Ikut Belakang

Friday, January 7, 2011

Si Baby Sitter

Aku seorang babysitter. Sebelum menjawat pelbagai jawatan di peringkat swasta dan kerajaan, aku seorang baby sitter yang kaya-raya.
Haha. Ye, tak tipu. Selama menjadi babysitter, aku dah babysit 3 orang iaitu sepupu aku. Semua dari usia 4 bulan ke atas aku jaga dorang.

 Bermula dari kakak (Rabi'atul Adawiah), abang (Hakim Arif) dan adik (Aidil Alim Arif).

Paling mencabar ialah si kakak (Ah) sebab dia ni menangis tak henti-henti masa lahir sampai umur dia 2 tahun. Hari-hari aku duk babysit dia pun hari-hari dia nak menangis. Masa dalam jagaan, dia tak melalak tapi masa mak dia nak tinggalkan tu dia akan melalak macam orang kena rasuk. Jadi, terpaksa pujuk dan bawak dia pergi jalan-jalan dulu, mak dia akan keluar senyap-senyap. 

Abang (Arif) tak banyak kerenah. Cuma nak botol je tapi taknak susu. Dia nak teh. Jadi, isi air teh dalam botol je. Senang. Dia pendiam sikit tapi comel. Masa kecik kurus, tak tembam pun. Ah dengan Arif ni aku jaga sampai dia masuk tadika. Lepas tu jaga Aidil pulak.

Adik (Aidil) pun senang nak jaga. Yang sorang ni peramah pulak. Dia suka makan, tengok la badan pun tembom. Hahaha. Tapi sekarang dah banyak main, semua cekeding masing-masing. Baju dan seluar sama saiz dengan Arif pulak.

Masa tengah babysit Aidil, aku dapat kerja kat KL, jadi terpaksa tinggalkan dia. Sedih woo masa ni. Aku dah anggap macam anak sendiri dah semua. Bukan macam adik, tapi macam anak.

Arif. Aidil. Ah
Sekarang dah besar. Comelnye. Rindu la kat korang.
Sekarang Ah dah Form 1. Arif darjah 3. Aidil 4 tahun.

Yang tengah tu Danish. Bukan adik-beradik dengan dorang. Alala. Arif still control macho.
 Danish dah tak mau posing, dah penat.

Ha, ini Danish (Muhd. Danish Huzaifah) masa beberapa bulan. Tengok baju dia gambar kat atas tu, baju sama kan? Haha.

Si Danish tak sempat aku nak babysit sebab mak dia tak bekerja. Jadi mak dia yang jaga sendiri.
Amacam? Ada bakat tak aku nak jadi Ibu Paling Penyayang? Haha. Jangan risau, aku tak kan emo dengan budak-budak yang comel.

Tweet : Aku nak anak ramai-ramai.

4 comments:

  1. Budak2 kalau laser boleh buat kita speechless

    ReplyDelete
  2. betul tu. Si adik tu mak aih, lancang mulutnya. tanya itu ini, dia pulak yang bagi idea

    ReplyDelete
  3. kakak tu cantiklah dah besar. huhuhu, menurun dari baby sitter dia kot

    ReplyDelete
  4. yela, tengok kaki la berbulu ke tak. hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?