Ikut Belakang

Wednesday, August 10, 2011

Sentuh dan Blah II

Baru semalam cite pasal TnG buat hal.
Balik kerja kena lagi kaw-kaw.
Lepas kerja pergi PWTC usha tiket balik kampung.
Konon usha je, kalau dah habis kira macam boleh merayu kat sepupu sepapat tumpang balik Gua Musang.

Masa tunggu tiket, kakak tiket cakap tak ada duit kecik. 
Dia suruh tunggu. 
Dang! Pukul berapa nak tunggu?
Tunggu orang datang beli tiket, pastu baru dapat belen. Adoi.
Last, aku pikir sampai pukul 7.00 ke nak tunggu? 
Mesti tak ada orang datang beli sebab dah dekat waktu Iftar dah. 
Tukar duit kat kedai runcit sebelah. 
Kakak tiket tu tak ada usaha pun dia nak pergi tukar dengan orang lain.

Sampai Masjid Jamek dah pukul 6.00 petang.
Ramainya umat manusia. 
Apahal la sampai tangga pun penuh.
Tak pernah-pernah penuh kat tangga sebelum ni.
Boleh bilang dengan anak tekak siapa yang guna tangga sebelum ni.

Rupanya dah stuck dekat mesin lane keluar/masuk.
Kan dah cakap, dorang tak nak repair. 
Bersesak-sesak dengan macam-macam bau, perangai sekor-sekor.
Al-kafirun pun time nilah nak berlumba balik bukak pose jugak.
Depan pintu LRT pun orang berjemaah tunggu.

Beratur di kawasan 4 koc.
Bila LRT 2 koc datang, line 4 koc duk berputih mata jelah. 
Nak pergi ke line 2 koc, menempah maut kot kena terajang dengan orang yang beratur.
Tunggu jelah sambil main pok amai-amai (dusta).
6.30 baru tersembul LRT 4 koc.
10 minit ke rumah macam 10 jam.
Last-last buka dengan kurma, chipsmore dan air kosong.
Tobat tak nak balik lewat lagi. 
Tak pasal-pasal habis punah pahala puasa.

***
Pagi tadi bangun sahur macam biasa.
Mandi awal sikit.
Tapi air paip keluar macam kencing kucing pulak.
Dah cakap dekat hosmet, time sesiapa sedang mandi jangan kacau air.
Kalau bukak kat bilik air 2nd atau sinki,
mampus belengas la tak dapat air.
Hosmet kacau, time itulah nak rajin kat dapur,
cirit-birit bagai semua orang.

Dah fedap giler,
baldi kecik pun 30 minit tak penuh-penuh.
Kak Limah dah keluar pukul 6.00 pagi jadual mandi dia.
Muka lagi ketat aku tegur pun tak sahut. Keju betul.
Miera Liyana masih di sinki basuh periuk belanga, kuali sudip bagai.
Alya Maisarah tengah diarrhea kat bilik air second.
Aku dah panas hati.
Apehal jadual mandi aku je jadi mangsa.

Keluar awal untuk dapat udara sejuk.
Muka kelat ketat.
Sampai di LRT, 4 koc sampai.
Tunggu depan pintu,
Dang! pintu LRT ni rosak tak nak terbukak.
Adoi bengong betul.
Rasa macam nak fire je pintu tu.
Apahal la nasib malang hari ini.



18 comments:

  1. lah kenapa ngan kak limah, gaduh ngan boyfren. nasib baik ko panggil dia keju. lega sikit , maksudnya emo ko boleh dikawal lagi. sabau ye yang, 24 hb lama lagi.

    ReplyDelete
  2. @cik ina

    ikut mulut binasa memang laju je nak sebut benda lain cik ina,
    dia memang macam tu, muka ketat nak kata ada boifren, takde kot.

    fuh. 24hb Ogos gaji + bonus.
    24hn Sept = jeng jeng jeng.

    ReplyDelete
  3. keh keh..macam hidup zaman p ramlee ler..

    ell..gua bkn kat gua musang, gua kat Penang daaa. gua gambarkan gua musang sbb kawasan kan gelap sgt waktu mlm..

    ReplyDelete
  4. kemain marah~~cer senyum cer senyum~he~~

    ReplyDelete
  5. @waqheh

    ceh. ingatkan gua musang betul.
    rumah gua pun ada 'gua'

    ReplyDelete
  6. @bujal

    marah ni.
    senyum 24hb je

    ReplyDelete
  7. 24 SEPT KO KAHWIN JEMPUT CIK INA, SURUH BAGI EMAILKAN. inamail71@gmail.com

    ReplyDelete
  8. @cik ina

    alahai, segannya cakap kuat-kuat pulak cik ina nih

    kah kah kah kah

    tenkiuuu

    ReplyDelete
  9. kakak tiket tu puasa kaki kot... hehe

    salam kenal2 ~

    ReplyDelete
  10. @manje

    puasa kaki?
    macamana tu?

    *salam kenal juga.

    ReplyDelete
  11. @sergeant keroro

    memang dasyat semalam
    doa hari ini tenang dan aman

    thx

    ReplyDelete
  12. memang emo baca ... kenapa tak tayammum je !

    ReplyDelete
  13. @al lavendari

    tayammum, di tempat sulit tidak suci langsung

    ReplyDelete
  14. @waqheh

    hoi. gelak ye.
    kah kah kah

    ReplyDelete
  15. selalu singgah kat shell atau petronas kat gua musang tu untok isi petrol (sebenarnya sebab nak kencing)

    ReplyDelete
  16. @uncle

    kehkehkeh

    sebab perjalanan jauh lagi kan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?