Ikut Belakang

Friday, April 15, 2011

Bakal Hosmet Puaka

Iklan mencari rakan serumah (sewa) dah ditampal di dinding lusuh *gajah menyusur di flat agak terkenal di KL. Selang sehari atau dua dapat panggilan bakal hosmet nak tengok bilik yang nak disewa. Pada malam bakal hosmet datang, macam confirm nak terus duduk dan bermalam sambil dilayang deposit booking RM50.

Agak misteri, ditanya kerja dimana katanya selalu tukar-tukar kerja. Ditanya umur berapa katanya sudah berusia tapi tiba-tiba cakap sama umur dengan aku iaitu 26 (aku agak bengang 26 bukan berusia, cik!)

Katanya lagi berguru dengan seorang pak Sheikh dalam ilmu batin. Ada rotan bersama dengan bakal hosmet. Dalam naskah Qurannya, ada cara-cara merotan dengan betul. Cuak.

Pagi semalam nak keluar bekerja, cuak-cuak sebab pintu grill ternganga luas. Mangga solex dah takde. Jadi, suspeknya ialah bakal hosmet : dia ada kunci rumah. Duit RM50 deposit booking dah hilang, duit bil hosmet lain RM23 hilang juga.

Bukan sahaja duit. Dikebasnya juga laptop student tersebut yang nak hantar thesis hari ini. Juga henpon. Maunya tak menangis kawan ni harta berharga diambil orang. Bala, bala.

Kelam kelibut, terus lodge report. Syak memang bakal hosmet. Tiada kesan umpil. Dilarikan juga solex sebab tak sempat nak kunci barangkali pukul 4 pagi dah ada hosmet lain bangun mandi. Abang polis tuduh kami cuai, tak kunci pintu. Kami cakap alibi masing-masing abang polis cakap jangan main tuduh-tuduh nanti berdosa. Abang polis cakap "saya tak nak bersubahat". Cilaka, sori.

Kesan cap jari tak diambil pun. Macam tu kerja polis? Sori lagi.

Malam tadi, tukar solex lain. Hanya satu kunci solex sahaja tiada duplicate. Bila doorbell di'ting-tong', kami dalam rumah cuak lagi. Kecut hati perut semua organ macam dehydrate habis. Rupanya bakal hosmet datang. Kami kat dalam menggigil. Diam je masing-masing taknak bukak pintu.

Telefon polis, telefon pak guard, telefon mak ayah, boifren, kawan dan sebagainya. Kami macam tahanan pula di dalam rumah. Pak guard datang tapi bakal hosmet dah pergi. Pergi buat projek kat rumah lain. Pak guard kata, dia memang wanted. Selalu merayau kat blok lain. Modus operandi nak curi barang sambil menyamar jadi penyewa. Misteri. 

Tak logik pula bila ada hosmet yang nak masuk menyewa tapi tak bawa bra & panties. Dua malam, tak tukar ke? Baju pun recycle yang sama.

Lagi cuak bila student cakap mukanya ada kesan calar-calar. Kami siasat, kuku dia pendek. Macamana boleh dicakar muka sendiri. Bakal hosmet ada ilmu batin? Divoodoo dari jauh? Sudahlah dia pinjam sweater student tu. Memang ada niat jahat. Cuak lagi.

Semalam, konon semua nak berjaga dan tidur di ruang tamu. Last-last semua masuk bilik, terbongkang dalam bilik masing-masing sebab penat fikir masalah dalaman rumah sewa.

Tweet : *Gajah menyusur ialah laluan pejalan kaki yang berbumbung. Pertama kali dengar masa di form 6, SMK Clifford.

6 comments:

  1. Kalau kes curi, telefon polis, telefon pak guard, telefon mak ayah, boifren dan kawan....

    Kalau Kes curi hati, nak telefon sapa?

    OK, firs time dengar perkataan 'gajah menyusur'

    ReplyDelete
  2. seramnya org tu ella. jgn senang caya org taw. bahaya. take care

    ReplyDelete
  3. @uncle gedek : semua diteleponnye, buat risau orang je kan.

    Curi hati : errr, telepon si pencuri tu, tanya nape nak curi hati...

    ReplyDelete
  4. @yaty : itulah, semuanya sudah terlambat...

    ReplyDelete
  5. huhu..
    dulu masa study ada gak kes pecah rumah camtu.
    paling besh,
    macam kene jampi sbb sorang pon x terjaga dr tdo masa penyamun masuk umah (utk org yg cepat tjaga cam akak, agak pelik lah)
    tau2 sok pagi memasing menjerit duit & brg berharga lain ilang!!

    suspect : bf housemate baru yg tdo dlm keta kat porch umah kitorang. tp ktrg x berani tuduh.

    ReplyDelete
  6. @kak rahimah ramlan : lagi dasat akak punya kes. sampai skang macam terkilan la sebab tak tahu siapa yg buat. hosmet student tu pun tetiba je dia lembut hati lepaskan saspek. tapi oklah sebab dia dah keluar dari rumah tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?