Ikut Belakang

Tuesday, December 20, 2011

Yang Membuat Kerosakan

Minggu lepas minggu sibuk. Tercuti dengan tiba-tiba, rehat dengan hati yang tidak tenteram. Kemas-kemas mana yang patut sebab kat ruang tamu dah jadi stor barang-barang dari dalam kereta. Macam-macam disumbat sampai lupa kat mana simpan. Rupanya apabila dipunggah-punggah barang (sebab kereta hantar bengkel) banyak terselit-selit barang yang dahulunya 'hilang'.

Bila time kemas tu tetiba sedih je mengenangkannya. Huhuhu, kesian suami kena berulang alik hampir 3 jam naik motor selama 4 bulan (kalau claim cepat settle). Hari minggu pulak kami berdua naik motor juga balik rumah. Maunya berpetak vontot masing-masing. Sobs sobs. Alah, takpelah dulu boleh je kan?

Oleh sebab ruang tamu dah jadi stor barang kami, dengan hadiah-hadiah daripada kawan-kawan masa majlis kahwin dulu yang belum sempat dipindahkan, dengan bilik kami sudah penuh dengan segala barang yang eh kenapa semuanya nak letak dalam bilik nih? Bayangkan alat-alat mancing pun disimpan dalam bilik. Oh tidak. Sungguh sayang barang dia yea. Jadinya, kami serang ruang tamu untuk parking barang itu semua.

Tapi, ada masalah puleks. Jaga-jaga nanti barang tersebut jadi makanan anai-anai. Amboi sedap dia melahap kotak-kotak tu semua mentang-mentang tuan dia balik check kadang-kadang je kan. Tak cukup dengan itu, cik CT pun tumpang sekali. Hampir tiap malam pasang perangkap, tiap-tiap malam dapat hasil. Oh dunia...




Hari tu dalam drawer, suami terkezut tengok drawer penuh dengan cili kering yang diambil entah dari plastik cili kering mana entah dan diletak dalam drawer tu. Haih, maunya buasir cik CT ni. Dahla digigitnya drawer tu sampai rompong. Cik CT ingat cili tu gula-gula stroberi ke?
MIL kata batu asahnya hilang. Suami cakap, "Mama, cik CT yang ambik".
Sabor jelah dua beranak tu.


Nasib baik ada kucing-kucing Cikgu Abu. Boleh main dengan cik CT
 

24 comments:

  1. Maaaaaaaaaaaaaakkkkkkk! Mak menti dok ngusung cili ke? Adehh! Pedih bontot weh!

    ReplyDelete
  2. uncle suka tikos....

    tapi miki maus je la....

    ReplyDelete
  3. ulang alik 3jam?mak aih.kesian juga tu.hu3

    ReplyDelete
  4. anai-anai bahaya lorr boleh roboh rumah dikerjakannya..


    cik CT tu laks berpenyakit..cecepat kemas ya ell

    ReplyDelete
  5. haha, sila lah menjadikan perkara² itu hadiah kepada kawan² blog, daripada rosak camgitu je tak boleh guna (terasa seperti memberi sebuah idea sungguh bernas) ;D

    ReplyDelete
  6. eh skt2 pon sempat akk berkemas ek..:)

    umah ira tbe2 ada cik cencurut!huu

    ReplyDelete
  7. kak fara - a'ah. dia suka pedas-pedas. keh keh keh

    ReplyDelete
  8. uncle - kalau miki maus saya pun nak belaaaa

    ReplyDelete
  9. aleen aideen - hahaha, alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete
  10. cik rina - hahaha. dua-dua membuat kerosakan, kena kerja keras lebih nihhh

    ReplyDelete
  11. tikus moden makan cili kering. ko jaga sikit ell, kena buh gam ni.mati kena gam tak de lah busuk sangat.

    ReplyDelete
  12. minggu lepas baru lepas sesi mengemas rumah tapi cik T masih ada menyembunyikan diri main sorok2 dengan ai.. huhuhu.. moga janganlah dia amik kesempatan bila kami takde kat rumah..

    ReplyDelete
  13. harap settle la masalah2 tuh semuo yer..

    ReplyDelete
  14. cik ct kata..."aku nak itu! aku nak itu! jangan monyet..eh jgn tikus....

    ReplyDelete
  15. alamak, masalah kita sama aarr anai2 bermaharaja lela.. abis kitchen kabinet yg akak buat guna duit 'korban' bulanan akak... lepas tu cik tee.. marah x da makanan, digigit wayar, pintu bilik.. ganassss.... tapi semua akak bunuh ngan rendam bagi mati dia...

    ReplyDelete
  16. uiittt...gelii titus tu :)


    org lipis ke..
    hubby kak ati pun

    ReplyDelete
  17. kat tempat opis gua ni..gua dah dengar makcik CT buat party kat loteng atas....seriesss...gua seram...huhuhuhuhu...........

    ReplyDelete
  18. anai2 tu paling sakit hati. cepat2 buat sesuatu.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.

    Rasa terhibur pula membaca entri ini. :)

    ReplyDelete
  20. nak pinjam kucen. nak suh die main2 ngan tikus kat umah saye tu. adeh

    dill.

    ReplyDelete
  21. hehe. mcm mana nk buang anai2?? hehe

    jom tgk falsafah ni kejap//
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/kekasih-hati.html

    ReplyDelete
  22. hahahaa. mcm cerita arnab dan kancil:)

    ReplyDelete
  23. dh mcm crita thriller siap bersahut cerita :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?