Ikut Belakang

Tuesday, July 12, 2011

Hujung Minggu Yang Terisi II

Minggu lepas, sibuk Bersih di KL, aku pulak sibuk bersih di Tanjung Karang. 
Nasib baik boleh naik KTM masuk Shah Alam, kalau tak mati kutu je duduk kat rumah hujung minggu.

Jadi, selesai membuat persiapan kain ela tujuh helai, maka misi paling best bermula.
Yay, menuju ke Pantai Remis Kuala Selangor aku dah terpeleot lena - pantang naik keta mulalah kepala kena virus lembik.

Sampai je pantai, mata terus segar.
Ceh buang karan kalau sape-sape ajak aku teman.
Apakah misi hujung minggu tersebut?

 Yeah. Mari membersihkan fikiran dengan air pantai


 Nampak tak boleh mancing jugak tu?

 Inilah dia aktiviti dan misinya. Membersihkan pasir. Yay! Whattt-?

 Korek remis la. Nama pun Pantai Remis. Kenal tak remis?

 Aku pun baru kenal. Macam etak-etak je. 
Tak kenal etak-etak? 
Aku tak tahu nak huraikan dah apa nama dia dalam bahasa sains versi reader's digest. 
Ceh.

 Korek jangan tak korek.

Penuh sampai seplastik nih. Lebih kurang 2 bekas plastik air tadi.
Macamana nak makan? 
Rebus dia, masukkan serai dan bawang putih yang dihentak.
Nak lebih info, tanya Chef a.k.a isteri kaki pancing Cik Ina Do Do Cheng. 
Dia mesti tahu apakah jenis seafood ini.

Tadaaa... Lepas rebus remis, hasilnya akan jadi macam gambar ini. 
Putih berseri, aha jangan percaya ini hanyalah photogedik tak genit je. 

Gambar ini bukan gambar hujung minggu lepas, tapi gambar bulan 3 lepas. 
Nak tampal tapi takda tajuk sesuai. 
Jadi, layan gambar tampal siap dengan prop si kucing yang suka menempel.

12 comments:

  1. orang tanjung karang rupanya... banyak jugak tu... remisnya... katsungai labu skit tapi besar besar...yok sokong bersih

    ReplyDelete
  2. @brutal solo

    bukan org tanjung karang...on da way

    ReplyDelete
  3. @uncle gedek

    meleser tempat baekkk punyer

    ReplyDelete
  4. @waqheh

    entah. sejenis hidupan laut jugak.

    kalau salai sedap

    ReplyDelete
  5. ale ale, sedap tu rebus cam tu. goreng ngan bihun pun sodap. cina panggil lala .kalau kat pasar dah sipa kopek pun ada. isi ni maniskan. ell rupanya ko tetiba semanis remia atau ale ale.

    ReplyDelete
  6. @cik ina

    haaa.... kan da cakap cik ina mesti tahu

    manis kan. meh la ikut saya gi cr remis...

    ReplyDelete
  7. @cik ina

    balik dah. tapi minggu lepas sampai rabu balik kuala lipis pulak.

    itu yg tak sempat nak tulis blog..
    hehe

    ReplyDelete
  8. lama dh tak pergi ke pantai...remis??wah..syok tu tangkap remis..

    ReplyDelete
  9. @merah itu jambu

    hehe. jinak remis tersebut. senang dan banyak dapat

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?