Ikut Belakang

Wednesday, November 9, 2011

Once Upon A Time II

Teks dan gambar banyak.
(^_^) 

 Pada tahun 2007, aku jadi bidan terjun yang menggantikan seorang guru sekolah yang cuti bersalin. 
Itupun atas pelawaan makcik aku yang merupakan seorang guru besar (Mudirah) kat sekolah tu.
Suka hati je kan. Sebab dia dah tak tahu nak cari orang yang ganti dah.
Jadi, hari pertama memang nervous. Semua budak-budak sekolah rendah dari darjah 1-6.
Masing-masing cakap aku adik-beradik dengan mudirah dorang, ada ke patut. Muka sama ke?
Taakkkk. Hehe.

Ada enam buah kelas je kat sekolah tu dan aku kena mengajar 5 kelas. 
Kelas darjah 3 je tak ngajar. Subjeknya adalah Jawi, BM, Kajian Tempatan dan Pendidikan Jasmani.
Dorang ni paling suka Pendidikan Jasmani sebab boleh main sama-sama dengan aku.
Memang tak patut sungguh. Suka pulak main "musang dengan ayam".

Dalam pada itu, memang sungguh sebak sebab ada yang darjah 6 pun masih tak boleh 3M.
Menulis nama sendiri pun tak pandai. Jadi macamana tu?
Masa waktu rehat aku ada juga panggil budak-budak special ni belajar A-B-C,
siap buatkan kad imbas untuk dorang senang baca. 
Tapi semuanya perlu masa dan masa adalah amat terhad.
Lagipun aku cuma 2-3 bulan je kat situ.

Ada juga murid-murid darjah 1 telah melangkaui kemampuan murid-murid darjah 6.
Padahal dia daripada Kemboja yang masuk Malaysia sebab kehidupan kat sana susah.
Ibu dan ayahnya berniaga kain kat Kelantan.

Tahu tak apa dorang cakap pasal aku?
Time ni last sebab dah habis kontrak, 
so aku suruh dorang "Tulis gambaran tentang saya (Cikgu Suhaiella)".

Cikgu sangat sayang kamu, tahu.

Habislah darah tinggi

Eh, ini pasal saya ke pasal awak? Saje cari pasal kan.

Oh sayang, kamu sungguh jujur.

Hitam manis tu betul dah

Adakah cikgu ini hantu yang suka menegur orang...

Ya sayang, cikgu semuanya mesti pandai belaka.

Ini memang psiko. Sape suruh nakal.

^_^"

Ya Tuhan, cantik ker?

Hah? Penasihat Kelab Kaunseling ke?

Exaggerated nih. Atau kipas bodek @ kipas susah mati?

Ini lagi sorang suka makan garam.

Kamu kelakar

Garang sikit je pun.
 "Cikgu seorang yang mudah memahami hati pelajar tetapi cikgu seorang yang garang sedikit. Tetapi saya sukakan cikgu. Cikgu hendaklah kurangkan garang itu nanti pelajar tidak suka"

Saya tahu saya hot chick

Biarlah rahsia ye

Kamu yang takutkan saya atau saya takutkan kamu? Errr

Oh sayang, saya bukan hantu. Selamat Hari Raya.


Ala tomei-tomei. Haha.
Masa pembelajaran, aku suka lukis-lukis,
so mulut dorang terlopong walaupun aku lukis ayam gemuk.
Kalau murid-murid darjah 1-3, dorang memang teruja kalau aku melukis subjek kat papan hitam hijau.
Jadi, untuk subjek Jawi dorang akan diberikan ayat yang mudah-mudah untuk dorang berlatih tulis dan otomatik akan ada gambarajah.
Pastu mintak nak kalerkan pulak gambar tersebut.
Layan jelahhh.
Pastu cepat-cepat suruh tandakan. Mintak bintang, bulan, A +, macam-macam.

Kesimpulannya?
Saya memang garang dengan mereka.
Nasib baik tak jadi guru disiplin je. 
Kalau tak, mahunya sambung kontrak lagi.

Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran tinggi.
Sabar dengan sifat manusia yang berbagai-bagai.
Kadang-kadang aku ada juga tercubit anak orang.
Tapi tak ada la sampai mencederakan mereka.
Marah setakat perlu sahaja, lepas itu nasihat mereka baik-baik.
Setakat marah-marah nasihat dan ketuk-ketuk meja tu biasa dah.
Yang penting, kena ikhlas buat kerja.

Garang-garang pun apabila nak berpisah, macam-macam dorang bagi hadiah.
Alahai, siap buatkan kad sendiri pulak lagi.
Itu belum lagi yang mintak Mak belikan hadiah untuk cikgu Suhaiella.
Terima kasih murid-murid. Semoga jadi seorang yang berguna ya.

