Ikut Belakang

Tuesday, January 25, 2011

Ketakutan

Orang kata aku sangat berani. Celah mana berani tak tau la. Mungkin setakat jalan kaki di malam gelap tanpa suluhan cahaya itu definisi berani kot. Atau berani bersuara lebih tepat emo-emo ikut 'dan' la.
Kalau kecik-kecik dulu berani melawan mak ye. Di zaman sekolah, berani mendekati cikgu dan bertanya soalan adalah berani juga dalam kamus.

Tapi, zaman study di JB dulu, baru aku tahu aku rupanya penakut. Setakat berani merantau duduk di negeri orang yang asing tu takdehal la. Turun ke kedai Tomyam Abang Siam tu seorang-seorang tercongok makan kat situ pun hal kecik jugak. (Unsur-unsur takbur dan riak).

Ada kelebihan, mesti ada keburukan di mana-mana ye tak. Selama ini aku tak tahu. Al-kisah aku selalu ke pasar basah di Masai, lalu di tempat orang duk jual-jual ikan dan ayam. Aku lalu je situ, dah terasa macam nak terkencing terberak sebab ternampak ikan-ikan besarrrr punya.

Ye, ketakutan aku adalah kepada ikan besar. Tak kiralah itu ikan mati atau hidup, semua aku takut. Segala mak nenek ikan ada, dari jenis yang berbintik hinggalah ke licin polos kulitnya. Mula-mula, memang lalu, pastu dah fobia dah tak boleh lalu langsung. Aku jalan jauh-jauh la kalau L' Amour tu duk suruh-suruh pilih lauk.

Melihat kepada muka ikan besar tu mak aih, dengan gigi berterabur memang nitemare la. Meremang-remang bulu Rhoma Irama-ku. Dah, rahsia dah terkantoi jadi bahan tak habis-habis. Asal pegi pasar je, mula la nak takutkan aku dengan ikan-ikan tu. Maunya aku berlari-lari kencang lari. Yang dia pulak makin kencang tarik-tarik suruh pegi tengok ikan. Jadi, kalo time funfair tak payah nak ajak pegi Rumah Hantu, memang tak takut punya. Tapi Rumah Hantu aku ialah di pasar basah atau mana-mana la yang ada ikan besar-besarrr punya.

Tak habis lagi, 4 tahun lalu dek kerana asyik jadi bahan jadi memang trademark la. Dia ajak pegi Aquaria. Tak boleh blah (ayat anak muda sekarang). Aku taknak, daripada aku buat muka, muncung-muncung macam mulut todak, sampai kena tarik-tarik kalau orang tengok maunya dorang cakap kena kahwin paksa dah. Sampai la jugak dalam pada mulut aku asyik cakap "TAK NAK PEGI" sepanjang perjalanan ke Aquaria. Dah abis dah aku duk cubit-cubit dia, pukul-pukul (samseng).

Bagai dimomok-momok, gigi dan mata Si Jerung yang kejam tu memberi mimpi ngeri. Tapi kalau bermimpi tangkap ikan besar, orang tua kata nak dapat rezeki besar. Ye ke? Taknak aku mimpi jerung, biar la dapat emas sekalipun.

Amik kau, depan Aquaria tu kan ada slide yang tunjuk ikan-ikan jerung bagai tu, aku ternampak (bukan tengok) je, terus melolong, nangis-nangis macam orang gila. LOL. Padan muka kau kena pujuk aku. Kejadian tersebut bukan sengaja. Dalam memang ketakutan, pastu ada orang paksa jugak, maunya tak takut tahap gaban. Nasib baik tak pengsan je. Tahu pulak "jangan nangis la, nanti malu orang tengok". Sape suruh, dah cakap aku takut.

Tweet : Sekarang? Aku berani mengatasi ketakutan itu. Tak percaya? Dare to believe it.

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?