Ikut Belakang

Tuesday, December 6, 2011

Hujung Minggu Yang Terisi VI

Mancing lagi. Dalam hujan lebat pun mancing jugak.
Minggu lepas dah ramai orang turun menggagau sebab air bendang kering dan surut.
Aku tak minat menggagau, takut tergagau benda lain.
Hiks.

 Semangat betul walaupun lens dah kena air. 
Mancing pakai helmet takut kepala masuk air. HAHA

 Tengah mancing, ada orang datang nak bergumbira ambil gambar sawah

 Puyu dan haruan. Puyu aku yang dapat, haruan suami yang terror. 
Aku dapat haruan pun sekor je.

 FIL cakap makan ikan haruan nanti kulit jadi putih. Nak, nak, nak putih. HAHA

 Tapi puyu yang besarrrr punya ni aku dapat. Keh keh keh.
Apabila digoreng jadi kecut pulak. Boleh buat kudap-kudap, makan dengan nasi panas.

 Rambutan tiba-tiba ada dijual di stesen Shell. 
Tak sampai 10 minit pakcik tu letak, licin.
Murah ye, RM2 seikat. Aku beli 2 ikat.
Ini kat bawah kaki aku dalam kereta.
Semua nak disumbat kat sini, termasuk plastik berisi sampah.

30 comments:

  1. Seronoknya dapat tangkap ikan, tapi kakcik takut kalau2 dapat ular dan lintah!

    ReplyDelete
  2. pandai mancing ell..hebatnyaaa...makan haruan jd putih ke? nak jugaklahhh hehe

    ReplyDelete
  3. @kakcik

    itulah kakcik, takut kalau tergagau belut atau ular. lintah tak ada pulak dekat bendang tu

    ReplyDelete
  4. @cik rina

    ala, biasa-biasa je tak pandai pun, baru belajar.
    FIL katalah jadi putih, itu yang duk gagah pergi mancing tu. keh keh keh

    ReplyDelete
  5. hebak mancing ell neh..hihi

    nak rambutan!

    dill.

    ReplyDelete
  6. Pergh pandai nye mancing.. Dulu pernah follow abg masa time bujang tapi sekor pun tak pernah dapat. Give up sampai sekarang tanak ikut. Ikut mancing udang kat kedai apek je. HAHA

    Rambutan tu mempesonakan. Mak kita kata baru berbuah tak masak lagi kat kg. Hehe

    ReplyDelete
  7. @Dill

    taklah Dill, baru je belajar masih terkial-kial pegang batang pancing.

    Rambutan Dill lagi sedap~~~

    ReplyDelete
  8. @Neerza

    takdelah pandai sangat, baru belajar je tuh, jadi gian sebab banyak puyu je. Lagipun puyu senang nak dapat. Hiks.

    Bestla, kat kg kita tak menjadi la musim buah. Beli jeeee.... uwaaa

    ReplyDelete
  9. Apa rs puyu tu eh? Sy mmg tak nah makan. Dan apa rs haruan tu eh? Sy teringin nak makan.

    ReplyDelete
  10. @bujal

    yesss, sungguh sedap sampai menjilat pinggan

    ReplyDelete
  11. @kak fara

    puyu macam manis-manis, goreng rangup-rangup jadi macam kerepek pulak.
    haruan pulak isinya lebih kurang macam keli, rasanya pun manis jugak.

    ReplyDelete
  12. @hazen

    kesiannye, dah la jauh, pulang la ke tanahair sekali sekala...

    ReplyDelete
  13. murah rezeki kamoo yer..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. ell , kalau cik ina ada kat sana, cik ina minta sikit ikan tu buat ikan pekasam. sedapnya ell.

    ReplyDelete
  15. nmpk sedap ikan puyu tu..wahh kalo wat pekasam sedap kan..heee :)

    murahnya rambutan...

    ReplyDelete
  16. pergghhh cayalah.. serius,.. kalau saya yang p mancing tak pernah nya nak dapat2... tu sebab tak suka hobi ni... ekeke

    ReplyDelete
  17. bila lens masuk air, gambar serupa kabur paranormal.

    ReplyDelete
  18. @uncle

    takut tergagau ular atau belut.
    adehhh~~

    ReplyDelete
  19. selamat pago yang ceria ya Ell (",)

    ReplyDelete
  20. @papa

    alhamdulillah, ada makanan untuk lunch dan dinner kan.

    ReplyDelete
  21. @cik ina

    boleh cik ina, banyak ni. nak-nak musim habis padi dan kering air. boleh mengagau je.

    ReplyDelete
  22. @juliet_ira

    memang sedap ira. kalau buat pekasam lagi sedap.

    ReplyDelete
  23. @gen2merah

    saya bagi tips ye, saya pun baru belajar. orang kata puyu ni senang nak dipancing sebab dia suka main-main kat umpan di mata kail.
    jadi, macam senang je nak dapat. keh keh keh

    ReplyDelete
  24. @juno

    betul. jadi separa-normal.

    ReplyDelete
  25. @delarocha

    owhhh, rugi la. saya pun tak minat tapi taknak hampakan suami yang ajak. keh keh keh

    ReplyDelete
  26. @gen2merah

    selamat pagi cikgu

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?