Ikut Belakang

Tuesday, March 1, 2011

Si Baby Sitter #2

Selepas babysit 'Ah, Arif dan Aidil, aku berhijrah pula ke Kulim, Kedah. Ikut mak sedara temankan dia sebab dia dapat mengajar kat MRSM Kulim, PGA Kem Batalion 2.

Tahun 2007. Selama 6 bulan lebih kurang la. Babysit Nur Farhana dan Muhammad Faqih. Mak aih. Pagi-pagi dah melalak nak ikut mak dia nak pergi sekolah. Pagi-pagi terpaksa pujuk pergi kedai runcit beli gula-gula, belon dan sebagainya.

Nak menungggu ke jam 2.00 petang mak dia balik dari mengajar, macam tunggu bank luluskan loan je. Adoi. Yang melalak satu hal, yang bergaduh satu hal lagi. Faqih nak mandi/main air je kerjanya. Farhana tu kalau kita cakap apa-apa, nak-nak kalau kita marah dia, dia akan buat muka sardin.

Satu lagi hal, dua-dua suka bermain kat luar tak nak masuk dalam rumah.
Bila pagi-pagi bawa dua orang cousin tu berjalan, ada makcik cleaner tu suka menegur. Aku layan je la sambil mengawas dua orang tu bermain.

Dah hari-hari tegur aku, makcik cleaner tu ingat budak-budak tu anak aku. T_T Dah macam orang beranak dua ke aku ni. Tahun 2007, umur aku baru 23 tahun la wei. Nangis sedih.
"Hari-hari nampak awak bawa anak keluar berjalan, ayahnya kerja ya?"
"Eh, takla. Ini cousin saya. Mak dia mengajar kat sekolah".
"Makcik ingat ini anak kamu. Mungkin ayahnya pegawai PDRM".
OMG. Makcik, saya pernah terfikir nak cari suami yang macam askar. Tapi saya tak terfikir hari ini (monolog tahun 2007).

Disebabkan MRSM tersebut dalam Kem Batalion PDRM, setiap awal pagi ada kawad PDRM. Budak-budak sekolah pun diorang angkut dengan trak askar. Petang-petang kat padang, abang-abang askar main bola. Cuci mata.

Meng-babysit Farhana dan Faqih lagi mencabar dari babysit 'Ah, Arif dan Aidil. Farhana dan Faqih amatlah susah nak jaga. Hari-hari nak ikut mak dia, hari-hari kena pujuk, hari-hari kena bawa berjalan, hari-hari menangis.

 Nur Farhana, Muhammad Faqih dan Nur Farhani
Lebih kurang 4 tahun meninggalkan mereka, sekarang dah besar panjang. Maknanya aku semakin tua.

 'Ah, Farhani, Farhana dan Faqih

 Farhani (first), Farhana (second), Faqih (third). 'Ah

 Dua orang anak dara yang cantik

 Faqih amat suka bergambar
Jangan tak tahu, Farhana lebih 'besar' dari kakaknya.

Rumah berkecah sikit. Masa ni tengah pasang pelamin.

Sudahnya aku pulak yang nangis, dorang plak duk pandang. Nice. LOL. Penat.
Lepas 6 bulan, aku dapat kerja, Faqih sorang je dekat Kulim dibabysit oleh kakak Pengasuh dan Farhana dihantar balik ke ayahnya kat Kelantan sebab terpaksa hantar ke sekolah.

 Bukti Faqih suka bergambar

 Asik suruh ambil gambar dia je

 Faqih dan sepupu, Muhammad Akif Daniel Fathi

 Si Akif yang hyper



Kecik-kecik dulu kuat nangis kan...

Ini Baby Fahim. Adik Faqih (fourth)
Ahmad Fahim namanya. Besttt. Dia suka didukung.

Tweet : Okeh sekian. banyak sangat gambar

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?