Ikut Belakang

Thursday, January 27, 2011

Medical Negligence

Ada sorang doktor kena saman sebab salah operate patient. Patient ini ada ovarian cyst, ada fibroid. Tapi doc ni suggest surgery is the best way-lah tanpa menerangkan effect after surgery seperti oozing etc. Tapi, nitemare sebab dia salah bedah, komplikasi berlaku. After the operation, she's keep bleeding, keep keep keep bleeding. Then Plaintiff sue the doc. Muahahaha.

Salah satu soalan dari lawyer;

Do you agree because you never told her what the side effect and complication were. You more interested in cutting her up. You never gave her the first choice alternative, never explain to her, you told her it is a simple straightforward operation and she accepted?


More interested in CUTTING her up? Dan kes inilah yang membuatkan mulut aku berbuih sawan semasa menaip. Lantak la Grammar ke mana, asal keja siap. Banyak lagi kes beratur nuh.

Tweet : I close the case. My Manglish is poor.

Tuesday, January 25, 2011

Ketakutan

Orang kata aku sangat berani. Celah mana berani tak tau la. Mungkin setakat jalan kaki di malam gelap tanpa suluhan cahaya itu definisi berani kot. Atau berani bersuara lebih tepat emo-emo ikut 'dan' la.
Kalau kecik-kecik dulu berani melawan mak ye. Di zaman sekolah, berani mendekati cikgu dan bertanya soalan adalah berani juga dalam kamus.

Tapi, zaman study di JB dulu, baru aku tahu aku rupanya penakut. Setakat berani merantau duduk di negeri orang yang asing tu takdehal la. Turun ke kedai Tomyam Abang Siam tu seorang-seorang tercongok makan kat situ pun hal kecik jugak. (Unsur-unsur takbur dan riak).

Ada kelebihan, mesti ada keburukan di mana-mana ye tak. Selama ini aku tak tahu. Al-kisah aku selalu ke pasar basah di Masai, lalu di tempat orang duk jual-jual ikan dan ayam. Aku lalu je situ, dah terasa macam nak terkencing terberak sebab ternampak ikan-ikan besarrrr punya.

Ye, ketakutan aku adalah kepada ikan besar. Tak kiralah itu ikan mati atau hidup, semua aku takut. Segala mak nenek ikan ada, dari jenis yang berbintik hinggalah ke licin polos kulitnya. Mula-mula, memang lalu, pastu dah fobia dah tak boleh lalu langsung. Aku jalan jauh-jauh la kalau L' Amour tu duk suruh-suruh pilih lauk.

Melihat kepada muka ikan besar tu mak aih, dengan gigi berterabur memang nitemare la. Meremang-remang bulu Rhoma Irama-ku. Dah, rahsia dah terkantoi jadi bahan tak habis-habis. Asal pegi pasar je, mula la nak takutkan aku dengan ikan-ikan tu. Maunya aku berlari-lari kencang lari. Yang dia pulak makin kencang tarik-tarik suruh pegi tengok ikan. Jadi, kalo time funfair tak payah nak ajak pegi Rumah Hantu, memang tak takut punya. Tapi Rumah Hantu aku ialah di pasar basah atau mana-mana la yang ada ikan besar-besarrr punya.

Tak habis lagi, 4 tahun lalu dek kerana asyik jadi bahan jadi memang trademark la. Dia ajak pegi Aquaria. Tak boleh blah (ayat anak muda sekarang). Aku taknak, daripada aku buat muka, muncung-muncung macam mulut todak, sampai kena tarik-tarik kalau orang tengok maunya dorang cakap kena kahwin paksa dah. Sampai la jugak dalam pada mulut aku asyik cakap "TAK NAK PEGI" sepanjang perjalanan ke Aquaria. Dah abis dah aku duk cubit-cubit dia, pukul-pukul (samseng).

Bagai dimomok-momok, gigi dan mata Si Jerung yang kejam tu memberi mimpi ngeri. Tapi kalau bermimpi tangkap ikan besar, orang tua kata nak dapat rezeki besar. Ye ke? Taknak aku mimpi jerung, biar la dapat emas sekalipun.

Amik kau, depan Aquaria tu kan ada slide yang tunjuk ikan-ikan jerung bagai tu, aku ternampak (bukan tengok) je, terus melolong, nangis-nangis macam orang gila. LOL. Padan muka kau kena pujuk aku. Kejadian tersebut bukan sengaja. Dalam memang ketakutan, pastu ada orang paksa jugak, maunya tak takut tahap gaban. Nasib baik tak pengsan je. Tahu pulak "jangan nangis la, nanti malu orang tengok". Sape suruh, dah cakap aku takut.

