Ikut Belakang

Wednesday, February 2, 2011

Sumpah Sesumpah

Oh sungguh boring la hari ini kerja seorang diri. Tercongok sorang-sorang dekat opis. Semua orang cuti.
Jadi saje nak share hari ini...



Ready untuk jadi witness?

Sebelum bercakap, kena angkat sumpah dulu.

Dan part yang banyak tershashul adalah ayat "sucihati". Dorang suka-suki je tukar ayat dan baca "sukahati".

Bermacam-macam pe'el orang boleh kita tengok semasa ini. Time ini semua terketar-ketar angkat sumpah. Apa yang nak ditakutkan? Bukannya kena pegang Sesumpah pun. Time baca sumpah je gemuruh tapi yang menyedihkan, lepas tu ada lagi yang menipu dalam keterangan.

Maksudnya mereka setakat baca sahaja. Semua orang boleh baca. Jadi, perangai macam ni macam perangai Sesumpah. Boleh bertukar-tukar pendirian/keterangan serta-merta. Agaknya pasni kena tukar ayat tak boleh gunapakai ayat "sumpah" merujuk kepada proses angkat sumpah.

Tweet : Part tak best ramai lawyer yang nak bertekak sesama sendiri, sesama saksi, dan juga sesama YA.

2 comments:

  1. manipulate data..term baru untuk menipu

    ReplyDelete
  2. yup. pastu dapat korek, baru la gagap-gagap

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?