Ikut Belakang

Monday, June 13, 2011

Wajib Tayang

Haih.

Sekarang ini krisis identiti. Blog bertukar kadang-kadang setiap minggu. Tak puas hati dengan dekorasi dan latar belakangnya. Sekarang bukan nak tulis hal-hal dan kejadian menimpa tapi duk mengedit blog je hari-hari.

Minggu lepas punya la banyak aktiviti. Majlis kahwin tiga jemputan. 2 hadir tapi satu lagi jauh sangat kat Parit nun, lagipun bertembung dengan majlis kat Sabak. Gambar tampalan nanti-nantilah ye.

Banyak sangat kerja yang diada-adakan sampaikan leptop pun tak sempat nak format. Tunggu 'dia' meninggal dulu baru aku nak ambil berat kot. Sigh.

Masa pergi Sabak, ex-hosmet kahwin, lepas makan kenduri pergi mancing dekat BNO (Bagan Nakhoda Omar). 
Sempat lagi. Padahal tak pandai pun. Baling mata kail, terlepas ke belakang, nasib baik tak sangkut hidung orang. Jari pulak luka tersiat tali pancing sebab baling tak lepas.

Hidung ikan pun tak nampak, sejam melepak kat situ timbul bosan yang amat. 
Last-last pergi makan mee udang BNO. Tak sedap pun, udang 4 ekor tapi aku tak suka udang putih. Rasa lumpur.

Masa berjalan menuju ke kedai mee, nampak pulak ex-hosmet aku yang kahwin tadi photoshoot kat atas Storm. Ceh, jumpa lagi kat sini. 

Tengah-tengah menyantap, ada sorang budak pompuan pakai T-Shirt adik dia, tertonggeng-tonggeng melayan anak sedara dia agaknya. Kecoh meja bujang sebelah duk sweet-sweet. Sweet sebab nampak spender pompuan tu. Kalo G-String takpelah jugak sweet la aku sebagai pompuan nak tengok jugak kan. Tapi spender zaman bila tah, getah dah menggeleber je.

Sape suruh gov buat slogan wajib tayang?
Yang L' Amour pulak duk sibuk cakap pompuan depan dia tayang breast dada. Kecik pun tayang, besar pun tayang. Kan dah cakap, wajib tayang! Spender zaman bila tu, nak tayang jugak?

Tweet : Siriyes, tengah blur sekarang

6 comments:

  1. saia suka g string~

    *wink *wink~

    haha~~

    ReplyDelete
  2. jom mancing, cik ina ajar. mancing bestkan. alah yang dorang gatal nak pandang sapa suruh, lepas tu dok ngutuk.

    ReplyDelete
  3. @Cik Ina/CIDDC

    semestinya cik ina pandai. suami kaki joran ye tak.

    mancing pakai joran tak pandai. setakat letak kail kat pelepah sawit, pass.

    ReplyDelete
  4. saia suka g string, juga...!

    *wink *wink~

    haha~~

    ReplyDelete
  5. @uncle gedek

    Saya tahu, juga!

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?