Ikut Belakang

Wednesday, April 27, 2011

Ilmu Memasak

Dulu : Aku bukan pandai sangat masak. Setakat masak air, masak nasi dengan dapo gas, maggi, (Sekarang) spageti goreng atau spageti berkuah bolehla.

Masa aku sekolah rendah, tak hirau pun bab-bab memasak. Kawan-kawan sibuk cerita aktiviti di dapur dan muka melepuh kena minyak panas masa goreng sayur (yeke?) pun aku buat tuli.

Kawan-kawan duk cerita dorang memasak sambil dukung adik pun aku kering hati. Sampai la kejadian aku kena marah dengan mak sebab tak boleh bezakan dan tak kenal halia dan lengkuas. Kunyit kacang je sebab dia kan lain daripada lain.

Bersungguh-sungguh mak marah sebab ada orang datang nak beli halia. Aku pulak bodoh piang tak kenal halia. Masa tu darjah 5 atau 6 la. Disebabkan itu, orang tersebut balik dan datang semula petang. Memang terasing la kejap jadi alien sebab adik aku yang lelaki pun kenal. Masa tu dia darjah 2 atau 3.

Antara memori kegagalan aku dalam bab memasak adalah seperti dibawah:-

Adik Lelaki :  Aku nak goreng keropok la. Aku tengok mak senang je dia goreng.
(Ya, dia darjah 3 masa itu dan cita-cita tinggi. *Keropok magic - Keropok ikan yang kembang apabila digoreng)

Aku : Ha? Kau biar betul. Aku tak pandai.
Adik Lelaki : Aku tahu. Aku tengok mak buat. Dia goreng dalam periuk.
Aku : Wei, mak goreng dalam kuali la, mana ada periuk.
Adik Lelaki : Periuk la, kau tak tengok ke pagi-pagi kita nak pergi sekolah mak goreng dalam periuk?
Aku : ...

Setelah dia ambil periuk...

Adik Lelaki : Apesal tak kembang macam mak buat hah?
Aku : Mana aku tahu. Aku tak pandai la. Kau biar betul?
Adik Lelaki : Betul la aku tengok mak buat. Aku tengok mak goreng guna periuk.

Disebabkan keropok tak kembang, maka dia mengadula dekat mak...

Adik Lelaki : Mak, nape keropok tak kembang masa orang goreng?
Mak : Hah?
Adik Lelaki : Orang dah buat macam mak buat, guna periuk pastu letak air...
Mak : (mak aku dah tak boleh nak completekan perbualan dia sebab ketawa berair mata, berguling-guling)
Aku : (sebab aku tahu proses tak jadi, aku pun ketawa juga. Pada masa sama, aku ketawakan diri aku sebab bodoh piang tak nak belajar masak)
Adik Lelaki : Hehe...patutla. (Sengeh je)

*Mak memang guna periuk untuk goreng tapi dia letak minyak masak OK?

 Selepas kejadian yang memalukan tersebut, aku try goreng keropok magic tu tapi banyak yang terhangit. Bila belajar lagi cara goreng keropok magic dengan tekun, maka aku berjaya tanpa was-was.

Tadaaa...

 Hasil ilmu memasak yang dibina selama ini. Ayam untuk projek nasi ayam.

 Tweet : Masih menggigil bila masak depan mak.

4 comments:

  1. sengal~hahahaha~~~~

    *sedapkah keropok rebus?

    ReplyDelete
  2. @ Bujal X

    Keropok tersebut lembek macam biskot tiger dicicah air teh

    Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ilmu makan uncle yang punya...!

    ReplyDelete
  4. @uncle gedek

    hi-5.

    Hehe. Cuma sekarang nak makan kena masak dulu (sendiri)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?