Ikut Belakang

Thursday, October 13, 2011

Belit-Belit Loyer Buruk II

Tah kenapa aku suka sangat recycle tajuk yang dah ada. Malas nak pikir banyak-banyak.
Kalau macam ada cerita yang kena mengena sikit, boleh jela guna semula.

Hari ini nak bagi nasihat sikit kot-kot la satu hari nanti ada sebahagian daripada kita yang disepina atau dipanggil jadi saksi kat Mahkamah untuk kes-kes tertentu (kes yang kat opis aku ni urus kes kemalangan, fitnah, medical negligence, salah tahan).

Jikalah (ayat lain ganti jikalau), kamu bagi keterangan bagi pihak orang lain, senang cerita jadi saksi bagi pihak orang lain, tak kira la orang tu suami ke, isteri, kawan, pakwe/makwe dan sebagainya, janganla emosi sangat nak cerita segala benda kronologi A-Z. 
Biasanya loyer takkan tanya straight. 
Lagi-lagi kalau loyer pihak sebelah lagi (defendan) yang tanya, tak payah cerita macam-macam. 
Cuba jawab ikut kehendak soalan. Jangan lari format. 
Aku senak telinga dengar jawapan macam hape tah keluar. 
Macam nak pergi je lempang beliau yang menjawab tak ikut format ni.
Ikut je kehendak loyer, biasanya dia akan tanya "setuju atau tidak". 
Dia akan beritahu bentuk soalan terlebih dahulu. 
Soalan objektif secara lisan boleh jawab setuju atau tidak setuju je. 
Jangan mengada-ngada pergi cerita hal dalam kain.

Sebenarnya aku tengah meroyan dengan kes yang suami dia jatuh dekat car park Giant 
pastu isteri dia ditanya la soalan. 
Dia punya meroyan jugak nak cerita macam-macam, suara dah la high pitch. 
Mau sawan aku dengar. 
Loyer tu tanya setuju ke tak setuju je, punyala dia menjawab banyak pulak. 
Dua-tiga-empat-lima kali ditegur tetap tak faham bahasa juga. 
Pastu nak jugak jawab selain "agree" atau "disagree", boleh pulak dia jawab dan cakap laju-laju gila babeng. Aku naik krem jari nak tekan kebod. Sampai tak jumpa dah huruf nak carik.
Terjejas kredibiliti aku sebagai penaip yang lembab. 
Dahla aku menaip lembab-lembab, kena pulak dengan situasi macam tu terus berbuih mulut aku.

Tak mau buat macam tu tau. Sentiasa bertenang semasa jawab soalan. Cais.


Gambar yang tiada kena-mengena dengan cerita. 
Tapi gambar ni disnap masa dalam bas. Traffic light simpang 4 depan LHDN Jalan Duta.
Rakus sungguh orang yang langgar ni. Nak cepat sampai ke LHDN ke?

24 comments:

  1. Isteri tu kiranya seorang yang emo jugalah ya? :)

    ReplyDelete
  2. @kakcik

    ye kakcik. sama emo dengan saya. nak lawan tokey pulak dia. hihihihi

    ReplyDelete
  3. kenapa tidak kamu berdiri dekat dengan dia dan berikan sedikit 'pelepang' agar cepat dia memahaminya....perlukah...hehe

    ReplyDelete
  4. @bujal

    saya juru-makan.

    hehehe. ia, ialah. :P

    ReplyDelete
  5. @daddy

    nanti lawan tokey pulak. sebab saya bukan loyer dia. kalau saya loyer dia, dah lama makan pelempang.

    ReplyDelete
  6. oh baru tau mksud disepina tu ape..hehe

    ReplyDelete
  7. nak cepat sampai utk register isi rumah pendapatan bwh 3000 kot..gua syak laa..

    ReplyDelete
  8. @sifu im

    meh la datang Mahkamah.

    hehehe

    ReplyDelete
  9. @waqheh

    bagus benar syak kamu itu. sokong, sokong

    ReplyDelete
  10. sy sebenarnya soalan sama mcm bujal ~hee dan telah terjawab..

    ReplyDelete
  11. @cik betty

    a'ah. jurutrengkas.

    ReplyDelete
  12. keh3.aku pon bley emo jugak klo jenis ckp skali xdengar,ckp 2x xdengar juga.masuk kali ke3 tu aku da start panas da.hu3

    ReplyDelete
  13. teringin nak tengok mulot berbuih tu....

    mesti comel

    ReplyDelete
  14. @aleen aiden

    wah, aku ada geng emo nih.

    :P

    ReplyDelete
  15. @uncle

    perghhh, meleleh keluar buih pun comel ke
    kah kah kah

    ReplyDelete
  16. since u got married...jarang2 kadang2 hapdet blog yer...apa yg bz sgt tu keh3

    ReplyDelete
  17. sy ada masalah hati,, boleh x nk hire peguam,. hohjo


    nk taw nikmat dunia? jom bacer..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html

    ReplyDelete
  18. ELL,
    ANAK GUA BARU 2 OARANG..YG LAGI 2 BELUM KELUAR MUNGKIN KE DEPAN NANTI..KEH3...

    ReplyDelete
  19. cik ina faham banyak org cam tu dari A tu Z dia nak cite. Tak belajar buat ringkasan atau summary masa sekolah tu kah kah.sabau ye.cik ina dah lebih kurang tangkap ko keja apa.kawan cik ina ada keja pendaftar mahkamah kat shah alam dan beberapa org lawyer, saja bagitahu.

    ReplyDelete
  20. @waqheh

    dua orang lagi iaitu zahraa and ghazi tu coming soon ke?

    ReplyDelete
  21. @cik ina

    hehe. secara kasar memang trengkas la cik ina. tapi saya keja bancuh kopi je. hehe.

    owh? x-boss saya pun ada di mahkamah shah alam

    ReplyDelete
  22. @waqheh

    tak ada cerita nak letak la.
    lagipun internet problem

    ReplyDelete
  23. @L

    boleh. pilih saja nak yang mahal ke yang murah

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?