Ikut Belakang

Thursday, August 11, 2011

Jurnal Puasa III

Nek Som cakap dekat Tam supaya sepanjang bulan puasa ni boleh duduk rumah dia.
Tolong habiskan makanan sebab Nek Som, Tuk Lah dan Ucu sahaja bertiga. 
Maksudnya Tam angkut pakaian sekali la. Jadi anak angkat Nek Som.

Tam dengar Tam suka. Suka tang 'makanan'. 
Tapi Tam kena sabar sikit tahan mata sebab Nek Som biasa kejut sahur pukul 4.30 pagi.
Tam boleh tahan mata sebab Tam suka makanan.
Lepas sahur, Tam boleh tidur balik. Lepas tu bangun mandi nak pergi sekolah.

Tam tiba-tiba jadi kekok dengan emak dan adik-adik Tam sebab Tam dah montel duduk dengan Nek Som.
Puasa-puasa pun montel si Tam ni.

Waktu kat sekolah Tam puasa yang yok. Tam gigit pensil HB kaler merah. Habis bontot pensil Tam gigit.
Kawan Tam cakap batal puasa kalau gigit pensil. 
Sesekali Tam hisap bontot pensil yang pecah bekas gigitan Tam tu.
Dulu Tam rasa waktu bumi berputar lambat sangat. 
Nak tunggu waktu balik sekolah pukul 2.00 petang macam lambat sangat.
Dah la bas sekolah Pok Ku lambat datang. Penat Tam.

Kalau Tam memang tak puasa, Tam tipu cakap kat kawan-kawan Tam puasa.
Tapi bila tiba-tiba ada sorang kawan mengaku dia tak puasa, terus Tam cakap "eh saya pun tak puasa, lupa baca niat puasa". Tapi waktu sahur tadi Tam makan bertambah.

Hari cuti Tam puasa yang yok jugak.
Tam suka pergi kedai Bang Li ambil eskrem oren. Tam tak curi tapi anak Bang Li bagi.
Balik rumah Nek Som tanya, kenapa bibir merah, segar je? Tak puasa?
"Puasa la Nek. Saya selalu buat gini" (Sambil gigit-gigit bibir).

Dekat nak raya, semua Mak sedara Tam sibuk tulis kad raya.
Tam ambil kad tu, Tam tulis juga tapi Tam sebenarnya tak ada kawan.
Marah betul makcik-makcik Tam sebab kad raya dorang habis Tam tulis macam-macam.

20 comments:

  1. ape kamu ni Tam..ishhh..gigit pensel HB..

    gUA DULU layan 2B semua. tapi rembat org punya.

    Skang camtu lg tak?

    ReplyDelete
  2. @waqheh

    Dulu HB glemer sebelum mampu beli 2B la.

    errr, sekarang gigit jari. batal tak?

    ReplyDelete
  3. kamu ni byk sgt la tnya bab batal. gua dulu nyesal gak bapak soh gua study kat mesir taknak..idak leh jwb segala persoalan..

    ReplyDelete
  4. @waqheh

    penting nak jaga pahala dan kerukunan puasa tahu tak.

    gua dulu asik gigit bontot pensil sebab itu bengap

    ReplyDelete
  5. ell,

    cara buat telor megi ala pizza nandos.

    1. 1 bgkus megi cintan or ape2lah. perisa kari lbh sedap.
    2. telor 2 biji dikacau atau ditimbuk.tambah sedikit tepung bagi kenyal2 gitu.
    3.nak lebih enak tambah sosej ke,mix vege ke, sayur mende ke sebagai topping ke mende gua taktau lah.
    4.celur megi dlm air panas hingga boleh makan agak tak mentah ler.
    5.tuang telor yg timbuk tadi ke dlm megi dan gaulkan.
    6.panas kuali masuk sdikit minyak. planta lg bagus. masukkan megi yg digaul ngn telor tadi tu.ala mcm goreng roti canai atau murtabak.
    7.alih-alihkan agak telor dah tak lembik di tengah.angkat dan sedia hidang. letak sos mcm pizza tu dan makannnnnnnnnnnnn..

    ReplyDelete
  6. @waqheh

    woh gitu gamak dia.
    orait, orait. telo sekampit dekat rumah.
    frankfeter pun ada. ayambol pun ada gak.
    megi asam laksa la pulak.
    boleyyy aje. belasah

    mekasih. nak jugak ke?

    ReplyDelete
  7. @sifu im

    tak lazat lansung!
    tapi mengenangkan tak ada cara lain.
    hehehe

    ReplyDelete
  8. asam laksa nanti rasa masam ler pizza lu tu..nnt hantar ke blog gua nak rasa..

    ReplyDelete
  9. alallala..comel je ini cerita. hehe

    ReplyDelete
  10. nama macam nk dekat jak ell ngn L huhu
    anda seorang yg pemarah?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html

    ReplyDelete
  11. @waqheh

    masam sedap la kot. nanti gua terai buat dan terai rasa

    ReplyDelete
  12. @hanaahmad

    Tam tu comel kan...

    ReplyDelete
  13. @keroro

    awak pun sama ye.
    hi-5
    kehkehkeh

    ReplyDelete
  14. @L

    kamu L lelaki. Saya eLL wanita.

    ecececece....
    hai L

    ReplyDelete
  15. dah tahu siapa tam tu dari cerita kat atas. cik ina ambik resepi maggi tu.ekekek

    ReplyDelete
  16. @cik ina

    hahaha.
    saya mintak waqheh

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?