Ikut Belakang

Friday, January 21, 2011

La La La Kerja La

Selalunya setengah/kebanyakan orang kalau tensen, tak kiralah tensen dengan apa sekalipun e.g kerja, pakwe, isteri, suami, bos, anak dan lain-lain akan prefer untuk buat perkara-perkara yang dorang suka e.g makan, window shopping, bercuti, layan movie, pergi cinema, keluar dating, menangis dan sebagainya.

WINRAR untuk aku sebab kalau tensen, selalunya aku akan tengok tv. Layan katun. Tapi seminggu ni, aku tensen dengan kerja, aku lagi buat kerja. Buktinya aku boleh siapkan 3 fail kes rayuan straight dalam masa sehari! Hatrik tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Dengan ala-ala transcriber, 3 - 4 orang saksi setiap kes dan campur oral submission, mau berpinau dan menggelegak telinga den neh nak dengar semua ayat yang keluar dari mulut kome. Dari opis bawak ke rumah, tengah malam siap. Esok print. Bila fail siap, mulut berbuih kena sawan (metafora). Pastu kepala pening. Takpe, boleh go lagi, telan panadol, sambung lagi kerja.

Tetiba menjelma wajah Doc : Hei, ko nak mata ko terputus dan berdarah-darah memancut ke? Kali ni bukan setakat pembuluh darah yang berdarah, mata ko dua-dua akan jatuh ke atas keyboard dan ko akan menyesal seumur hidup.

Guguguguguggu

Tweet : Bila tak taip prosiding, rasa macam tak lengkap hidup. Ke mana-mana sahaja, mesti ingat kerja. Balik kampung kalau tak bawa balik kerja juga, mau macam nak menangis dek rindukan "pressure kerja". Nikmat.

2 comments:

  1. balik kampungnaik bas kat stesen tasik selatan tu macam kool

    ReplyDelete
  2. Ha'ah. Tapi ade ke pergi Pahang?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?