Ikut Belakang

Saturday, December 3, 2011

Bebel Paling Panjang

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Berat mulut orang nak bertanya kias-kias beratlah juga nak menjawab segala soalan power. Selepas kahwin tiada lain yang ditanya, mesti perihal anak. Alhamdulillah, ambil berat semuanya. Langsung sekarang tidak kecil hati pun kalau ada orang tanya kenapa lambat sangat mengandung sedangkan dah masuk 3 bulan kahwin. Ahaks. Siapa tak nak anak oi.

Kadang-kadang susah nak bezakan antara ambil berat atau tidak. Sayang atau benci dan apa sajalah. Pernah soal anak disoalkan, ada orang tolong jawab pulak "siapa nak bela anak tu". Sedangkan tentulah aku sebagai ibunya dan suami sebagai ayahnya. Muda sangatkah kahwin pada umur 25 tahun, tak terdayakah kami hendak membesarkan anak pada umur kami sekarang ini. Masih hingusan sungguh dilayan cara itu. Dah pulak aku terkial-kial, nak jawab ke tidak soalan, nak defensif ke tidak, garu-garu kepala. Kami sama-sama berkecil hati.

Kami ini PJJ, perhubungan jarak jauh. Hujung minggu sajalah berjumpa. Sama ada aku ke Shah Alam naik KTM ke tempat suami ataupun suami datang ke KL ambil kat ofis dan kami menempuh pula perjalanan ke Tanjung Karang, destinasi kamilah konon. Adat musafir kadang-kadang merempat, suka hati kami nak singgah ke mana, sama ada tidur di kaki lima, dalam kereta atau sebagainya. Suara sumbang "tiap-tiap minggu balik ni" menembus telinga yang agak tahan caci sekarang ni. Nak juga aku biarkan tahi telinga tak payah korek jadi benteng supaya aku lebih cool. Aku cool. Nampak je aku emo, tapi tidak sama sekali.

Disebabkan PJJ, aku masih menyewa dengan kawan-kawan bujang dahulu di KL. Manakala suami berada di Tanjung Karang ulang-alik ke Shah Alam. Kami sama-sama terikat dengan kerja. Mintak pindah? Sedikit mustahil sebab kerja terikat. Yang mintak pindah 10 tahun dahulu belum dapat tukar lagi. Apatah lagi aku yang baru setahun jagung, alasan pindah ialah mengikut suami? Sangat cengeng bunyinya. Amboi-amboi tahulah baru kahwin. Sementelah suami pulak di unit majlis, lagilah payah nak gerak. Tiap-tiap hari balik lewat, hari cuti ialah hari kena kerja. Dapat pulak orang atasan yang liat nak lepaskan cuti memang tak ketahuan fikir. Mintak 2 hari, dibagi 1 hari. Mintak seminggu suruh pilih pulak 3 hari atau 2. Kadang-kadang bila aku dah plan cuti, cuti dah lulus dia pulak tak lepas arghhh rugi je cuti aku melangut sorang-sorang.

Membeli/menyewa/menetap di Shah Alam supaya kami sama-sama berada di tengah, agak fair and lovely tapi suami terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu menjaga orang tuanya. Terus-menerus akan ulang alik juga. Dan masa dia akan lebih banyak di rumah orang tuanya. Sementelah kami sudah punya rumah di Kuala Selangor, kalau sewa lagi di Shah Alam, celah bedah mana fulusnya. Hiks.

Jadi kaitannya dengan anak dan jarak jauh, sama-sama rumit. Aku tahu ramai lagi yang nasibnya lebih teruk daripada aku. Aku tahu. Aku respek dengan orang-orang yang sangat kental menempuhi dugaan dan cabaran. Masa dan hidup aku sekarang banyak ditempuh sendiri, banyak nak fikir pasal perjalanan hidup akan datang. Sebelum kahwin memang berjauhan dan selepas kahwin juga sama. 

Kadang-kadang aku tak faham kenapa senang sangat orang mengeluarkan kenyataan, mereka pun bukan muda atau bukannya anak-anak kecil yang tidak faham keadaan, lebih berpengalaman daripada aku semuanya. Atau lebih tepat aku tidak menepati standard mereka, asyik-asyik rupa paras, warna kulit, status, latar belakang famili aku yang miskin dan apa-apa sahajalah menjadi jurang.

