Ikut Belakang

Tuesday, January 4, 2011

Kampungku Indah

Ya. Sudah biasa kalau kawan-kawan dan keluarga tanya, "tak balik kampung ke?", "tak cuti balik kampung ke?", "ko dah tak reti nak balik kampung ke? (tanya macam harammm)".

Tak sayang mulut tanya soalan macam-macam mesti ada perkataan "kampung" dan "ke"? Apehal semua nak suruh aku balik kampung tiap-tiap minggu? Ko ada banyak duit nak sapot tambang bas aku ke? Ko tak risau aku eksiden naik bas ekspres balik kampung ke? Lagi takleh blah la cakap pasal eksiden. Ekceli semenjak dua menjak ni aku takut la nak naik bas ekpres balik kampung. Tapi itu lain cerita la.

Best sangat ke kampung aku? Korang yang tanya macam-macam, seperti mahu aku balik dan tahu serupa apa kampung aku kan? Jauh woo nak balik kampung. Sakit leher duduk dalam bas asyik tido je takde kerja lain dah. Sakit punggung sebab lama duduk atas kerusi. Itu belum campur lagi nak cirit ke nak kencing, macamana?

Tak. Sekali lagi keluar daripada tajuk. Nak cerita pasal kampung. Kampungku Indah tajuknya macam karangan masa sekolah rendah kan. Kenapa saya suka kampung saya? Sebab dia besttt...

Sekarang aku nak tunjuk apa yang besttt... 
 
Depan rumah aku ada gua okay. Korang kalau nak homestay kat umah aku, kena selimut time tido malam. Suhu memang amat sejuk

Ini time musim buah-buahan. Aksi aku tengah membersihkan buah durian sebelum dijual.

Terus dari ladang. Fresh ni. Saje bikin panas. *Aku tak makan durian.

Nama dia Memey. Aiya lupa letak Norman Hakim
Saje letak nama Memey. Sebenarnya comel. Tapi bila panggil laju-laju jadi Memey lak. First time dapat kucing putih. Kalau tak, kalernya hitam je.

Ini dalam gua yang awal-awal aku tunjuk. Dua orang sepupu aku tengah tangkap berudu. Jakun juga budak ni.

Bila dongak kepala ke atas. Pemandangan dalam gua. Masa kecik-kecik seram woo tengok

Nah, jakun tak habis lagi budak dua orang ni

Ni masa air dah surut sikit. Ha, biasa bulan 11, 12 tiap tahun air akan tinggi cecah dinding dalam gua. Masa ni nak terjun tiruk dari atas pokok getah pun boleh la.
Dorang berdua ni nak main dalam air tapi takut aku jerkah. Jadi, permulaan sipi-sipi je. Bila lama-lama habis berendam dua orang.

Kat tempat lain. Dalam kebun getah arwah nenek n atok. Kitorang panggil kolam kat sini sebab dasarnya berbatu. Air sejuk macam kat Atlantik. Huhu. Ada labi-labi gergasi yang selalu muncul. Ada siput sedut, ada ikan.
Ini tempat lain bukan dalam gua tadi.

Pokok rambai berbuah lebat. Lama bertahun-tahun tak berbuah tetiba tahun 2010 kemain lebat.


Teruja tak?
  
Sebab ini yang paling best. Dari kiri aku, kakak, mak dan adik bongsu aku. Sedang bergaya seperti orang kampung.
Best kan balik kampung. Eh, eh, best kan kampung indahku?
Banyak lagi benda best. tapi tak boleh la balik kampung selalu kan.

Tweet : Balik time perayaan je.

4 comments:

  1. durian hujung2 tahun ni..kat negara mana ni..??

    ReplyDelete
  2. Ini sekitar bulan 8 musim buah 2010. Negara Atlantik

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kampong halaman eLL, zaman modern sekarang susah nak cari kampong seperti zaman nenek-moyang dulu-duluan, boleh sis Ratna datang ziarahi kekampong halaman eLL? Ada tasik, ada gua lagi mana nak jumpa dan buah rambai teringat sis Ratna di kampong Moyang punyai banyak pokok buah-buahan (kempunan) beruntung eLL rasanya seperti pergi "holiday". Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  4. @sis Ratna

    Meh datanglah sis.
    salam kejauhan

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?