Ikut Belakang

Tuesday, June 21, 2011

Once Upon A Time

Pada suatu hari
18 tahun yang lalu

Seorang budak tengah bermain "kereta-kereta" mengunakan botol minyak angin sebagai ganti kereta.
Oleh kerana dulu belum wujud duit yang banyak untuk beli kereta mainan maka harus dicari apa-apa perkara sebagai ganti. Lazimnya bongkah kayu, kotak Colgate, kotak rokok atau sebagainya.

Seorang budak tengah bermain "kereta-kereta" menggunakan botol minyak angin atas pagar beranda, yakni sebuah jalan lurus untuk bermain kereta-kereta.
Digelek botol yang tidak bertutup ketat, kadang laju kadang perlahan. 
Diulang-ulang, tiba-tiba terus kereta tersebut memecut laju, lalu terbabas dan jatuh ke bawah jambatan.

Budak tersebut pandang adiknya. "Syhhh. Jangan bagitau mak". 
Terus terjun ke tanah ambil botol minyak angin.
Separuh sahaja tinggal.
Langsung dia menjerit "Mak, adik jatuhkan botol minyak angin"
Muka adik dia dah berubah.

"Ni ha, dah separuh minyak ni tinggal"

Emaknya hanya pandang muka sorang-sorang.
Tanda tahu hal sebenar. Orang tua makan garam banyak.
Sama seperti perumpamaan, orang yang kentut mana nak mengaku bau kentut dia.

***

Budak main kereta-kereta itu aku.
Budak yang tumpahkan minyak angin itu aku.
Jahat tak. Kesian adik aku

6 comments:

  1. @Bujal X

    Malu la saya kalau kamu kata saya jahat

    ReplyDelete
  2. jaga2..budak2 kecik cepat belajar...

    ReplyDelete
  3. @pembaris

    Masa tu saya umur 8 tahun. suka buli adik

    ReplyDelete
  4. Semoga adik kamu masok syurga nanti...

    ReplyDelete
  5. @gedek

    insya allah
    saya sayang dia.

    serius

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?