Ikut Belakang

Tuesday, October 18, 2011

Perkara Paling Ditakuti

Semalam adalah hari paling senak dalam hidup aku. 
Perkara paling ditakuti telah berlaku.
Buat aku berpeluh-peluh dingin walaupun takdela dingin sangat pun.
Pagi-pagi buta dah basah baju dek peluh betina.
Terkulat-kulat aku sebab menyesal dengan kegelojohan sendiri.
Padan muka aku.

Nak juga gelakkan diri sendiri walaupun rasa malu tebal 888 inci.
Dalam kepala fikir macamana caranya.
.
.
.
Bagaimana caranya...
Nak masuk rumah sebab kunci tertinggal dalam bilik. Kah Kah Kah.
Perkara yang aku paling takuti ialah kunci hilang atau kunci tertinggal.
Bilik dah kunci, pagi-pagi nak mengerjakan pintu dah tak sempat.
Takkan nak pergi kerja lewat semata-mata nak bukakkan pintu bilik.
Takkan nak cuti pulak nanti bos aku bising sebab minggu depan cuti lagi.
Takkan nak kerja 1/2 hari sebab nak balik bukak pintu bilik?

Pagi sebelum keluar, aku mintak Kak Pah (bukan nama sebenar) bukakkan pintu rumah.
Sepanjang perjalanan pergi kerja tak senang duduk, tak lena tidur dibuatnya.
Rugi la dalam bas tak boleh tidur. Sigh.

Di opis, Dayah bagi tips ketuk tombol dengan alu lesung batu.
Pastu aku balik rumah mintak tolong Bee (bukan nama sebenar) bukakkan pintu rumah.
Pastu amibik alu lesung terus "dam, dam, dam, dam" berkali-kali.
Tak mahu juga ye. Bermandi peluh dah ni.
Sampaikan dah berlekuk-lekuk tombol.
Pastu korek guna besi keychain yang dapat masa beli minyak kat Petronas.
Tak mahu juga. Berpeluh dalam kain dah.
Last-last aku longgarkan tombol, goyang-goyang terus terbukak.
Macam tu punya senang je? Lenkali boleh tinggalkan kunci dalam bilik lagi.
Yay.

First:-
Hilangkan kunci pejabat, aku kena pergi balai polis buat repot.
Bayar RM50 (walaupun itu kunci pejabat).

Second:-
Lupa nak mintak kunci pejabat dengan opismet yang balik awal,
pejabat tak kunci dan aku sendal guna
batang penyangkut kot yang telah patah.
Pagi-pagi aku datang dengan bas sampai opis pukul 6.45 pagi sebab
tak nak boss sebelah mengamuk pintu opis tak kunci.

Third:-
Sudah balik sampai rumah, cek-cek kunci, arghhhhh kunci tertinggal kat opis.
Patah balik, masa itu pukul 9.30 malam, OK?

Fourth:-
Semalam punya kes.

Itu baru kisah kunci. Belum lagi kes tertinggal HP.

14 comments:

  1. tips : letak kunci atau barang yang selalu terlupa dalam kasut.so masa nak gi kerja gerenti tak terlupa~he~~

    *x pun letak je la dalam beg!keh keh~~

    ReplyDelete
  2. gantung kunci dekat rantai kamulah..pakai tudung kan jd x ngape pakai rantai org x nmpk utk diragut

    ReplyDelete
  3. ler terkunci pintu kunci ada kat dalam ek?? hmmm mudah jer tu..

    ikut petua ni..






    YAINSUN MATAKAJIIII SUMAILLLLLLEMMMMMMMMMMM

    pintu pun terbuka gggggrgrgrrrrrhrhr

    ReplyDelete
  4. ell kalau lupa sangat ikutlah style cik ina, tak payah keluarkan kunci dari dalam hand beg.lenkali hati-hati ye.jangan kelam kabut, nanti lupa.

    ReplyDelete
  5. muda lagi berbagai2 sudah terlupa nanti ada anak dan suami macam mana...haha nasibla kan...

    ReplyDelete
  6. @bujal

    kena stand by kunci dalam kasut juga.
    dan dalam kabinet juga

    ReplyDelete
  7. @cik rina betty

    idea yang bagus untuk dipraktikkan. barulah bunyi ka-ching, ka-ching.

    ReplyDelete
  8. @waqheh

    zam zam alakazam... hahaha

    ReplyDelete
  9. @cik ina

    betul tu. tapi beg saya dua. tukar-tukar bila gatal taknak pakai lagi. gatal kan.

    kena sangkut kat leher

    ReplyDelete
  10. @daddy

    boleh tertinggal suami dan anak-anak pulak sebab nak pergi shopping.

    ehhh?

    ReplyDelete
  11. belom lagi tertinggal laki....

    haha!

    ReplyDelete
  12. huhuhuhu same la kite asek terlupe je.

    ReplyDelete
  13. @uncle

    baru-baru ini belum lagi nak tertinggal

    hahahaha

    ReplyDelete
  14. @ezan idma

    nyanyuk awal gamaknya.

    hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?