dengan opismet yang balik awal,
pejabat tak kunci dan aku sendal guna
batang penyangkut kot yang telah patah.
Pagi-pagi aku datang dengan bas sampai opis pukul 6.45 pagi sebab
tak nak boss sebelah mengamuk pintu opis tak kunci.

Third:-
Sudah balik sampai rumah, cek-cek kunci, arghhhhh kunci tertinggal kat opis.
Patah balik, masa itu pukul 9.30 malam, OK?

Fourth:-
Semalam punya kes.

Itu baru kisah kunci. Belum lagi kes tertinggal HP.

Thursday, October 13, 2011

Belit-Belit Loyer Buruk II

Tah kenapa aku suka sangat recycle tajuk yang dah ada. Malas nak pikir banyak-banyak.
Kalau macam ada cerita yang kena mengena sikit, boleh jela guna semula.

Hari ini nak bagi nasihat sikit kot-kot la satu hari nanti ada sebahagian daripada kita yang disepina atau dipanggil jadi saksi kat Mahkamah untuk kes-kes tertentu (kes yang kat opis aku ni urus kes kemalangan, fitnah, medical negligence, salah tahan).

Jikalah (ayat lain ganti jikalau), kamu bagi keterangan bagi pihak orang lain, senang cerita jadi saksi bagi pihak orang lain, tak kira la orang tu suami ke, isteri, kawan, pakwe/makwe dan sebagainya, janganla emosi sangat nak cerita segala benda kronologi A-Z. 
Biasanya loyer takkan tanya straight. 
Lagi-lagi kalau loyer pihak sebelah lagi (defendan) yang tanya, tak payah cerita macam-macam. 
Cuba jawab ikut kehendak soalan. Jangan lari format. 
Aku senak telinga dengar jawapan macam hape tah keluar. 
Macam nak pergi je lempang beliau yang menjawab tak ikut format ni.
Ikut je kehendak loyer, biasanya dia akan tanya "setuju atau tidak". 
Dia akan beritahu bentuk soalan terlebih dahulu. 
Soalan objektif secara lisan boleh jawab setuju atau tidak setuju je. 
Jangan mengada-ngada pergi cerita hal dalam kain.

Sebenarnya aku tengah meroyan dengan kes yang suami dia jatuh dekat car park Giant 
pastu isteri dia ditanya la soalan. 
Dia punya meroyan jugak nak cerita macam-macam, suara dah la high pitch. 
Mau sawan aku dengar. 
Loyer tu tanya setuju ke tak setuju je, punyala dia menjawab banyak pulak. 
Dua-tiga-empat-lima kali ditegur tetap tak faham bahasa juga. 
Pastu nak jugak jawab selain "agree" atau "disagree", boleh pulak dia jawab dan cakap laju-laju gila babeng. Aku naik krem jari nak tekan kebod. Sampai tak jumpa dah huruf nak carik.
Terjejas kredibiliti aku sebagai penaip yang lembab. 
Dahla aku menaip lembab-lembab, kena pulak dengan situasi macam tu terus berbuih mulut aku.

Tak mau buat macam tu tau. Sentiasa bertenang semasa jawab soalan. Cais.


Gambar yang tiada kena-mengena dengan cerita. 
Tapi gambar ni disnap masa dalam bas. Traffic light simpang 4 depan LHDN Jalan Duta.
Rakus sungguh orang yang langgar ni. Nak cepat sampai ke LHDN ke?

Wednesday, October 12, 2011

Kepochi II

Saja je aku nak menjoyah. Nak kepochi jugak la.
Semalam kelmarin, ada retis datang. Tapi bukan di opis aku tapi opis sebelah.
(datang opis sebelah pun kau nak kecoh)
Takpelah, walaupun tak jumpa, layangkan gambar "pinjam" dari fotog profesional pun cukup.
Kau hado? Kah Kah Kah.


Nak signnnn


Thursday, October 6, 2011

Naoto Takenaka Serang Kampung

Baru-baru ini ada sebuah produksi kerjasama China-Jepun telah membikin sebuah filem 
bertajuk Ken & Mary. 
Shooting tersebut beberapa peratus dibuat di Kampung Kubang Rusa, Merapoh. Kampung gua tu beb.
Tempat shootingnya menyewa sebuah kedai sup sepupu aku yang diubah 100% menjadi sebuah kedai orang cina.
Kisah ini berdasarkan cerita pemandu lori. Selebihnya aku pun tak faham sepatah haram.



