Ikut Belakang

Thursday, April 7, 2011

Kakak Kat Eskalator

Suatu hari, tengah berlari-lari anak nak kejar LRT 4 gerabak, aku pilih eskalator sebab macam cepat sikit. Walaupun sama dengan kaedah guna tangga, tapi guna eskalator adalah lebih cepat. 2X ganda bergerak.

Masa nak turun, ada kakak duduk line kanan dimana line kanan adalah line paling laju dan line memotong. Haha. Kaedah sama juga dijalan raya mengelak sesak dan kemalangan.

Aku dah usha kakak tu. Memang mulut gatal betul, aku cakap "Kak, tumpang lalu". Kakak tu blur. Aku cakap sekali lagi. Kakak tu still tak bergerak. Teragak-agak pikir nak ke kiri ke stay kat kanan. 
Pastu...

"Tak payah la nak turun dik, stay je la kat situ". Nada marah kat aku. Eh?
Dia sambung, "Akak takut nak berjalan sebab eskalator ni tengah bergerak".

Kak, saya tak suruh akak turun kak. Saya mintak laluan sebab saya yang nak turun. Kakak sepatutnya duduk di sebelah kiri.

Terpaksa la aku menyempitkan diri lalu di bahagian kiri. Tinggallah kak sorang-sorang kat belah kanan ye.

Tweet : Senda petang

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?