Ikut Belakang

Monday, December 19, 2011

Musibah

Salam semua.
Plan balik kampung tergendala sebab saya dan suami ditimpa kemalangan jalan raya pada hari yang dijadualkan balik, 10/12/2012. Baru 2minit keluar rumah lepas Zohor, belum makan tengahari lagi sebab plan nak beli makanan dalam perjalanan nanti tapi, takdir telah menentukan segalanya. Sungguh sedih, tapi syukur Alhamdulillah yang tidak terkira kepada Allah SWT kami berdua dipanjangkan umur lagi. Sesungguhnya badan bengkak-bengkak dan lebam-lebam, setiap malam tak dapat tidur, terngigau-ngigau, banyak lagi lah. Memang kami 'bercuti panjang' minggu lepas. Bajet hanya 2 hari je tapi seminggu bertemankan ubat-ubatan.


Saya perasan, ada dua tiga entri yang leading kepada kejadian, macam berkait-kait pula. Mula-mula saya cerita pasal kemalangan yang menimpa orang dalam kes di pejabat saya, lepas itu cerita saya dapat kemalangan kecil 5 tahun lalu seolah-olah ada 'sesuatu'. Itu perasaan saya sajalah.


Kemalangan berlaku di simpang, kereta dipandu oleh budak muda 20an datang meluru secara laju, makan jalan kitorang. Terus terhentam, kereta masing-masing berubah kedudukan, kereta kami terlompat ke dalam semak lagi 1 kaki tidak terjerumus dalam parit. Masa tu Allah saja yang tahu perasaannya. Terkejut, menangis, takut dan macam-macam lagi perasaan berbaur datang. Tingkap kereta kami tidak sempat naikkan, kaca cermin kereta tersebut pecah dan serpihannya bertaburan masuk dalam kereta kami, masuk dalam kuku kami. Kami terhentak ke hadapan di seatbelt dan terhentak semula ke belakang. Suami saya terhentak stereng dan banyak lagi kalau nak disebutkan tidak habis satu hari. Apa salah kami, segala langkah keselamatan dah kami ambil atau mungkin belum cukup untuk mengelakkan kemalangan itu, kelajuan paling perlahan sebab itu jalan kampung dan juga simpang tapi orang yang tidak bertanggungjawab boleh datang langgar kereta kami. Ya Tuhan.

Agak bernasib baik dan kami sungguh bernasib baik sebab dipanjangkan umur. Nasib baik kami tidak terperosok ke dalam parit. Atau juga terkeluar daripada kereta. Agak baik sebab kereta kami tinggi sedikit jadi kaki kami terselamat daripada terpatah atau remuk. Kasihankan budak tersebut? Tidak. Dia tidak kasihankan dirinya sendiri, bawa laju dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia luka sedikit di kepala tapi dia tidak minta maaf atas kelalaiannya. Dia tidak insaf atas kejadian 2 bulan lepas akibat kemalangan dengan kereta bos dia. Dia kemalangan lagi dengan kami. Kenapalah dia suka menjadi penyebab. Apa yang dia fikir agaknya. Tidakkah dia fikir kesusahan dan kepayahan dirinya sendiri biarpun dia tidak fikir tentang orang lain.

Bayangkan keadaan kami yang berjauhan, yang ada hanyalah kereta menghubungkan kami setiap minggu. Susah dan jauhnya keadaan kami sekarang. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami, sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada dugaan yang Engkau berikan kepada kami. Selamatkanlah kami dan keluarga kami daripada segala bencana dan malapetaka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Mungkin kemalangan ini untuk sedarkan kami supaya muhasabah diri. Kami lalai dengan nikmat dan kesenangan yang Allah berikan selama ini. Mungkin kami yang tidak cukup lengkap persiapkan diri kami dengan langkah-langkah keselamatan. Kami tidak menyalahkan takdir yang menduga kami seperti ini tapi dengan rasa tanggungjawab setiap orang yang menghargai nyawa, tolonglah berhati-hati dimana sahaja kita berada. Tolong.

