Ikut Belakang

Wednesday, March 23, 2011

Itik Panggang

Hai Blog busuk kepam sawang.

Lama betul tak upgrade update cerite. Macamla femes sangat nak update² -_-". Sebab hari tu tak habis-habis dengan projek 5's. Sekarang dah tahu takde audit lagi, slow sikit tapi dalam kepala nak siapkan dokumentasi pulak.

Tangguh dulu, biar tersumbat buat kerja last minit. Tersumbat yeah.

Tak, tajuknya Itik Panggang jadi isi karangan adalah itik panggang jugak. Alkisahnya, itik ini dibela se'banyak' 2 ekor sahaja tapi sekarang dah beranak pinak. Tak tahula pulak itik ada yang 'makan anak' ke tak. (Aku tak tahu apa aku merepek).


 Masa tengah shot gambar sawah di pagi buta, tak perasan pulak itik tengah menyudu dalam bendang

Kakak-kakak riuh berborak sambil buat apa aku pun tak tahu. Nak jengok dekat-dekat, den pemalu eh.

Tak lama nanti kuninglah padi ni. Di Selangor, pesawah mengerjakan padi 2X setahun.

Inilah kasanova. Bapak Itik.

 Banyak...nyum-nyum mak itik dan anak dara itik.


Tengah menyudu serangga dalam air. Kalau ada ikan, pun 'dorang' kebas jugak.


Dah habis satu lap, 'dorang' akan tukar ke air bendang sebelah kanan pulak.






Oleh kerana itik tersebut se'banyak' 17 ekor tak campur anak yang baru bukak mata, maka kitorang nak kenduri makan itik panggang di Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2011 ini. Kalaulah itik-itik tersebut tidak liat. Makanya, tunggulah.

Tweet : Tanjung Karang (2)

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?