Ikut Belakang

Wednesday, February 16, 2011

Tidak Ada Tajuk


Sepanjang minggu ni, TV3 asik je tayang drama-drama lakonan Fauzi Nawawi. Aku rasa muka dia tak sesuai jadi Ustaz. Kalau jadi orang jahat (penjahat), sesuai sangat. Jadi, dah boring tetiba aihhh nape muka dia lagi berlakon dalam cite nih. Tak de orang lain ke.

Semalam cuti. Buat nasi ayam. Teruja first time buat. Bolehla tahan. Nasib baik semuanya menjadi dan sedap la. Kerana L' Amour kekenyangan sebab dia ada terlibat dengan Program Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor, jadi ayam ngam-ngam untuk ratah. Nasi pula terlebih. Aku tak pandai nak agak untuk berapa orang makan. Bila tuang beras rasanya eh, macam tak cukup je. Bila tambah dah jadi banyak. Sape nak habiskan?

Lastnya, malam tadi buat sambal bilis makan dengan nasi ayam yang lebih tu. Balik rumah nanti makan lagi sampai lebam. 

Jumaat ni aku cuti balik kampung. Nak pesan je kat kampungku itu kurangnya coverage dalam rumah. Luar rumah tiang tepi henpon tu penuh. Tapi bila dalam rumah tiang tepi henpon tu tinggal tiang je semata-mata. Haha. Jangan marah kalau msg pending dan panggilan anda tidak dapat dihubungi. dijawab.

Gerenti la balik kampung ni banyak kerja nak buat. Kenduri punya pasal, gotong-royong memang penat. Kakak dah memekak sebab balik last minute. Dia kata aku tak balik awal nak tolong dia buat persiapan.
Beg penuh, bawak beg troli pun macam tak muat lagi barang. Semua ni barang kau la kak! 

Tweet : Ikut Emo memang majuk tak nak balik

4 comments:

  1. Nasik ayam+sambal ikan bilis=???

    ReplyDelete
  2. yeah, nasik ayam ngan sambal bilis sodap la...

    ReplyDelete
  3. Nasik+ayam=Nasik ayam
    Nasik ayam+sambal ikan bilis=???

    ReplyDelete
  4. Nasi Ayam Ikan Bilis Bantai. Hahahaha

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?