Ikut Belakang

Wednesday, August 3, 2011

Gadgets

Hai. Selamat berpuasa semua. Selamat berbuka puasa apabila tiba waktu berbuka. 
Selamat bersahur apabila tiba waktu sahur. 
Selamat berpuasa esok, sela... errr, dah dah.

Tahukah anda bahawasanya saya bukan nak cerita pasal bulan puasa. 
Sape yang tak tahu puasa itu apa?
Dah, dah.

Cuba tengok tajuk entri, "Gadgets".
Ape benda gadgets? Gadgets bukan benda makanan. 
Semuanya nak di imaginekan sebagai makanan bulan puasa ni kan.
Dah, dah. Boring.

Tahu tak saya bukan pengikut keras gadgets? 
Saya tahu gadgets adalah keras-keras belaka tapi saya bukan penggila.
Apakah gadgets dalam simpanan saya?
Tak banyak sebab saya bukan penggila keras.

Nak tengok?

Ini adalah headphone kepala. 
Tahu ke headphone kepala tu apa? Ianya... dah dah. Gila.
Kenapa berbalut? 
Nampak tak headpon kepala tu dah tersiat kulitnya?
Jadi kenalah balut.
Saya balut dengan stokin.
 
Sebenarnya headpon murah je kan.
Apabila selalu guna, terkopek-kopek kulit beliau. 
Dan benda yang terkopek itu masuk ke dalam telinga saya. Saya jadi rimas. 
Kalau saya rimas saya akan korek pulak telinga.

 Ini adalah earphone telinga. 
Comel tak? Boleh dicucuk di lappy. 
Tapi kepala beruang itu tak muat untuk lubang telinga saya yang comel ini. 
Beliau asik terkeluar daripada telinga saya. 
Jadi, buat hiasan gantung kat leher je. 
Terfikir juga nak buat anting-anting sebab lubang cuping telinga untuk anting-anting masih ada lagi.

Nampak tak yang cinonet itu adalah handphone saya. 
Saya memang kolot. 
Tak payah nak pakai telefon mahal kalau kredit dalam takde ribu-riban. Nyusahkan je. 
Setakat dapat mesej dan menelefon je jadi la.
"Message cannot displayed". Sape suruh kau rajin sangat antar MMS ke apa kat aku. 
Celah mana nak view. Haish. 

Seumur hidup saya ini, hanya tiga biji telefon je saya ada. 
Saya tukar henfon sebab henfon pertama skrin rosak, sound rosak jadinya bisu dan pekak. 
Henfon kedua beteri kong. Cas 8 jam, guna seminit, king kong. 
Dan barulah tukar ke henfon sekarang. Yang penting boleh main game ular.

Dan saya ada sebiji lappy. Kesayangan saya tu. 
Tapi beliau juga macam sakit je sekarang. Skrin bawah dekat toolbar macam dah bergaris-garis. 
Oh, maklumlah saya beli beliau tahun 2009. 
Banyak movie dalam tu, sape nak movie boleh mintak dengan saya.

Saya juga ada sebiji kamera. Kenapa tak ada gambar kamera? 
Meh sini kamera kau nak amik gambar kamera aku. Tetiba emo. 
Kamera yang banyak berjasa merakam peristiwa manis, pahit dan lapar.

Sekian karangan saya di bulan puasa yang sekarang ini pukul 11 pagi pun perut sudah hantar MMS.

Tak tahu apa motif saya cerita. 
Nak kata ada orang tag suruh saya cerita, tak ada pulak.
(Sape nak main tag-tag ngan aku dahla tak glemer)

Tweet : Dah, dah. Boring. Pergi tengok gambar makanan.

8 comments:

  1. orang sibuk letak gambar makan dia sibuk letak gambar earphone~tak ramadhan-related sungguh entri nih!

    keh keh~~

    *saya tak pakai earphone~tak syok!

    ReplyDelete
  2. gua stail yg tak suka guna hedfon.rimas..gua guna bila gua nak pandu kapal terbang jer atau bawa F1...itu dulu la...cerita lama..

    ReplyDelete
  3. @bujal

    saya guna headpon sebab buat kerja iaitu menaip sambil mendengar recording

    ReplyDelete
  4. @waqheh

    guna time nak buat kerja opis je.
    kalau layan movie biasa surrounded sound

    ReplyDelete
  5. Ooooo.... macam tu rupanya henfon pada zaman purba....!

    Terima kasih sebab share...!

    ReplyDelete
  6. @uncle gedek

    ye uncle. pakaikan dia stokin sebab kulitnya dah melecet

    ReplyDelete
  7. cik ina pun tak pernah tukar hp baru, janji boleh guna. nak emo sikit hp mahal pun asyik miss call orang buat apa ye tak?

    ko bagi idea kat cik ina nak sarung earphone ngan stokin. terima kasih ell.

    ReplyDelete
  8. @ cik ina

    hp mahal tapi kredit xder watpe ye tak?
    sarung stokin sebab kulit headpon dah terkopek

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?