Ikut Belakang

Friday, December 9, 2011

Akibatnya

Aku pernah dapat kemalangan kecil kira-kira 5 tahun lepas. Semasa aku baru dapat kawan, seorang ibu muda beranak satu. Hidup dia memang tragis. Bukan nak aibkan dia tapi sebagai pengajaran untuk aku juga. Dia asalnya dari Indonesia, masuk ke Malaysia secara haram dek janji seorang kawan yang canangkan Malaysia adalah lubuk rejeki buat mereka. Rupanya disuruh melacur.

Lama juga dia buat kerja tu, lalu terjumpa seorang lelaki Cina yang merupakan pelanggan setia. Maka, berkahwinlah mereka secara sivil di Indonesia walaupun berlainan agama. Kawan aku menukar agama dan nama. Perkenalan aku dengan dia secara tidak sengaja sebab aku selalu cuit-cuit anak dia yang berumur 2 tahun, perempuan.

Sejak pertemuan itu, selalu mengajak aku ke rumah dia. Ajak makan-makan. Makan bakso yang sedap. Sedar dengan keraguan aku tentang kebersihan dan halal, langsung dia cakap dia asingkan segala peralatan waima dapur memasak juga. Ngilu juga dalam dada, tapi dia asyik paksa aku makan, katanya halal, ahhh dilema betul. Siap-siap dia belikan air mineral untuk aku dan letakkan atas peti sejuk supaya tidak tercampur dengan barang-barang suami.

Dia juga asyik cerita dia berdosa, dulu seorang hafazan, sekarang termimpi-mimpi dengan kehidupannya yang dulu. Si suami tak mahu menukar agama kerana kalau tukar agama sekalipun belum tentu dia ikut ajaran Islam. Kawan aku asyik cerita dia insaf, walaupun anaknya nama Cina tapi dia tetap menamakan nama "Siti" dan panggil nama tersebut dalam hati sahaja. Suaminya amat baik dan sporting terhadap aku, selalu ajak aku temankan isteri dia. Si suami juga tidak paksa kawan aku makan bak tapi kawan aku tak mahu. Dia kata agamanya secara lahir saja tukar, nama panggil saja tukar tapi batinnya tetap dulu juga.

Tentang kemalangan kecil, dek kerana selalu diajak ke rumahnya, aku selalu juga lepak kalau hari cuti. Hari kejadian, aku tengah meniarap (suami dia kerja) tengok cerita Slugs. Masa tu anak dia meragam, menangis dan macam-macam. Aku buat tak tahu jela. Seperti biasa, dia capai hanger, acu-acu dekat anak. Anak dia menjerit. "Pu yau" banyak kali.

Last-last banyak kali jugak hanger hinggap kat serata badan anak dia. Aduh. Aku yang takut dan tergamam nak buat macamana ni? Nak masuk campur ke tak? Tiba-tiba, "pap". Aku terasa pedih dan sengal-sengal di bahagian hidung. Apa ni. Aku segera toleh dekat hanger yang patah terpelanting ke belakang aku.

Hoi, hanger tu terpiap celah batang hidung. Eh, camana nak cerita lokasi sebenar. Errr, di antara mata dan hidung tu. Dekat-dekat dengan mata. Nasib baik tak kena dalam mata, kalau tak... Berdarah wei. Aku dah sebak ni, tahan-tahan nak menangis. Sakit oi. Sempat tu tak nak kecilkan hati dia, aku tengok cerita Slugs sampai habis. Dia duk mintak maaf, mintak sorry, macam-macam. Darah dah bercampur dengan air mata.

Diberinya aku ubat luka, nasib baik dia beriya cakap ubat tu cepatkan sembuh luka dan tak tinggalkan parut. Siap suruh aku bawak balik ubat tu. Memang betul, tapi sekarang ada lubang kecil kat tempat tu. Perghhh, masa tu aku cakap kat boifren (sekarang suami), aku tengah jemur kain dan hanger tu terpeleot lalu terpatah, terkena area tu lahhh. Hiks. Bengkak weh esoknya. Nak pergi kerja pun malu. Kalau aku cakap benda sebenar, dia takkan bagi aku berkawan dengan kakak tu.


Hiks. Nampak ke tempat kejadian? Tu, kat bulatan merah kecik tu.

16 comments:

  1. Mak aih, pukul anak mcm tu sekali ke? Seram dgr.

    ReplyDelete
  2. aku rasa ramai yang mempunyai dilema macam kawan Indo kau ni. kebanyakkan pekerja Indon ni la. kerja dengan majikan India dan Cina nak taknak dorang kena gak makan dan duduk satu rumah guna segala yang belum tentu halal. yang ni dah berkahwin lagi lah parah.

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak kena betul2 kat mata

    ReplyDelete
  4. huii... kawan lagi dak dgn akak tu?

    ReplyDelete
  5. meh saye tolong marah hanger tu

    ReplyDelete
  6. err... gambar masih kurang clear,
    sila taruk gambar berresolusi tinggi supaya idung kamu buleh dibesarkan sebesar skrin 11inchi pocket ni n still tak pixelate :D
    (Trick jer ni nak mintak gambar high resolution.. sila jangan pedulikan okeh)

    kesian kat sis seberang tu kerana terpaksa meneruskan idup ngan kehidupan sedemikian,

    moral... jangan dok dekat ngan kejadian pukul memukul :D

    ReplyDelete
  7. bujal - hahaha, memang kesian

    ReplyDelete
  8. kak fara - a'ah. selalu macam tu

    ReplyDelete
  9. pukul anak ngan hanger sakit.kenapa di buat cam tu, lepas tu kena ko sekali. geram plak tengok ibu cam tu.tertekan anak jadi mangsa.

    ReplyDelete
  10. cik ina - kesian anak dia. trauma nengok hanger...

    ReplyDelete
  11. hana ahmad - dia terjerat sampai bila-bila tak boleh nak patah balik

    ReplyDelete
  12. papa mifz - kalau kena mata, menangis air mata darahlah

    ReplyDelete
  13. hani - dah terputus contact sebab saya dah pindah. akak tu masih kat JB

    ReplyDelete
  14. samad - keh keh keh. sila, sila

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?