Ikut Belakang

Monday, February 28, 2011

Cerita Kampung #1

HAI BLOG BUSUK. Selepas kerja kahwin kakak, penat tak hilang lagi. Tangan nak putus angkat-angkat beg, seminggu ini busy pulak duk buat projek 5's. Apa itu 5's? Cercerita, cercerita? Ah, nantila aku cite. Busy ni, tapi nak gak update.

Kalau cerita pasal penat, sampai hari ni tak habis lagi penat. Perjalanan balik kampung memang menyeksakan jiwa raga dan tubuh badan. Turun dari rumah 7.30 pagi lagi ke stesen Hentian Putra. Sampai kat sana 8.30 pagi. Bas 9.30 pagi. Maunya melangut jugak la kat stesen bas. Tapi ok jugak sebab ada banyak masa nak pergi tandas, makan, menguap banyak-banyak dan lain-lain hal secara spontan. LOL.

Dugaan sebelum naik bas amatlah "berat". Seberat beg yang aku galas.
 Beg isi laptop, beg kuning tu barang-barang makanan. Beg troli isi barang-barang untuk kakak yang dia duk pesan sekian lama.

Bayangkan kepenatan menggalas beg-beg berat tu. Nak disedapkan cerita, eskalator pulak rosak. Lif pulak takde. Aku rasa macam nak campak beg-beg dari atas ke bawah supaya senang tak payah nak berat-berat. Dari LRT Masjid Jamek lagi eskalator dah rosak. Turun STAR LRT PWTC, eskalator yang itu pun rosak jugak. T_T

Dalam perjalanan yang berat tadi, ada pulak makhluk pria ciptaan Allah meng-sweet-sweet, men-senyum-senyum kat aku. Kau tahu aku tengah penat galas beg, mahu aku sepak kepala kau ke. Hah ambik.

Dalam bas, dari stesen Pekeliling, bas stuck sebab ada kereta parking tengah jalan, semua kenderaan tak boleh lalu. 1/2 jam stuck macam tu rasa macam 'Argh suwei la hari ni'.

Sampai kat kampung pukul 2.00 petang. Aaah lega.

2 comments:

  1. lain kali kalau naik lrt+bas yang berbau harum,janganlah merungut.kadang2 bukan orang lain saja...

    ReplyDelete
  2. Uwaaa... tak merungut pun....
    duk diam je. tetiba terjadi perkara yang tak diingini

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?