Ikut Belakang

Friday, December 2, 2011

Sulit dan Persendirian

Orang putih cakap Private and Confidential.

 KALAU...

Semalam dalam blog kakcik saya ada bertanyakan kakcik mengenai cara-cara bagaimana nak buat private post. Dan Kakcik ada memberikan sedikit panduan untuk buat private blog. Terima kasih kakcik sebab ajarkan saya. Entri Kakcik tentang auto publish, sticky entry dan sebagainya lagi memang menambahkan pengetahuan saya. Sedangkan selama ini saya hanya bertanya pada Reen apa-apa yang saya tidak faham.

Sedikit ralat apabila ada sesetengah pendapat yang salah faham maksud dan tujuan saya berblog. Saya hanya nak menambah pengetahuan sahaja. Ataupun saya terlalu sensitif atau emo dengan segala komen-komen orang. Kadang-kadang, ianya menjadi umpatan sehingga kononnya  segalahalkaukejadah semua nak cerita?

Herm, nampaknya segala urusan hati dan perasaan (emo) saya kena luah kat tempat lain la lepas ini, ramai silent readers yang membaca kepanasan. Lagipun apa motif saya nak private blog sedangkan sekarang saya sudah sayangkan kawan-kawan bloggers. Apa motif saya menulis di blog kalau tiba-tiba tak mahu orang baca? Ataupun, secara relevannya ini blog saya, biarlah saya nak tulis apa, mengumpat apa pun, sukahati sebab kamu boleh tulis apa yang kamu mahu dalam blog kamu sendiri? Hai, nanti lepas ini keluar statement kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada yang kawan-kawan lama saya (saya agak) yang membaca (silent reader) dalam blog saya (bukan nak membangga), sehingga tidak puas hati meluahkan komen. Pernah kalau kawan-kawan perasan satu entri saya di bulan puasa, anon memberikan komen terlampau yang menggunakan perkataan carutan. Saya delete komen dia yang pertama dengan carutan dia yang hard tapi dia komen lagi dengan carutan yang "light-light" dan bagi hint lain pulak. Kurang sopan kalau nak komen blog orang dengan perkataan tidak senonoh. Saya tahu dia siapa sebab gaya dia bertanya macam biasa bagi saya.

Tapi saya takkan private blog. Tanpa blog, siapalah saya. Kalau ikutkan hati, boleh je emo saya hari ni jadi pedas sampai eh, pompuan ni mulut jahanam rupanya, sabarrr jelah. Saya emo ni kepada anon yang komen merepek je, tak ada kaitan dengan hal-hal lain.

Apakah saya terlalu bersopan dalam entri hari ini?
Rupanya sulit nak memahami manusia.

16 comments:

  1. Siapa kata senang nak memahami isi hati manusia? Sy sendiri susah nak percayakan org sbb dah byk kali terkena. Bila dah terkena, skt hatinya? Tuhan aje yg tau.

    Sy senyum bila dpt komen anon sbb mrk penyumbang unique visit kat blog sy. Terima kasihlah bebanyak si anon2 k? Jgn isau, walau sy delete kat kotak komen tp sy tetap akan post kat entri sy setiap komen anon. Hiks!

    ReplyDelete
  2. @kak fara,

    memang susah nak faham. kadang-kadang terfikir, apa yang aku cakap tadi salah ke? apa yang kita nak sampaikan lain pula yang difahami.

    kalau cek stats, memang penyumbang besar adalah anon. terima kasih anon. keh keh keh.

    ReplyDelete
  3. senang je~~disabled komen anon~

    ReplyDelete
  4. @bujal

    nak disable mata orang yang tidak diundang.
    keh keh keh
    thanks bujal

    ReplyDelete
  5. Biaso la ado yang suko ado yg tak suko blog kito nih,abaikan jer..

    * dari segi simptom mmg rabun silau tuh..pergi la buat eye test k..

    ReplyDelete
  6. eLL...

    nak kata tak sakit hati, memang sakitlah juga. Kita tak usik sesiapa, tapi ada yang bagai tersengat kerengga. Melatah tak tentu hala, siap sekali caci dan cerca.

    Tapi bila difikirkan balik, yang buat onar tu tak seramai yang memberikan sokongan. Jadi, pedulikan saja kerana kita tak rugi apa-apa.

    ReplyDelete
  7. @papa

    ye papa, biarkan mereka dengan labu-labunya

    ReplyDelete
  8. @kakcik

    sokong.
    biar mereka terasa lagi dengan ayat-ayat power

    ReplyDelete
  9. jangan dilayan mereka-mereka yang sebegini. teruskan menulis asalkan ia membahagiakan kamu. :)

    ReplyDelete
  10. @hana ahmad

    hiks. thanks Hana.
    menulis membahagiakan jiwa

    ReplyDelete
  11. ikut cara bujal x paling mudah sekali buat tanggani anon2...:)

    ReplyDelete
  12. anon tu biasa la penggangu idup kita..kadang2 klu xde anon,boring gak idop ni..hehe..alah kak, delete je komen yg akk ase x berkenan

    ReplyDelete
  13. @daddy

    Hiks, idea yang bagus.

    ReplyDelete
  14. @IM

    betul, itu jelah satu komen anon pun. hiks.

    ReplyDelete
  15. lain kalai nak tau apa-apa, tanya uncle....

    nanti uncle tanya gugel...

    ReplyDelete
  16. @uncle

    keh keh keh, okay uncle gugel, eh uncle BB

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?