Ikut Belakang

Friday, June 24, 2011

Dejavu

Hai belog.

Aku suka hari ini sebab tahu Cik Ina Do Do Cheng buatkan entri untuk aku. Sukanya tak terkira.
 
"nampak sedapkan masak lomak cili api ikan keli yang dia masak , aku pun terliur.

Hati ni terubat bila budak emo ni ikut sebijik sebijik ajaran aku cara nak masak lemak cili api ikan keli.Salute ngan anak dara yang lebih kurang sebaya ngan anak aku ni.

Banyak lagi yang dia masak pada masa yang sama , kalau tak caya pegi blog emo tu. Sebenarnya aku nak bagitahu satu rahsia , tapi cam malu je,tapi tetap nak cakap gak.

Ell , sebenarnya cik ina memang tak pernah masak ikan keli masak lomak cili api, beli ikan tu pun tak pernah, tapi cik ina nak ajar ko gak, tu yang cik ina salute ko boleh masak ikan tu.Mesti ko ingat cik ina pernah masak ikan tu kan. Sebelum ko jadi emo ngan pengakuan berani mati ni baik cik ina larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk"
  jadi, setiap kali saya pandang keli, saya akan teringat cik ina dan doakan cik ina bahagia akhir hayat.

Semalam tak bukak blog sebab pergi kursus. Jadi hari ini baru tahu yang Cik Ina ada buat entri itu.
Hari ini aku bukak blog dia dan tak nak tutup sampai bila-bila page tu. 
Hati kecil aku terharu dan rasa sayang sangat kat Cik Ina biarpun hanya kenal dalam blog sahaja.

Dia cakap aku sebaya dengan anaknya, mungkin Yuyi (gambar ketiga). 
Ye la kot sebaya. Umur aku pun dah nak masuk 26 pada Disember ini.

Semalam, sebenarnya aku bermimpi ada seorang blogger yang buatkan entri @ review pasal aku tapi blur siapa. 
Biasanya aku tak ambil kisah dan tak fikir pun pasal mimpi. Tapi dejavu. 
Selalu berlaku macam tu. 
Akan bermimpi dulu dan esoknya 'eh, macam mimpi semalam'. 
Mungkin secara kebetulan atau mungkin juga satu kelebihan yang Allah kurniakan. 
Bila cerita pasal aku selalu dapat mimpi macam tu kat kawan-kawan, mana la dorang nak percaya. So, jangan emo.

Cerita pasal kursus semalam, ada ke tajuknya "Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi".
Isi dalamnya tentulah penampilan luaran, dalaman, sikap dan banyak lagi.

Slot kedua dikendalikan oleh fashion blogger Hafiz Mustapha pemilik blog Cute Carry.

Update :  Hafiz Mustapha Keluar dalam Oh! Bulan dengan tajuk fesyen Siti Nurhaliza. Tips warm and cool pun ada diajarkan semalam.

Mak aih ko mulut dia laser. 
Dan dia gov servant tapi stylo okay.
Sepanjang kursus, slot petang tu takde langsung orang yang tidur. 
Gegak gempita dengan gelak ketawa. 
Paling penting ilmu yang dia bagi.

Cakap pasal fesyen, pagi-pagi lagi aku dah nampak seorang kakak iaitu peserta kursus pakai baju sama macam aku.
Bukan ala-ala je tau. Exactly the same. Corak, warna. Perghhh. 
Masa nampak dia aku terus berdoa supaya dia tidak sama dewan kursus dengan aku.

Okay tak jumpa dia. Selamat.

Time lunch pergi solat. Perghhh, jumpa kat toliet pulak. 
Dah kitorang berdua bantai gelak tak ingat. Aku pulak still malu-malu kucing. Boria.
Dia cakap takpe, kan kain 'sekayu'. Kah Kah Kah.
Nasib baik dia kerja kat JAKIM dan bukan satu opis dengan aku.

Gambar tampalan nanti kemudian.
Tak snap gambar dengan kakak tu tapi aku ada gambar masa pakai baju tu. 
Nak jugak tunjuk baju.

Tweet : Cik Ina, nanti saya nak buat keli sambal (sambal resipi Cik Ina) makan dengan nasi lemak.

6 comments:

  1. suka eh orang promote blog dia~~he~~

    ReplyDelete
  2. @bujal

    suka. i gile glemer
    kah kah kah

    ReplyDelete
  3. ell malulah, cik ina tak pernah beli ikan keli, yuyi selalu beli . dia duduk kat tempat lain. selalu sebelum masak dia bukak blog cik ina tengok resepi, tu yang cik ina ingat ko ni cam anak cik ina. serius bila cik ina tengok masak lomak cili api ko,cik ina dapat satu kesimpulan yang ko pandai masak, tapi yang lebih penting ada minat masak.

    ReplyDelete
  4. @Cik Ina

    Kah Kah Kah

    Kalau cakap pandai karang takbur dan riak pulak saya cik Ina. Masih mengasah bakat lagi.

    Memasak senang je. Kalau rajin.

    ReplyDelete
  5. Cheh!

    Siap bagi tau birthday dia Disember ni... bajet nak hadiah la tu....

    Uncle punya March tau! Jangan lupa!

    ReplyDelete
  6. @uncle gedek

    eleh,
    da lepas la dia punya

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?