Mudirah kata aku strict sangat.
Masuk kelas on-time, jadi mudirah suruh aku jangan strict pulak.
Suka hati dia pulakkan.

Jadi murid-murid, selamat bercuti sekolah.
Kerja sekolah jangan lupa buat.


29 comments:

  1. ell, classs...entri lu yg paling eklusif ni.. pendedahan tak terancang....dapat nilai sikap sabar dan geli hati sebagai pendidik..

    ReplyDelete
  2. kah kah lukisan tu mmg ingatkan gua masa sekolah dulu..gua suka luahkan melaui lukisan jika gua tak suka cikgu gua....hahahaaa...1989

    ReplyDelete
  3. Sah-sahlah Ell ni memang garang, ya?

    Teringat masa Along mengajar di satu sekolah dulu, murid Tahun 4 masih lagi belum kenal 3M itu. :(

    ReplyDelete
  4. cikgu ella itam dan garang? keh keh~

    ReplyDelete
  5. @waqheh

    Hahaha.
    mengajar best.
    dapat tingkatkan kesabaran.
    kadang-kadang memang tak sabar nak melayan

    ReplyDelete
  6. @waqheh

    1989 masa itu lu darjah satu ke? kah kah kah.

    ReplyDelete
  7. @bujal

    haip. saya denda kamu bujal.
    keh keh keh.

    ReplyDelete
  8. hihi..karangan budak-budak nih lg okeh berbanding budak sekolah menengah yg akak ajar dulu (kelas belakang)..tp cikgu ell emo jugak eh dulu hihi..akak pon salu emo time ngajar dulu..haih

    ReplyDelete
  9. @kakcik

    tak sah. hehe.
    takde la garang mana pun.
    kesian dorang kan kakcik...

    ReplyDelete
  10. @cik rina betty

    dorang ni memang jujur.
    emo tetap emo.
    sabar jelahhh

    ReplyDelete
  11. kau garang eh?
    asal bebudak banyak cari pasal. haha.

    ReplyDelete
  12. jgn garang sangat nanti terbawa2 sampai ke rumah bahaya tu...hehe

    ReplyDelete
  13. Masa uncle sekolah, uncle selalu 'tertarik' dengan cikgu yang garang...

    Lagi garang lagi menarik....

    Kadang2 sengaja buat salah nak suroh cikgu rotan kat bontot....

    ReplyDelete
  14. @unie

    sebab dorang nakal dan degil.
    selalu cari pasal

    ReplyDelete
  15. Seram sy bila majoriti anak murid kata awk garang! Hiks~ Sy dulu pun cikgu. Mcm awak gak. Guru ganti kat sekolah kebangsaan. Seronok tau lyn diorang! Mmg menuntut kesabaran yg tinggi pun ya!

    ReplyDelete
  16. adoi typo, UMIE jadi unie pulak

    ReplyDelete
  17. @daddy

    kat rumah tak garang.
    (cekak pinggang).
    hehehe

    ReplyDelete
  18. @uncle

    uncle memang nakal yang amat sangat.
    meh sini nak piap vontot the vasss

    ReplyDelete
  19. @kak fara

    hoh saya pun seram. dibuatnya mengigau malam budak-budak tu naya.
    memang kena banyak sabarrrr.

    ReplyDelete
  20. @ezan

    budak-budak, sergah sikit dikatakan kita garang.
    :D

    ReplyDelete
  21. Sweetnye dapat komen jujur camtu.

    COMEL

    ReplyDelete
  22. oh..cikgu jugak la ahkak ni..hehe..bezanya sy ngajar dak2 menengah..


    mudirah??sekolah arab er..hehe

    ReplyDelete
  23. @Neerza

    sweet dan comel.
    semua murid-murid comel-comel belaka.

    ReplyDelete
  24. @im budak penjara

    dulu la Im, sekarang tidak lagi.
    a'ah. sekolah ren. arab

    ReplyDelete
  25. hahahaaa. cikgu sangat suka makan garam ehhh ???:)

    ReplyDelete
  26. hampir 50% kata ko garang. ko garang ye? ngan anak murid garang tak pe, jangan ngan suami.kui kui kui

    ReplyDelete
  27. @ainn hazwany

    hai ainn.
    oh cukup suka garam.
    hikhiks

    ReplyDelete
  28. @cik ina

    tak ada garang lah cik ina.
    murid-murid ni suka cakap saya garang sebab muka garang kot.

    eh, dengan suami mane ada garang. hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?