Ikut Belakang

Friday, January 7, 2011

Kepanasan

Oh tidak. Pagi-pagi buat aku angin. Suka bagi aku Emo pagi-pagi. Cis.

Berlengganglah aku dari kafe, terus masuk lif ke tingkat 3. Pagi-pagi aku sedekah kuntuman senyum kepada semua orang. Pembuka rezeki kan. Sampai ke pintu rintangan di tingkat 3, ada sorang amoi telah menyelongkar beg sebab/mungkin nak cari kad akses (pintu rintangan kena buka dengan kad akses).

Aku terasa simpati tengok dia bertungkus lumus menyelongkar, terus menawarkan bantuan dengan pergi mengscankan pintu tersebut. Kiranya da dapat banyak pahala daripada pagi la kan (takbur).

Lepas dah boleh akses, dengan muka kelat ketat dia bukak dan terus blah macam takde pape, macam pintu tu zam zam alakazam terbukak sendiri. Haih, aku dah menyirap dengan orang yang bodoh sombong, sombong nampak betul-betul bodoh. Amoi aaa, lu tatak mau cakap itu toche ka? Atau paling kedekut pun senyum meh? Meh? Meh? Meh?

So, sepanjang perjalanan aku ke opis, aku duk menengok dia dari belakang. Ha, cuak, cuak ye. Oh, rupanya kat sini opis kau. Tahu rasa bersalah, kau bukak pintu opis sempat lagi jeling aku? Pesal ko nak kena tomoi sedas ke? Eh ko nak rasa Tomoi Emo boleh.

Jadi, segala pahala-pahala tadi aku rasa dah termusnah oleh perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang tersebut di atas. Sekian.

Tweet : Aku tak boleh kalo tak layan benda bodoh ni. Mesti nak emo jugak.

2 comments:

  1. ella, len kali jgn tolong, g mam sama dia. haha. bodoh punya amoi

    ReplyDelete
  2. Yaty : Tula, jangan buat baik dengan orang lenkali

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?