Ikut Belakang

Wednesday, January 19, 2011

Angkat-Angkat

Hai. Tetibe rasa segan dan kekok.

Saje je nak cerita. Aku ada 2 buah family. Kedua-dua family sangat best. Family satu lagi selain family kandung ialah family angkat. Best tau. Macam family sendiri. (Permulaan yang memang kekok).

Cara perkenalan dengan mak & family angkat sungguh unik dan sampai sekarang memang tak terjangkau oleh akal. Sampai sekarang pikir macamana aku boleh temui mereka? Dan yang terharu, mereka pun dah anggap aku sebahagian daripada mereka jugak. Kenal dorang sejak tahun 2003, masa tu tengah praktikal kat Seremban selama 6 bulan. Jadi, 6 bulan kat rumah mak memang hepi dan best.

Gila sungguh aku. Tak pernah ada orang yang dan-dan je gamble pergi jumpa mak & family angkat walaupun memang tak pernah kenal atau jumpa sebelum ni. Tetiba beli tiket ke Seremban, terus pergi ke rumah mak.

Gini, dulu aku aktif la chatting ym. Dalam duk chat, ada seorang mamat chat. Hari-hari duk pot-pet ngan dia, dia tanya plan dan aktiviti aku. Aku cite la aku dapat praktikal kat Seremban, tapi tak tahu nak tinggal kat mana. Aku saja je tanya-tanya dia ada tak rumah-rumah sewa yang murah kat sana. Aku cakap la aku dapat kat syarikat printing kat Taman Paroi Jaya (sebelah masjid & stadium Paroi). Tetibe dia dengan teruja bagitau dia ada mak angkat kat sana, terus offer aku duduk kat umah mak angkat dia. Then, dengan tiada pilihan, aku setuju.

Oh rindu.
Belakang dari kiri, Wak (Khairil), mak, pakcik (ayah), Ateh (sama umur ngan aku).
Depan dari kiri, Bang Lang, Adik, Kakak, Bang Cik, Along.
Gambar ni masa Ateh kawin 2010.
Masa 2003, Adik baru darjah 6. Sekarang dah tinggi mengalahkan Bang Lang.

***
Rupanya dia (si mamat) pakwe kepada anak kedua mak angkat dia tu. Tapi sedihnya, makwe dia dah ke rahmatullah sebab kanser saraf. Jadi, untuk tidak memutuskan pertalian, dia nekad menggantikan tempat arwah dan bersetuju untuk memanggil dia Angah (arwah dipanggil Angah).

Jadi, aku dengan tak kenal mamat tu, terus berhubung macamana nak pergi, nak turun mana, nanti dia tunggu kat mana dan segala yang mungkin la. Al-kisah, sampai la aku di Terminal One dan calling-calling mamat tu, awak pakai baju apa bla-bla-bla tunggu kat mana. Dah jumpa, terus je dia bawa ke rumah mak angkat dia.

Memang asing, tak kenal tetiba datang nak menetap, janggal dan segan. Tapi nasib baik ok semuanya. Lama-lama, aku biasa dan dah jadi ahli keluarga yang boleh diharap. Well, orang rajin mesti disayangi semua. Hahaha. Macam ahli yang lain, kena marah dengan mak, bergembira, buat aktiviti rumah bersama cuma tak bergaduh dengan adik-beradik lain je la. Mak selalu cakap, bertuah mak awak ada anak macam awak kan.

Disebabkan hubungan aku agak rapat dengan mak, masa aku nak balik Pahang time raya 2003, mak hantar ke Stesen bas Terminal One. Mak menangis dan berpesan, jangan lupa balik sini (Seremban) jumpa dia. Along pujuk dia "Mak, Ella balik raya kejap jela, nanti dia datang sini semula, dia belum habis praktikal lagi kan".

Aku dah menahan-nahan air mata dari tumpah. Aku cakap, "Mak, saya balik raya je. Pas raya saya datang sini semula". Sebelum raya, aku banyak tolong mak buat kuih. Dapat la buat balik kuih ros sebalang, sarang semut sebalang ole-ole untuk family aku kat Pahang. Dari Pahang, ole-ole untuk mak & family banyak la.

Habis praktikal tak semestinya habis di situ juga hubungan itu. Cuma masa nak balik terus ke Johor sambung kuliah, mak tak nangis tapi dia tak nak hantar aku ke stesen bas. Kakak cakap, kalau mak ikut, mak akan nangis. Huhuhu...

Tweet : Mak, nanti saya datang bila Ateh bersalin bulan 4 ni ye. Rindunyeee. Mak dah nak dapat cucu...

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?