Tweet : Sekarang? Aku berani mengatasi ketakutan itu. Tak percaya? Dare to believe it.

Monday, January 24, 2011

Glow of the Fireflies

Tajuk karangan tidak berkaitan dengan maksud karangan ini. Jadi, cikgu Bahasa Melayu potong markah. Setelah dipotong, body karangan saya dah jadi macam di bawah ini.
.
.
.

Nice. Haruka Ayase @ Amemiya Hotaru. Kawaii. Comei gila. Tapi sila panggil dia dengan nama
Aho(bodoh)miya.
*bukan cakap dia bodoh, tapi dalam cite Hotaru no Hikari, dia yang panggil nama dia macam tu

Hai blog yang huduh. Hari ni tak sempat nak bercerita sebab MALAS. Tengok blog dah huduh, semua orang dah malas nak baca cerita dalam masuk blog saya kan. Jadi, esok-esok atau petang-petang sikit la baru saya tulis. Bila dah blog nampak cantik di mata saya, bila dah datang 'abang Mud'.

Tweet : Hari ni abang Mud takde.

Friday, January 21, 2011

La La La Kerja La

Selalunya setengah/kebanyakan orang kalau tensen, tak kiralah tensen dengan apa sekalipun e.g kerja, pakwe, isteri, suami, bos, anak dan lain-lain akan prefer untuk buat perkara-perkara yang dorang suka e.g makan, window shopping, bercuti, layan movie, pergi cinema, keluar dating, menangis dan sebagainya.

WINRAR untuk aku sebab kalau tensen, selalunya aku akan tengok tv. Layan katun. Tapi seminggu ni, aku tensen dengan kerja, aku lagi buat kerja. Buktinya aku boleh siapkan 3 fail kes rayuan straight dalam masa sehari! Hatrik tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Dengan ala-ala transcriber, 3 - 4 orang saksi setiap kes dan campur oral submission, mau berpinau dan menggelegak telinga den neh nak dengar semua ayat yang keluar dari mulut kome. Dari opis bawak ke rumah, tengah malam siap. Esok print. Bila fail siap, mulut berbuih kena sawan (metafora). Pastu kepala pening. Takpe, boleh go lagi, telan panadol, sambung lagi kerja.

Tetiba menjelma wajah Doc : Hei, ko nak mata ko terputus dan berdarah-darah memancut ke? Kali ni bukan setakat pembuluh darah yang berdarah, mata ko dua-dua akan jatuh ke atas keyboard dan ko akan menyesal seumur hidup.

Guguguguguggu

Tweet : Bila tak taip prosiding, rasa macam tak lengkap hidup. Ke mana-mana sahaja, mesti ingat kerja. Balik kampung kalau tak bawa balik kerja juga, mau macam nak menangis dek rindukan "pressure kerja". Nikmat.

Wednesday, January 19, 2011

Dugaan

Masya Allah. Saya menangis tengok gambar dia menahan kesakitan.

Semoga Allah meringankan penderitaannya.
Kesiannya. Saya berdoa untuk awak supaya cepat sembuh dan tabahlah hadapi dugaan ini. Sabarlah andai benar kamu akan kehilangan anggota badan.

Jangan lupa Allah, doalah padaNya kerana hanya orang terpilih sahaja yang Allah turunkan dugaan tersebut.
Ada hikmah disebaliknya.

Air mata mencucuri membasahi keyboardku...

Muhamad Hairuman Miskon, 23, hanya mampu mengalir air mata apabila doktor menasihatkan agar kedua-dua pergelangan tangannya dipotong atas faktor perubatan.


Tweet : Hanya mampu mengirimkan doa.

Angkat-Angkat

Hai. Tetibe rasa segan dan kekok.

Saje je nak cerita. Aku ada 2 buah family. Kedua-dua family sangat best. Family satu lagi selain family kandung ialah family angkat. Best tau. Macam family sendiri. (Permulaan yang memang kekok).

Cara perkenalan dengan mak & family angkat sungguh unik dan sampai sekarang memang tak terjangkau oleh akal. Sampai sekarang pikir macamana aku boleh temui mereka? Dan yang terharu, mereka pun dah anggap aku sebahagian daripada mereka jugak. Kenal dorang sejak tahun 2003, masa tu tengah praktikal kat Seremban selama 6 bulan. Jadi, 6 bulan kat rumah mak memang hepi dan best.

