Ikut Belakang

Thursday, October 6, 2011

Naoto Takenaka Serang Kampung

Baru-baru ini ada sebuah produksi kerjasama China-Jepun telah membikin sebuah filem 
bertajuk Ken & Mary. 
Shooting tersebut beberapa peratus dibuat di Kampung Kubang Rusa, Merapoh. Kampung gua tu beb.
Tempat shootingnya menyewa sebuah kedai sup sepupu aku yang diubah 100% menjadi sebuah kedai orang cina.
Kisah ini berdasarkan cerita pemandu lori. Selebihnya aku pun tak faham sepatah haram.



Disebabkan aku tak tahu nama penuh pelakon utama yang jadi Ken dalam cerita ini, hanya tahu Takenaka sahaja, disebabkan juga lagi tidak kenal wajah asal dia kerana mekap yang osom, aku menyesal sebab dia rupanya salah seorang pelakon kegemaran aku. 
Dia telah berlakon dalam Shinjuku Incident dengan Jackie Chan. 
Dan paling penting dia adalah pelakon dalam drama/filem Nodame Cantabile yang memang feveret aku. 
Dia jadi Franz Stresemann yang sengal tapi terror tersebut. 
Mungkin aku tak cam sebab dia sudah kurus giler dan kepala botak dalam shooting ini.

Pengalaman terindah menjadi penonton secara live ketika shooting. Jalan-jalan semua dikawal oleh JPJ sepanjang 300 m dari kiri dan kanan sebab dorang tak mahu ada satu gangguan bunyi sekalipun semasa tengah berlakon. Yang paling tragis, sepupu aku selaku pemilik kedai tu pun tak boleh nak keluar kedai secara sesuka hati. Kitorang yang menengok dalam jarak 100 m pun disuruh senyap jangan sampai satu bunyi kentut pun keluar. Bergerak pun tidak boleh.

Tapi Pakcik Naoto ni memang sporting. Habis sahaja scene dia, terus dapatkan kitorang untuk bergambar. Macam itik dengan ayam, dia langsung tak pandai English. Yang aku nak tanya English, dia tak faham. Nak tanya dalam bahasa Jepun, yang aku tahu aishiteru, kawaii, sugoi, konichiwa etc yang pendek-pendek je. Kah kah kah.

2 kali dia datang shooting kat kampung aku. Sesi shootingnya hanya berlangsung sehari sahaja. Filem ni tak tahulah bila nak keluar ke pawagam berdekatan anda. Tunggu jelah. Jangan pulak 20 tahun akan datang baru nak tayang. Time tu agaknya kalau umur tak panjang, nyanyuk jela.

14 comments:

  1. tak paham sepatah haram bagus, sebab dah paham bayak patah halal..simbolik tak kata2 gua?

    ReplyDelete
  2. @waqheh

    memang lu simbolik dan "sem-belit" habis lah.

    ReplyDelete
  3. ell bestnya dapat tengok ornag shooting. cik ina tak de pengalaman tu lagi.

    ReplyDelete
  4. mao tau pasni production Bollywood lak turun kampung kamoo...lg femes...

    ReplyDelete
  5. eh2! sape yang mcm budak skolah duk tak tengah2 orang ramai tu?

    ngee~

    dill.

    ReplyDelete
  6. @bujal

    lebihj glemer daripada hp karipap kamu

    ReplyDelete
  7. mana pelakon pompuan dorang yang ala-ala K-pop tu?

    ReplyDelete
  8. @cik ina

    best tu tak sangat la sebab shooting dorang lama, penat tunggu

    ReplyDelete
  9. @papa

    kalo bollywood datang, perghhh lagi best gelek

    ReplyDelete
  10. @dill

    budak sekolah? yang mane satu Dill?

    ReplyDelete
  11. @uncle

    yang pompuan ala-ala K-Pop?
    Makcik yang buat karipap ada la.
    hehe

    ReplyDelete
  12. @cik rina betty

    tak sure la plak cik rina..
    yeke?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?