Ikut Belakang

Monday, January 17, 2011

Gedik

Seperti yang dijanjikan (tak pernah janji), hari ni nak tunjuk gambar sakit mata. Jadi, entri ini penuh dengan gambar gedik SS. Jangan jeles. Jangan muntah
Gambar ni diambil sebab sakit mata hari Isnin lepas. So, dapat MC 2 hari. (Itu pun nak kecoh, nak letak dalam blog jugak?)

Saksikan gambar yang penuh dengan kegedikan.

Sila rasakan kesakitan bukan sebab rasa sakit mata itu tapi sakitnya hati apabila kemana-mana mata orang-orang yang normal menengok aku dengan jakunnya. Rasa macam nak pergi terkam orang tersebut dan gigit serta korek biji mata hingga tersembul dari soket. Fuhhh. Rasakan kepedihan hatiku bila mata orang-orang memakukan penglihatan mereka kepada mata ini. Kuang ajo. Kalau nak tengok, tengok jela tak payah la menjakun sangat bergosip-gosip. Kan aku dah emo.


SUPER FOTOGEDIKS
or
FOTOSUPERGEDIKS

WARNING : JANGAN MUNTAH
.
.
.

 Hari Kedua, dah makin menjalar dan merebak

 Wohohoho...vampire! I will suck your blood. Ini paling teruk. Housemate semuanya menjerit-jerit ketakutan apabila menengok mata I tu. I saje celik-celik bagi diorang nightmare.

Ni macam dah ok sikit tapi still merah menyala macam kaler Proton Saga di era 1985.


Hehe. Gediksnye. Abaikan gigi terabur dan juga idung kemek serta kulit kusam berkedut tua, dari gambar first hingga ke akhirnya. Jangan mengigau nengok muka yang out of shape, tembom-bom. I takut orang akan mengigau tengok muka tak semenggah daripada mata yang merah. Chais.


4 comments:

  1. toreh sekali muka sebelah mata yang merah tu.baru nampak sesuai..hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha, toreh memang WIN. Kelakarnya en.pembaris.

    ReplyDelete
  3. "housemate menjerit-jerit ketakutan" tuh klaka.. hahaha

    ReplyDelete
  4. dorang tuh memang penakut. tengok mata berdarah je pun. tu belum tengok hantu lagi tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?