Gila sungguh aku. Tak pernah ada orang yang dan-dan je gamble pergi jumpa mak & family angkat walaupun memang tak pernah kenal atau jumpa sebelum ni. Tetiba beli tiket ke Seremban, terus pergi ke rumah mak.

Gini, dulu aku aktif la chatting ym. Dalam duk chat, ada seorang mamat chat. Hari-hari duk pot-pet ngan dia, dia tanya plan dan aktiviti aku. Aku cite la aku dapat praktikal kat Seremban, tapi tak tahu nak tinggal kat mana. Aku saja je tanya-tanya dia ada tak rumah-rumah sewa yang murah kat sana. Aku cakap la aku dapat kat syarikat printing kat Taman Paroi Jaya (sebelah masjid & stadium Paroi). Tetibe dia dengan teruja bagitau dia ada mak angkat kat sana, terus offer aku duduk kat umah mak angkat dia. Then, dengan tiada pilihan, aku setuju.

Oh rindu.
Belakang dari kiri, Wak (Khairil), mak, pakcik (ayah), Ateh (sama umur ngan aku).
Depan dari kiri, Bang Lang, Adik, Kakak, Bang Cik, Along.
Gambar ni masa Ateh kawin 2010.
Masa 2003, Adik baru darjah 6. Sekarang dah tinggi mengalahkan Bang Lang.

***
Rupanya dia (si mamat) pakwe kepada anak kedua mak angkat dia tu. Tapi sedihnya, makwe dia dah ke rahmatullah sebab kanser saraf. Jadi, untuk tidak memutuskan pertalian, dia nekad menggantikan tempat arwah dan bersetuju untuk memanggil dia Angah (arwah dipanggil Angah).

Jadi, aku dengan tak kenal mamat tu, terus berhubung macamana nak pergi, nak turun mana, nanti dia tunggu kat mana dan segala yang mungkin la. Al-kisah, sampai la aku di Terminal One dan calling-calling mamat tu, awak pakai baju apa bla-bla-bla tunggu kat mana. Dah jumpa, terus je dia bawa ke rumah mak angkat dia.

Memang asing, tak kenal tetiba datang nak menetap, janggal dan segan. Tapi nasib baik ok semuanya. Lama-lama, aku biasa dan dah jadi ahli keluarga yang boleh diharap. Well, orang rajin mesti disayangi semua. Hahaha. Macam ahli yang lain, kena marah dengan mak, bergembira, buat aktiviti rumah bersama cuma tak bergaduh dengan adik-beradik lain je la. Mak selalu cakap, bertuah mak awak ada anak macam awak kan.

Disebabkan hubungan aku agak rapat dengan mak, masa aku nak balik Pahang time raya 2003, mak hantar ke Stesen bas Terminal One. Mak menangis dan berpesan, jangan lupa balik sini (Seremban) jumpa dia. Along pujuk dia "Mak, Ella balik raya kejap jela, nanti dia datang sini semula, dia belum habis praktikal lagi kan".

Aku dah menahan-nahan air mata dari tumpah. Aku cakap, "Mak, saya balik raya je. Pas raya saya datang sini semula". Sebelum raya, aku banyak tolong mak buat kuih. Dapat la buat balik kuih ros sebalang, sarang semut sebalang ole-ole untuk family aku kat Pahang. Dari Pahang, ole-ole untuk mak & family banyak la.

Habis praktikal tak semestinya habis di situ juga hubungan itu. Cuma masa nak balik terus ke Johor sambung kuliah, mak tak nangis tapi dia tak nak hantar aku ke stesen bas. Kakak cakap, kalau mak ikut, mak akan nangis. Huhuhu...

Tweet : Mak, nanti saya datang bila Ateh bersalin bulan 4 ni ye. Rindunyeee. Mak dah nak dapat cucu...

Empty Feelin'

“I just don't think I should be around interfering with things.”
-Tun Dr. Mahathir Mohamad-

Tweet : T_T

Tuesday, January 18, 2011

Awak

Awak, entri ini amat panjang.

Awak, boleh tak lepas awak baca, tolong la bagi pendapat kat kotak komen tu cadangan untuk saya menghadapi masalah ini.


Awak,
Sabtu lepas saya resah. Saya terkilan dan marah. Semuanya bercampur baur perasaan saya. Saya tak tahu nak cerita kat sapa, sekarang saya cerita kat awak.

Tahu tak Sabtu lepas, housemate saya 4 orang pergi jalan-jalan cari makan di Jeram, Kuala Selangor tapi dorang langsung tak ajak saya. Saya pun tak tahu kenapa (dorang tak ajak).

