Ikut Belakang

Thursday, December 8, 2011

Genetik


Tak tahulah kenapa sepupu-sepupu aku ni ramai yang kecik-kecik. Agaknya memang kecik dan takkan besar lagi kot. Tak makan gamaknya. Nak kata mak dan ayah dorang kecik tidak juga. Baka dan gen sama dengan mak dan abah aku sebab dorang kan adik beradik. Hiks.

Tapi, ada tapi. Yang tudung biru tu baru darjah 4. Kakaknya yang tudung merah tu darjah 6 lebih kecik daripada dia. Kecik-kecik pun dapat 5A UPSR. Ada kemungkinan juga sebab dorang ni kecik lagi. Terai la dah sunat nanti tengok besar ke tak. Errr, termencarut ke? Takkkkk.

Aku dulu? Darjah 6 lagi besar, selalu time perhimpunan kena beratur belakang sekali sebab paling tinggi. Gabak pun ye jugak. Bayangkan berat 58kg time tu. Ahaks.

Paling kurus dan ringan aku pernah capai 55kg. Masa tu macam anorexia je sebab tinggal tulang. Rangka besar, isi tak ada, muka cengkung. Boleh pakai jeans. Bajet ramping sangat. Wahhh masa tu hati riang-ria semua orang kampung teruja. Alah, tak lama pastu naik semula.

Sekarang? Sekarang 163cm, HAHA itu tinggi. Jangan tanya la sebab dah lama tak timbang. (Tak ada orang nak tanya, kau saja gedik cerita). Trauma tengok penimbang. Laki aku pun elakkan aku terjumpa penimbang sebab muncung boleh buat gulai. Pastu mogok tak nak makan. Yay, tak makan boleh kurus.

Tengok kaki pun bunting gajah, seluar dari M tukar L dan mungkin XL. Kembali ke asal (zaman sekolah)? Mungkin yaaa.

Tapi, ada tapi. Macamana nak kurus, banyak lagi makanan yang belum dimakan. Contoh, sekarang nak makan McD Prosperity. Oh mannn, selagi tak muak aku takkan berhenti beli McD. Makan sampai muak, sampai muntah, sampai seluar kena XXL, mahu?


Dulu, masa cintan cintun laki aku kecik molek orangnya. Dia rendang dan kurus. Disebabkan dia malu, dia gemukkan badan sebab nak debab macam aku jugak. Nak sama-sama tinggi tak dapeklah dia minum enfraGROW pun takkan grow. Jadi, gemukkan badan supaya sama saiz. Eleh.

Sekarang perut dia yang ke depan dulu. Asal perut kempis sikit, terus meraung sebab dia kata tak nak aku kena kutuk debab sorang-sorang, kerana cinta dan sayangkan isteri, ikut sama debab jugak. Yelahhhhhhhhhhhh tuuuuuuuuuuu.

Aku ajak pergi jogging dia takut perut buyung dia kempis. Jadinya, tak kurus jugaklah aku nih. Minggu lepas baru kena sound manja dengan MIL yang cakap menantu dia makan nasi banyak. Takut beras habis lettew. Ish, tak baik cakap macamtu. HEHE. Sambil gelak la tu. Gurau-gurau ngan menantu kan.

14 comments:

  1. @uncle

    awww, boroi tanda bahagia...

    ReplyDelete
  2. mak aih tingginya fara dan ell! boleh jd model


    darjah 6 58 kg?


    ell akak waktu pregnant 9 bulan berat cuma cecah 56 aje (blh bayang x betapa cekedingnya akak?)


    apa pon ell jgnlah smpi x makan sbb nak kurus ya..yg penting sihatttt...


    abaikan gurauan ibu mertua tu..dia hanya bergurau mesra :)

    ReplyDelete
  3. betul tu, prosperity pun ada dua kan,
    ayam n dagin, mesti kena muak dua dua baru betul. hehehe

    genetik kecik, memang jeles!
    pasal makan camana pun tak gemort
    n buleh lompat jer mana mana halangan along the way.

    heheheh:)

    ReplyDelete
  4. Darjah 6, aku 63 kg. BOO. Kau kalah.

    ReplyDelete
  5. biar btol berat juna 63 mse darjah 6...dhsyat jgak...hehe jgn marah ye..

    ReplyDelete
  6. termencarut.
    kah kah kah.
    tak boleh blah.
    btw, tahniah budak kecik tu dapat 5a

    ReplyDelete
  7. @kak fara

    woaahhhh, tingginyaaaaaaaa. boleh jadi model. dasat nih...

    ReplyDelete
  8. @cik rina

    haaaa...ringan dan kurus, baby kecik ke time tu? akak jangan kurus sangat. saya ni takdolah diet beriya, cuma kawal makan je, kalau tak kawal maunya naik berkilo-kilo...
    *MIL cuma bergurau je kak, hiks...

    ReplyDelete
  9. @pocket

    benar. makan dulu properity daging sampai muak. pastu baru makan ayam pulak.
    seriyes jeles ngn orang kecik. makan banyak tapi tak gemok pun...

    pocket, kamu lucu

    ReplyDelete
  10. @jelah

    haha. itu dulu, sekarang Juno dah kurus

    ReplyDelete
  11. @ihsan ariffin

    ahaks.
    thanks (mewakili budak kecik tu)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?