Ikut Belakang

Tuesday, January 18, 2011

Awak

Awak, entri ini amat panjang.

Awak, boleh tak lepas awak baca, tolong la bagi pendapat kat kotak komen tu cadangan untuk saya menghadapi masalah ini.


Awak,
Sabtu lepas saya resah. Saya terkilan dan marah. Semuanya bercampur baur perasaan saya. Saya tak tahu nak cerita kat sapa, sekarang saya cerita kat awak.

Tahu tak Sabtu lepas, housemate saya 4 orang pergi jalan-jalan cari makan di Jeram, Kuala Selangor tapi dorang langsung tak ajak saya. Saya pun tak tahu kenapa (dorang tak ajak).

Awak,
Sebelum kejadian makan-makan tersebut, saya ada dengar plan yang dorang bincangkan konon-kononnya dorang nak pergi makan di sanalah. Saya dengar, tapi taknak campur sebab saya ingatkan dorang akan offer saya bersama lepas itu.

Tahu tak sebenarnya dorang tak ajak saya pun lepas dorang setuju dengan plan tersebut. Saya amat terasa hati la sebab roomate saya asik bercerita pasal nak pergi Jeram sebelum tu, dia kata kalau nak tahu jadi ke tak, sila tanyalah driver sakit tekak tapi tup-tup langsung tak offer saya. (T_T).

Awak,
Sebelum kejadian makan-makan tersebut, roomate saya jugak cerita, ada seorang housemate kami yang baru masuk rumah tu ada bersama semasa dorang planning. Dia sungguh tak suka kat housemate itu, dia cakap taknak ajak housemate tu.

Tahu tak, lastnya saya pun menerima nasib yang sama dengan housemate baru tu. Jadi, dorang tu tak sukakan saya sebab saya ni sama dengan housemate baru tu ke? Saya sedih sebab 2 orang roomate saya diajak, saya sorang je tak diajak. Saya ditinggalkan sorang-sorang kat rumah, memang la housemate baru tu ada tapi dia pun keluar dating gak malam tu. Saya tak takut momok atau hantu kalau tinggal sorang-sorang kat rumah, tapi masalahnya saya sedih kenapa dorang tak offer saya?


Awak,
Disebabkan saya emo takleh tahan, saya hantar sms kat roomate saya, "korang g mane?" tapi dia tak balas. Ape punya bengong saya pergi tanya soalan tu sedangkan saya tahu dorang pergi mana walaupun dorang tak bagitau pun? Dan bengong kali kedua saya ni sebab takkan la dia nak balas sms saya tu sebab dorang tengah gembira makan ikan stim kat Jeram kan?

Tahu tak, saya menangis sampai bengkak mata saya. Dan mata vampire saya tu pun bengkak jugalah. Tahu tak, sms tu tak delivered/pending mungkin sebab malam tu hujan lebat sebab tu dia punya line (celcom) pun bengong gak, sms saya tak sampai.

Tahu tak, saya tunggu sms dia la. Pastu kan malam tu kan hujan lebat jadi selebat itulah juga tangisan saya. Ada guruh juga dentum-dentam, begitulah juga tangisan saya diselikan dengan bunyi-bunyian yang sedu sedan itu.

Awak,
Dalam kepala saya yang jahat ni kan, saya telah berdoa supaya dorang ......................... dalam hujan lebat tersebut............................. (fill in the blank - kalo awak tahu apa saya sedang fikir). Sebab saya percaya doa orang teraniaya dimakbulkan (jahil).
Dalam kepala saya masa tu dah siapkan soalan kat dorang ni nak tanya nape tak ajak saya bla bla bla. Tapi tiba-tiba saya dilema (bukan buah delima) pulak sebab kalau saya tanya, nanti dorang akan benci saya. Awak tahu kan, saya ni mulut lancang jadi kalau saya tanya soalan emo saya, saya akan meroyan dan situasi tu akan tidak akan disukai orang.

Tahu tak, ada satu soalan yang benar-benar nak tanya kat dorang iaitu "KORANG PERGI JERAM, JADI SAYA DAN HOUSEMATE BARU TU JE LA YANG TAK DI OFFER, KAN?"
Saya nak sangat tanya dan tahu jawapan kepada soalan tersebut. Tapi saya tak kuat lagi. saya takut saya akan menangis macam anak kucing hilang mak kalau saya tanya direct kepada dorang. Takkanlah saya nak sms dorang pulak nanti dorang tak balas lagi la saya emo.

Awak,
Kenapa dorang tak ajak?
Adakah dorang tak suka saya?
Adakah dorang benci saya?
Adakah kereta tersebut tak ada place untuk saya? Tak muat ke?

Tahu tak? Tahu tak jawapannya? Atau awak ada soalan dan jawapan sendiri?

Awak,
Adakah saya ni suka membesarkan perkara yang remeh-remeh?
Adakah saya ni terlalu menjaga persahabatan sehinggakan saya terlalu memikirkan kenapa dan bagaimana?

Awak,
Saya malu sebenarnya nak cerita benda ni tapi saya tak boleh pendam dalam hati, nanti hati saya akan sakit dan menendang-nendang nak keluar.
Saya akan berfikir tentang masalah ini selagi ianya tak selesai.
Saya tak akan tenteram. Betullah, saya ni suka la nak emo sorang-sorang.

Tweet : Saya rasa driver tu yang tak suka saya? Arhhh, macam dorang tu best sangat.

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?