Ikut Belakang

Wednesday, June 22, 2011

Membina Lemak

Entri ini di tuju khas untuk Cik Ina Do Do Cheng
 
Setelah berabad lamanya ikan keli 10 ekor disiang, dibersihkan, disimpan beku sehingga nak jadi pekasam,
maka suatu hari aku menuntut ilmu memasak dengan chef @ mama dan blogger fofuler Cik Ina Do Do Cheng

Kekeringan idea untuk menjadikan keli sebagai hidangan hebat memaksa aku kerja keras.
Lantas Cik Ina DDC men-sajes-kan menu Ikan Keli Masak Lemak Cili Api atau Ikan Keli Masak Sambal Luar Biasa (Resipi Sajes oleh Cik Ina)

Jadi aku pilih Masak Lemak Cili Api sebab sambal keli pernah buat sebelum ni.

Lantas juga hari Jumaat lepas aku ke pasar mecari santan dan barang-barang lain (tak boleh bagitahu barang apa aku guna, takut salah guna barang bikin malu besar).

Maka, biarlah gambar berbicara...

 Tahu tak ini keli sebanyak 10 ekor? Naik lenguh nak menyiangnya.

 Cik Ina kata bakar dulu keli. Ini keli bakar stail aku. Letak foil atas kuali


 Cik Ina juga ajar bagaimana nak menumbuk cili dan barang lain. Dia cakap tumbuk cili dulu kemudian barang lain, barula cili lumat. Nampak tak alu lesung sudah bertampal tanda ianya pernah putus dua.
Hosmet yang patahkan. Dia juga yang tampalkan salotep.

 Cik Ina ajar juga menggoreng sayur menggunakan ikan bilis dan bawang putih sahaja.

 Ok Firdaus, Cik eLL dah pandai masak sayur.

 Taraaa.... setelah siap. Fuh. Lulus dah?

Ini rupanya ikan keli hidup-hidup berhabitat di tasik The Mines (yang kononnya ada naga besar). Tapi keli yang aku masak bukan dipancing disini ye.

Terima kasih Cik Ina Do Do Cheng sebab amat prihatin dengan ikan keli aku yang selalu bertanyakan "ikan keli emo kau, kau dah masak ke belum?" (Lebih kuranglah ayat tanya dari Cik Ina)

Sekian.

10 comments:

  1. sodapnya anak dara ni masak, pandai.Tiba-tiba teringin nak makan ikan keli salai masak lemak cili api. mesti pedas tu, nampak cili api yang ko tumbuk banyak cili api, mahu jadi emo makan.terima kasih ikut resepi cik ina.

    ReplyDelete
  2. @Cik Ina

    Disebabkan ilmu cik ina la saya pandai.
    tak pedas tu. salah pilih cili agaknya.
    atau lidah sudah kalis pedas

    hehe.
    Bestnya kalau dapat salai kan.

    Nanti saya pergi ngecek ke rumah cik ina lagi.

    ReplyDelete
  3. fuh.. betol2 emo ni.. nampak sedap! ^___^

    ReplyDelete
  4. @anisyafrina

    hai anis

    memang sedap. tapi muak. nak menhabiskannya...
    fuhhh

    ReplyDelete
  5. @gedek

    uncle ada anak boboi?

    ReplyDelete
  6. dtg dr blog Cik Ina... :)

    terfikir2...mcm mana eh...anak lesung tu boleh terpatah dua...heheheh...

    salam kenal..!! :)

    ReplyDelete
  7. @nabilah

    hai nabilah. salam kenal.

    hosmet terjatuhkan anak lesung tu. jadi batu terhempap atas simen, patah dua.

    hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?