Ikut Belakang

Thursday, May 19, 2011

My Boss

Alkisahnya minggu lepas. Minggu yang penat dan banyak kerja.
Sekonyong-konyong aku bermesej-mesej dengan bos.
Perihal kursus yang bos in charge.
Dua tiga kali reply, masing-masing.

Tepat jam 5, aku terus siap-siap nak balik. 
Balik awal adalah paling afdhal ditanam dalam diri. 
Terus reply mesej
"Nak balik ni. Penat la hari ni. Produktif betul".

Send.

Tak semena-mena, "Delivered to : Boss"

Arghhh, maka aku sudah ketawa meroyan. 
Peluh menitik-nitik.
Dalam lif sampai terduduk-duduk.
Senyum kambing sorang-sorang.

Dalam diri menyumpah tak cek dulu inbox. Cek mesej sape yang first sekali.
Terus reply lagi "Maaf bos salah hantar mesej. Haha". Boleh pulak ketawa padahal leher dah tergantung ni.
Terus silent henpon sebab kalau mesej masuk nanti takut nak tengok bos reply apa.
Terus esoknya macam nak EL sebab dah malu dengan bos.
Tet tet. Bos reply "xpe".

Heh. Lega. Lenkali cemerkap lagi la.
Heh. Lega. Nasib baik bukan mesej "sayang, sayang".
Heh. Nasib baik bukan mesej kutuk bos.

Heheheheheheheh.

8 comments:

  1. maaf cik ina kurang pasti "cemerkap" tu apa? janganlah gedek ada komen, mesti dia kutuk cik ina plak. lenkali tengok 10 kali sebelum send, nasib baik boss ko baik hati.

    ReplyDelete
  2. @CIDDC

    cemerkap macam kelam kabut, gemuruh, nervous, cuai dan seangkatan dengannya cik ina.

    Haha, pakcik gedek takde kotttt.

    Itulah, nasib baik bos baik hati

    ReplyDelete
  3. Cheh! cemerkap pon tak tahu!

    buat malu, je!

    ReplyDelete
  4. alamak eLL... nasib baik anda memang bernasib baik.. haha

    ReplyDelete
  5. @gedek

    Wahahahaha

    kena balik

    ReplyDelete
  6. @reen

    nasib baik memang baik la...

    ReplyDelete
  7. owh..selalu kene kes camnih. tp bukan kat boss lah.
    nak mesej boifren tapi terhantar kat member.

    sungguh x hengat kene kutuk pastuh!


    huhuhu

    ReplyDelete
  8. @kak rahimah

    OMG akak rahimah.
    Selalu jugak macam tu. nak hantar kat bf tapi tersilap.

    cuba akak pikir nak hantar ke bf tapi terhantar kat boss, cane tu?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?