Ikut Belakang

Wednesday, April 6, 2011

Awek Dalam LRT

Semalam petang balik dari kerja, naik LRT di Masjid Jamek. Selepas sekonyong-konyong menunggu orang keluar dari perut LRT, aku masuk dan terus duduk di kerusi kosong sebelah Awek Dottie. Aku diapit oleh dia dan Auntie.

Masa nak duduk, mata tertancap di kerusi. Nampak sebelah side ruang kerusi aku dah takde. Takpelah, nanti dia pandai la alih sikit punggung dia.

Okay. LRT menghala ke Kelana Jaya. Aku dah makin terhimpit dan tersenget ke sebelah Auntie yang tengah baca paper Inglis Edukesyen. Aku tunggu jugak kot-kot dia nak turun di KL Sentral atau Pasar Seni tapi aku tetap terhimpit juga. Dalam pada terhimpit tu, kaki dia duk ber'gedik' (tak duduk diam).

Hati aku dah tak tenteram. Rasa macam nak tanya-tanya. Mulut dah gatal nak celupar. Sebelah kanan dia ada seorang lelaki.

Dah tak tahan. Aku tanya "Cik, kenapa you duduk senget?"
"Kenapa? Awak tak muat ke nak duduk?" Eh, tanya aku balik.
"Saya terhimpit ni. You dah masuk ke 'line' saya. Punggung you senget ke side saya."
"Bukan apa, I taknak terselisih paha I dengan paha lelaki ni. Malas la nak tegur-tegur dia untuk alih."

Aku dah start bengang gila bab dah. Sedap dia je nak kontrol paha takut terhimpit dengan paha laki tu abistu dia tak pikir yang aku ni terhimpit dengan tendangan lengan chubby dia lagi, punggung dia lagi yang mengalang aku. Dia memberi penerangan lebar siap tanya aku tak muat ke tak nak duduk.

Memang la tak muat. Sebab tu aku tanya kau. Kau boleh silang kaki tak, dengan cara itu paha kau muat la mangkuk.

Nasib baik dia turun dekat Bangsar. Kalau nak, mau selisih rusuk aku.

Tweet : Hari ni mintak-mintak bernasib baik.

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?