Ikut Belakang

Wednesday, December 7, 2011

Berhati-hati Walau Di Mana Kamu Berada

Ada satu kes aku tengah taip. Tetiba sebak pulak dengan kes ini.

Bayangkan, kemalangan melibatkan motorsikal - kereta - lori. Si ayah naik motorsikal. Si anak naik lori. Dalam lori ada dua orang iaitu pemandu lori (kawan anak) dan anak (kelindan). Si ayah yang naik motorsikal berada di depan lori kerana menunjukkan jalan @ arah ke sesuatu tempat. Tiba-tiba, ada sebuah kereta di bahu jalan yang berhenti langsung mengundurkan (reverse) kereta. Masa ini, si ayah tidak terperasan kereta undur lalu terlanggar bontot kereta yang undur dan si ayah bersama motorsikal terpelanting ke tengah jalan. Manakala lori yang dari belakang mungkin laju, brek tapi lori terus menggelongsor, melanggar dan menggilis si ayah. Si anak cakap, dia menjerit suruh pemandu brek dan berhenti masa tengok ayahnya terpelanting di tengah jalan tapi tidak sempat. Masha' Allah.

Si anak masa cerita, nangis-nangis dia. Aku yang menaip sebak-sebak dan tidak terbayang perasaan aku tengok orang tersayang "pergi" depan mata dalam keadaan tragik.

Jadi, kesimpulannya bersama-samalah kita menjaga keselamatan. Sayangilah nyawa kita, nyawa orang lain pun. Bertimbangrasa bila di jalan raya, jangan laju-laju. Perlahan sangat pun bahaya jugak. Kemalangan boleh terjadi di mana sahaja bukan hanya di jalan raya malah di tempat kerja, di pasaraya dan sebagainya.

Nak-nak masa cuti sekolah ni, semua hendak pergi bercuti bersama keluarga ke merata tempat. Jaga diri, jaga keselamatan, jaga semuanya.

Pesanan ikhlas dari Ell di tempat kerja yang menguruskan kes-kes kemalangan setiap hari. Sedih wehhh...

42 comments:

  1. @kakcik

    memang sedih, berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete
  2. sedihnya :(


    mmg trauma kalau berada di tmpt anak

    ReplyDelete
  3. ok~saya pun sedih jugak.yang main reverse je tu memang bangang.

    ReplyDelete
  4. Si pemandu kereta, tolong kurangkan bingai bila berada atas jalanraya.
    Si penunggang motosikal, sila tunggang dalam kadar yang tidak terlalu laju.
    Si pemandu lori, sila periksa sebaik mungkin keadaan lori anda dan tolong jgn bwk laju di atas jalanraya!

    Tapi apa yg terjadi tu hanya penyebab ajalnya sudah tiba. Al-Fatihah!

    ReplyDelete
  5. malang tak berbau, kita tak tahu bila akan berlaku.. selagi terdaya.. elakkan dari ianya terjadi..

    ReplyDelete
  6. kalau dah takdir memanglah tak boleh nak elak, InsyaAllah kalau kita berhati dan tak bawak laju, sekiranya kemalangan pun mungkin tak cedera teruk sangat. sayu plak hati baca kisah ni.

    ReplyDelete
  7. tiada tmpat yg selamat, kerana mati paling hampir dengan kita..

    ReplyDelete
  8. takut kan bila jd cmtu..seriau je rs..

    tp tu org kata kalo nak jadi tu jadi gak..

    kena hati2 lbih sikit..

    ReplyDelete
  9. Seperti kata org tua2.. Penunggang motor ni, nyawanya memang sgt murah kat jalan raya.. Kalau terjatuh tu.. salah dah tentu la sakit.. tak salah pun kita sakit juga

    ReplyDelete
  10. berkunjung sob..salam blogger
    salam kenal dan sukses selalu ..:)

    ReplyDelete
  11. @cik rina

    sampai bila-bila pun kan, sebab tengok depan mata

    ReplyDelete
  12. @bujal

    saat ini pemandu kereta disaman dan dipersalahkan. terbang RM4k

    ReplyDelete
  13. @kak fara

    memang berguna tips yang kak fara tuliskan tu.
    *al-fatihah

    ReplyDelete
  14. @aizamia3

    kena lebih hati-hati, sentiasa berjaga-jaga...

    ReplyDelete
  15. @cik ina

    betul tu cik ina. kalau dah takdir macamana, tapi kalau boleh taknak kecuaian orang lain jadi penyebabnya...

    ReplyDelete
  16. @saiazuan

    benar. namun kita boleh usaha dan doa. usaha dengan berhati-hati dan waspada. doa semoga semua urusan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  17. @juliet_ira

    betul ira. kena lebih hati-hati, jangan laju-laju sangat. waspada apa yang ada depan kita, belakang, tepi dan sebagainya

    ReplyDelete
  18. @wifenavy

    sokong. kalau kita berhati-hati pun, orang lain pulak cuai yang menyebabkan kemalangan

    ReplyDelete
  19. @outbound malang

    salam kenal. :D

    ReplyDelete
  20. Yup... mesti hati hati

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  21. mesti macam2 kes dengar erk .. meamng betul kena hati2 walauu dimana berada...

    ReplyDelete
  22. ell keja apa sebenarnya?
    pocket yang baru stalking kejap jer ni
    tak dapat nak tangkap lagi:D

    tp tak leh bayankan,
    ohh.. betapa sedihnya si anak
    tengok sendiri ayahnda nya..

    hati hati dijalan raya kan..

    ReplyDelete
  23. ya Allah, sedihnya baca. semoga si ayah tenang di sana juga moga anak dapat berhadapan dugaan ini setenangnya. payah kalau terjadi pada aku.

    ReplyDelete
  24. pengalaman macam ni tk dpt trima smpai nmpk dpn mata T__T

    itu lah, kadang kta hati2, org lain pulang yg buat accident :(

    ReplyDelete
  25. astaghafirullah...speechless.

    dill.

    ReplyDelete
  26. gua jiwa keras tapi bab ni gua rasa sedih sgt ni..gua pnh alami kes mcm ni...

    ReplyDelete
  27. hari-hari kamu bedepan dengan cerita tragis?

    adoi....

    ReplyDelete
  28. @konde

    yes, kena tingkatkan kewaspadaan dengan lebih hebat lagi

    ReplyDelete
  29. @delarocha

    jaga diri sendiri, timbang rasa keselamatan orang lain.

    ReplyDelete
  30. @pocket

    keja secretary di Mahkamah.
    Betul, kena hati-hati sentiasa.

    ReplyDelete
  31. @hana ahmad,

    apa yang boleh kita buat hanya berhati-hati. jaga diri dan sayangilah nyawa orang lain juga

    ReplyDelete
  32. @shakey

    banyak kejadian yang menyumbang adalah atas kecuaian orang lain.

    ReplyDelete
  33. @waqheh

    owh, sorry waqheh. family atau kawan-kawan ke...
    doa untuk mereka banyak-banyak

    ReplyDelete
  34. @uncle

    hari-hari. semua kes kemalangan...

    ReplyDelete
  35. Innalillahi wainna ilaihi rajiun... memang betul2 sebak cerita ni.. si ayah maut di depan anak sendiri.. Kesian kan.. Dah namanya ajal..
    al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  36. @gen2merah

    Dah ajal dan ketentuan. Usaha kita hanya boleh hati-hati je, doa semoga urusan berjalan lancar

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?