 Oh keretaku... sob sob

Additional = Budak tu hilang selepas kemalangan. Tak tahu mana pergi. Katanya pergi ke Hospital. Tapi kami pergi ke Hospital buat x-ray, tanya pada staf, budak baru kemalangan tidak datang ke hospital. Kereta dia total loss, kami claim insurans tapi dalam 4 bulan baru settle. Boleh pulak dia lepas kemalangan terus dia keluarkan rokok dan hisap dengan selamba tanpa ada rasa bersalah. Nasib baik kami ni bukan suka bertumbuk, kalau ikutkan rasa syaitan ada dalam diri kami, mahunya kami tumbuk muka dia. Langsung tidak bertanggungjawab. Buat report dan check up, keputusan kes dia bersalah dan kena kompaun. Budak tu baru dapat lesen, kenapa tidak gantungkan lesen dia? Lepas ini orang lain yang jadi mangsa.



24 comments:

  1. kuang ajar tu~~tak minta maaf langsung~da tu setel camna?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur lu selamat...selama lu takde mati2 gua ingatkan lu senang hati dikampong beb...rupanya ada kejadian disebalik semua tu..

    ReplyDelete
  3. Bujal - report polis, claim insurans. budak tu buat muka sardin je

    ReplyDelete
  4. ya allah ell..pttlah lama kamu menghilang..


    mujur kamu tidak apa-apa..mmg dugaan betul..


    budak tu ptt kena gantung lesen aje..membahayakan org lain..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah! Nsb bek awak tak apa-apa. Syukur sgt2.

    Sy kejam. Sy ralat kenapa budak tu tak tenat. Serius! Biar ada pengajaran. Sampai ke mana hati kering dia tu gamaknya?

    ReplyDelete
  6. waqheh - alhamdulillah sangat-sangat dan banyak-banyak. tak jadi balik kampung pun. cuti dah habis.

    ReplyDelete
  7. fiuhh. alhamdulillah umur still dipanjangkan lagi. padan la lame tak hapdet. sobsob. semoge cepat sembuh dari luke2 dan hati yg luke ;)

    ReplyDelete
  8. cik rina - sokong. dia tak akan insaf. syukur tak ada apa-apa.

    ReplyDelete
  9. samad - terima kasih Samad. erm, payah sungguh bila fikir perkara tu

    ReplyDelete
  10. kak fara - saya pun kejam kak, kenapa dia tak serius? nanti dia berani buat lagi

    ReplyDelete
  11. Ujian adalah tarbiyah dari Allah.Semoga bertabah ell :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah akk n suami selamat..

    pasti trauma kan dengan kejadian tersebut..

    semoga tetap sabar dan tabah..:)

    ada hikmahnya di setiap apa y berlaku..

    budak tu patut kena gantung lesennya...huuu

    ReplyDelete
  13. sya - betul sya. alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. akk pnya kereta avanza ek?

    nsb baik tinggi kan?

    semoga cpt sembuh kak..:)

    ReplyDelete
  15. juliet_ira - syukur selamat ira. thanks

    ReplyDelete
  16. juliet_ira - a'ah. itulah, nasib baik. :P thanks ira

    ReplyDelete
  17. Ell, sihat?

    owh..kesiannye..
    baru baca blog awak arini & baru tau...

    kalau kita memandu berhemah mana pon,
    x semestinya kita selamat sebab ada orang lain memandu secara bahaya.

    pe pon, glad that both of u safe : )

    take care dear


    xoxo

    ReplyDelete
  18. Akak Rahimah - Saya sihat kak. betul tu, yang macam itulah yang membahayakan keselamatan. Thanks kak.

    ReplyDelete
  19. Dugaan dari Allah SWT, sekadar menguji sejauh mana kesabaran kita. sabau ye ell, nasib baik ko terselamat dalam kemalangan tu.maafkan cik ina, terlambat baca entry ni.

    ReplyDelete
  20. hehe..klu ikutkan jiwa muda..mmg nk bertumbuk kt ctu la

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?