Ditembak cacian tepat ke muka memang macam ditembak ubat pelali. Langsung aku tiba-tiba cool. Tidak tahu nak bagi reaksi, terpisat-pisat canggung nak marah ke nak senyum? Depan ramai orang pulak tu. Agaknya nak bergurau tapi orang sekeliling pun tergamam. Dah mereka pulak yang malu sedangkan yang menembak cool jugak beb, cool kena jaga standard. Aku? Ketawa sajalah. Hati dah berdarah. Agaknya nasib aku yang tidak menepati standard maka sudahnya aku dapatlah lebih-lebih orang. Saki-baki orang, secondhand punya barang. Sabar jelah oi.

22 comments:

  1. Biaso la mulut org,abaikan..
    Wah ulang alik tanjung karang s.alam,wah agak jauh tu..

    ReplyDelete
  2. ell cik ina kahwin masa umur 19thn, 20 thn dah dapat anak, boleh je jaga anak. tak usah dilayan cakap-cakap org tu, yang nak meneruskan hidup kita. itu prinsip cik ina , berbahagia yang ada depan mata, yang lain tolak tepi: )

    ReplyDelete
  3. Kesian. Pekakkan telinga . Diri sendiri yg tahu masalah sendiri.

    ReplyDelete
  4. ell..mcm tulah mulut org..lmbt kawin nnt asyik tny bila nk kawin..dh kawin asyik sibuk bila kita nk dpt anak..dh dpt anak sibuk tny siapa nk bela..org mmg suka ambik berat psl kita ell..jd sabar ajelah dear..


    hubungan masih pjj mmg susah kalau ada anak nnt ell..jd akak rs sebelum pregnant lebih baik ell mintak keje yg dekat dgn suami..apa pon ell kena ingat kedudukan isteri ialah di sisi suaminya..jgn sbb kerja jauh-jauh dgn suami..menyumbang kpd hubungan yg x sihat..

    ReplyDelete
  5. nk tmbh komen :)..akak tgk ell ni manis je orgnya..celah mana yg x menepati standard? kira sepadan apa dgn cik abang..

    ReplyDelete
  6. betul3x... saya setuju dengan pendapat Cik Betty.. yang penting kita hadapi semuanya dengan ketenangan... (",)

    ReplyDelete
  7. ermmmm.. sabar je la... susah gak bila dah kawen tapi still duk asing2 ni ya

    ReplyDelete
  8. Tak apa. Biarlah diorang nak kate pe. Yg penting kita jadi diri kita.

    Org yg menembak awak tu org yg rs diri dia bgs belaka. Ckp mcm mane pun, tak lut punya. Toksah bermuram durja. Nikmati saja idop yg hny sementara!

    ReplyDelete
  9. oh, sudash kahwin rupanya. muka kau babyface, tapi sudah 25. moga berterusan awet muda, insyaallah.

    heyy, jangan ambil pusing apa orang lain kata. :)

    ReplyDelete
  10. mulut orang tak leh nak buat apa. paling muke buat dekk jee. ramai lg yang sayang and support kak ell ni :)

    ReplyDelete
  11. @cik ina

    wahhh, lagi muda. :D

    ReplyDelete
  12. abaikan orang

    (komen paling pendek)

    ReplyDelete
  13. @nieda

    betul, tapi telinga ni nipis je.
    :D

    ReplyDelete
  14. @cik rina

    agaknya memang dorang ambil berat terlampau kan cik rina.
    terima kasih kurangkan beban ini

    ReplyDelete
  15. @cik rina

    kecantikan tu adalah subjektif, yang mengata tu entah la niat dorang apa.

    ReplyDelete
  16. @gen2merah

    itulah kan, sebelum tercapai bahagia kena la harungi cabaran dan dugaan dulu

    ReplyDelete
  17. @delarocha

    agak susah la, kena persiapkan mental dulu

    ReplyDelete
  18. @kak fara

    thanks!
    orang tersebut memang ada ciri yang akak maksudkan tu...

    ReplyDelete
  19. @juno,

    nak petua awet muda ke?
    BTW, thanks Juno.

    ReplyDelete
  20. @ainn hazwany

    kamu betul. dorang jeles kot. ahaks, LOL.
    Thanks banyak-banyak

    ReplyDelete
  21. @uncle

    pendek tapi padat.
    Thanks uncle

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?