Disebabkan aku tak tahu nama penuh pelakon utama yang jadi Ken dalam cerita ini, hanya tahu Takenaka sahaja, disebabkan juga lagi tidak kenal wajah asal dia kerana mekap yang osom, aku menyesal sebab dia rupanya salah seorang pelakon kegemaran aku. 
Dia telah berlakon dalam Shinjuku Incident dengan Jackie Chan. 
Dan paling penting dia adalah pelakon dalam drama/filem Nodame Cantabile yang memang feveret aku. 
Dia jadi Franz Stresemann yang sengal tapi terror tersebut. 
Mungkin aku tak cam sebab dia sudah kurus giler dan kepala botak dalam shooting ini.

Pengalaman terindah menjadi penonton secara live ketika shooting. Jalan-jalan semua dikawal oleh JPJ sepanjang 300 m dari kiri dan kanan sebab dorang tak mahu ada satu gangguan bunyi sekalipun semasa tengah berlakon. Yang paling tragis, sepupu aku selaku pemilik kedai tu pun tak boleh nak keluar kedai secara sesuka hati. Kitorang yang menengok dalam jarak 100 m pun disuruh senyap jangan sampai satu bunyi kentut pun keluar. Bergerak pun tidak boleh.

Tapi Pakcik Naoto ni memang sporting. Habis sahaja scene dia, terus dapatkan kitorang untuk bergambar. Macam itik dengan ayam, dia langsung tak pandai English. Yang aku nak tanya English, dia tak faham. Nak tanya dalam bahasa Jepun, yang aku tahu aishiteru, kawaii, sugoi, konichiwa etc yang pendek-pendek je. Kah kah kah.

2 kali dia datang shooting kat kampung aku. Sesi shootingnya hanya berlangsung sehari sahaja. Filem ni tak tahulah bila nak keluar ke pawagam berdekatan anda. Tunggu jelah. Jangan pulak 20 tahun akan datang baru nak tayang. Time tu agaknya kalau umur tak panjang, nyanyuk jela.

Tuesday, October 4, 2011

Gambar Raja Sehari

Selamat Berblog semula.
Ini sahaja yang dapat dipaparkan. 
Majlis saya tiadalah tukar-tukar baju bagai. 
Sederhana sahaja. Maka gambarnya pun sederhana juga.



 Best fren ever : Nurul Hafizan & Siti Faridah. 

Layannn. Majelis belah lelaki 23-10-2011. Nanti saya buat upacara khas menjemput anda sekalian ye. 
Buat jemputan awal-awal tak best, buat last minit juga yang tercabar minda.

Uncle Gedek : Majlis belah lelaki warna hitam kegemaran kita... Jom boria.


Thursday, September 15, 2011

Happy Holiday Berganda

 Eceh. Malu-malu badak ye. Gambar pre-wedding kitorang.


 Kad nikah kitorang

Yay. Hari ini last kerja bagi bulan September 2011.
Sebab saya mahu cuti. Saya mahu kahwin.

Kepada sesiapa yang kenal dengan saya secara personal, tidak personal, melalui blog, fb atau apa sahaja, kepada semua kawan-kawan yang saya sayangi, semua kawan sekolah rendah, menengah, Politeknik JB 2003 - 2005, kawan-kawan ex-ofis dulu-dulu, ofis sekarang dan teristimewa kawan blogger yang saya sayangi, dengan ini saya menjemput anda semua untuk hadir meraikan majlis kesyukuran sempena Pernikahan saya pada 24-09-2011, Sabtu di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, 27210 Kuala Lipis, Pahang.

Datang, jangan tak datang.
Bersyukur kepada Allah SWT kerana selama 5 tahun saya berkenalan dan merancang, akhirnya tiba jua 

Bertukar status tak semestinya tak boleh berfoya-foya dengan kamu semua lagi tahu. Tiada apa yang berubah melainkan status dan tanggungjawab. Jadi, kita kawan selamanya. Insya Allah.

Terima kasih yang mengucapkan selamat, tahniah dan mengutuskan doa buat saya. Semoga majlis berjalan lancar, sempurna dan diberkati Allah SWT. Semoga ikatan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat. Aamin.

I Heart You All.


Saya cuti dari 19 - 30/09/2011. Maafkan sekiranya blog bersawang.

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya!

Maafkan hamba pacal yang hina.
Nak update awal kalau boleh. 
Tapi, internet buat hal dua hari sebelum cuti raya.
Jadi, mintak maaf banyak-banyak tak dapat beraya kat belog kamu semua kawan-kawan yang disayangi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
sekiranya ada salah dan silap selama berkenalan di ruang belog ini.

Sayang semua.
Nanti saya pergi serbu belog kamuuu...



Selamat Hari Raya...