Awak,
Sebelum kejadian makan-makan tersebut, saya ada dengar plan yang dorang bincangkan konon-kononnya dorang nak pergi makan di sanalah. Saya dengar, tapi taknak campur sebab saya ingatkan dorang akan offer saya bersama lepas itu.

Tahu tak sebenarnya dorang tak ajak saya pun lepas dorang setuju dengan plan tersebut. Saya amat terasa hati la sebab roomate saya asik bercerita pasal nak pergi Jeram sebelum tu, dia kata kalau nak tahu jadi ke tak, sila tanyalah driver sakit tekak tapi tup-tup langsung tak offer saya. (T_T).

Awak,
Sebelum kejadian makan-makan tersebut, roomate saya jugak cerita, ada seorang housemate kami yang baru masuk rumah tu ada bersama semasa dorang planning. Dia sungguh tak suka kat housemate itu, dia cakap taknak ajak housemate tu.

Tahu tak, lastnya saya pun menerima nasib yang sama dengan housemate baru tu. Jadi, dorang tu tak sukakan saya sebab saya ni sama dengan housemate baru tu ke? Saya sedih sebab 2 orang roomate saya diajak, saya sorang je tak diajak. Saya ditinggalkan sorang-sorang kat rumah, memang la housemate baru tu ada tapi dia pun keluar dating gak malam tu. Saya tak takut momok atau hantu kalau tinggal sorang-sorang kat rumah, tapi masalahnya saya sedih kenapa dorang tak offer saya?


Awak,
Disebabkan saya emo takleh tahan, saya hantar sms kat roomate saya, "korang g mane?" tapi dia tak balas. Ape punya bengong saya pergi tanya soalan tu sedangkan saya tahu dorang pergi mana walaupun dorang tak bagitau pun? Dan bengong kali kedua saya ni sebab takkan la dia nak balas sms saya tu sebab dorang tengah gembira makan ikan stim kat Jeram kan?

Tahu tak, saya menangis sampai bengkak mata saya. Dan mata vampire saya tu pun bengkak jugalah. Tahu tak, sms tu tak delivered/pending mungkin sebab malam tu hujan lebat sebab tu dia punya line (celcom) pun bengong gak, sms saya tak sampai.

Tahu tak, saya tunggu sms dia la. Pastu kan malam tu kan hujan lebat jadi selebat itulah juga tangisan saya. Ada guruh juga dentum-dentam, begitulah juga tangisan saya diselikan dengan bunyi-bunyian yang sedu sedan itu.

Awak,
Dalam kepala saya yang jahat ni kan, saya telah berdoa supaya dorang ......................... dalam hujan lebat tersebut............................. (fill in the blank - kalo awak tahu apa saya sedang fikir). Sebab saya percaya doa orang teraniaya dimakbulkan (jahil).
Dalam kepala saya masa tu dah siapkan soalan kat dorang ni nak tanya nape tak ajak saya bla bla bla. Tapi tiba-tiba saya dilema (bukan buah delima) pulak sebab kalau saya tanya, nanti dorang akan benci saya. Awak tahu kan, saya ni mulut lancang jadi kalau saya tanya soalan emo saya, saya akan meroyan dan situasi tu akan tidak akan disukai orang.

Tahu tak, ada satu soalan yang benar-benar nak tanya kat dorang iaitu "KORANG PERGI JERAM, JADI SAYA DAN HOUSEMATE BARU TU JE LA YANG TAK DI OFFER, KAN?"
Saya nak sangat tanya dan tahu jawapan kepada soalan tersebut. Tapi saya tak kuat lagi. saya takut saya akan menangis macam anak kucing hilang mak kalau saya tanya direct kepada dorang. Takkanlah saya nak sms dorang pulak nanti dorang tak balas lagi la saya emo.

Awak,
Kenapa dorang tak ajak?
Adakah dorang tak suka saya?
Adakah dorang benci saya?
Adakah kereta tersebut tak ada place untuk saya? Tak muat ke?

Tahu tak? Tahu tak jawapannya? Atau awak ada soalan dan jawapan sendiri?

Awak,
Adakah saya ni suka membesarkan perkara yang remeh-remeh?
Adakah saya ni terlalu menjaga persahabatan sehinggakan saya terlalu memikirkan kenapa dan bagaimana?

