Ikut Belakang

Wednesday, April 13, 2011

Duduk Sorang-Sorang Dalam Bilik Gelap

Jangan sesekali percayakan manusia. Walau kawan baik anda. Walau suami anda. Sesiapa sahaja. Bila sedih, rasa macam nak duduk dalam bilik gelap sorang-sorang. Menangis sampai sesak nafas sebab hidung tersumbat.

Bila emo lain macam, cepat je nak tukar background jadi hitam kelam, konon oh my blog fahamilah perasaan aku ketika ini. Dem.

Hari ini sedih lain macam. Mata aku jahat, tak boleh tengok sesuatu yang mencurigakan, mulalah pikirkan yang bukan-bukan. Mata aku tak boleh baca yang bukan-bukan sebab aku pesimis.

Rasa disisih bukan perkara luar biasa buat aku. Last-last macam nak tegar sebab dah biasa kena dump. Tapi tak boleh sebab perasaan nak berkawan menebal.

Aku rasa tak perlu berbaik-baik sangat dengan manusia sebab bila-bila masa saja kamu akan kena tikam belakang. Sama saja perkara apabila dikeliling dengan adik beradik pun. Kalau depan kamu dorang cakap baik-baik dan tak mengumpat, belakang kamu pula kamu tahu? Aku selalu ngumpat kakak dan adik sebab rasa geram nak mamp ngan dorang.

Jadi, jangan BFF sangat dengan manusia. Kalau kamu berharapkan sesuatu dari orang lain, kamu tak akan dapat. Kamu baik macam kucing pun tak guna sebab dorang akan bagi tahi, tahu?

2 comments:

  1. izwa ade idea nak kongsi...semua itu benar..manusia macam kite jugaa..tak sempurna..so yangboleh tolong kite hanya lah...n berkawan baik ngan kite n bersahabat baik sengan kite hanyalah ALLAH s.w.t

    ReplyDelete
  2. Betul. Dah ramai yang boleh dijadikan contoh kan...

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?