Awak,
Saya malu sebenarnya nak cerita benda ni tapi saya tak boleh pendam dalam hati, nanti hati saya akan sakit dan menendang-nendang nak keluar.
Saya akan berfikir tentang masalah ini selagi ianya tak selesai.
Saya tak akan tenteram. Betullah, saya ni suka la nak emo sorang-sorang.

Tweet : Saya rasa driver tu yang tak suka saya? Arhhh, macam dorang tu best sangat.

Monday, January 17, 2011

Gedik

Seperti yang dijanjikan (tak pernah janji), hari ni nak tunjuk gambar sakit mata. Jadi, entri ini penuh dengan gambar gedik SS. Jangan jeles. Jangan muntah
Gambar ni diambil sebab sakit mata hari Isnin lepas. So, dapat MC 2 hari. (Itu pun nak kecoh, nak letak dalam blog jugak?)

Saksikan gambar yang penuh dengan kegedikan.

Sila rasakan kesakitan bukan sebab rasa sakit mata itu tapi sakitnya hati apabila kemana-mana mata orang-orang yang normal menengok aku dengan jakunnya. Rasa macam nak pergi terkam orang tersebut dan gigit serta korek biji mata hingga tersembul dari soket. Fuhhh. Rasakan kepedihan hatiku bila mata orang-orang memakukan penglihatan mereka kepada mata ini. Kuang ajo. Kalau nak tengok, tengok jela tak payah la menjakun sangat bergosip-gosip. Kan aku dah emo.


SUPER FOTOGEDIKS
or
FOTOSUPERGEDIKS

WARNING : JANGAN MUNTAH
.
.
.

 Hari Kedua, dah makin menjalar dan merebak

 Wohohoho...vampire! I will suck your blood. Ini paling teruk. Housemate semuanya menjerit-jerit ketakutan apabila menengok mata I tu. I saje celik-celik bagi diorang nightmare.

Ni macam dah ok sikit tapi still merah menyala macam kaler Proton Saga di era 1985.


Hehe. Gediksnye. Abaikan gigi terabur dan juga idung kemek serta kulit kusam berkedut tua, dari gambar first hingga ke akhirnya. Jangan mengigau nengok muka yang out of shape, tembom-bom. I takut orang akan mengigau tengok muka tak semenggah daripada mata yang merah. Chais.


Friday, January 14, 2011

Hilang

Dua hari tak kerja, rasa macam mood nak buka blog hilang. Dah rasa blog ni tak semenggah. Takde seri dah. Tak best. Semuanya TAK. Penangan rasa malas yang menular. Duduk kat rumah membina lemak, membuat tahi mata secara banyak. Doc suruh rehatkan mata tapi tengok tv 12 jam. Adoi.

Pix tiada kena-mengena dengan tajuk. Tiada kena-mengena juga dengan cerita Jejaka Beruang.

Lenkali takmau amik MC la, mata je sakit tapi mulut dan deria rasa memang berselera 24 jam.

Tweet : Asik layan blog, sakit mata tandanya 'jangan layan blog banyak sangat'.

Monday, January 10, 2011

Sunset

Suka sunset. Kalau boleh (memang) nak pergi ke hujung dunia dan tengok sunset. Romantik kan. Masa kat JB dulu, selalu lepak kat tanah lapang tengok sunset. Kalau kat kampung, selalu pergi ke hujung hutan cari cahaya yang nak tenggelam tu. Mak aih berani ko.

Di Jeram, tak lepas peluang tengok sunset. Time nak buka puasa (tahun lepas), sibuk lak duk bergambar "cepat, cepat matari da nak tenggelam la". Terkocoh-kocoh fotografer setting paling baeeekkk supaya muka aku tidak nampak hitam nan gelap. Tapi kalo da itam tu, guna la kamera HD ke, pape ke mesti itam jugak. T_T

In black. Maafkan saya kerana berjaya cipta silhouette. Silhouette la sangat.
(Selepas publish, nape gambar ni nampak macam gigi jongang)

Jauh sangat matari. Uhuhu...

Beberapa set gambar di bawah ni sunset kat umah sewa. Through my window. Takde keja nak buat, terus snap snap.







Yang ini waktu berbuka puasa di Jeram. Tak sempat ke restoren, terus berenti berbuka puasa kat sini. Lepas berbuka ala kadar, baru pegi solat kemudian sambung melahap di restoren jeram. Ni cerita puasa tahun lepas, basi dah...

Gambar gedik ini selepas waktu berbuka puasa. Nak sangat nampak background alas dari kulit kerang dan teruja sebab tanah dah jadi macam permaidani kerang

Jangan terpedaya dengan muka control yang masih teruja.

Tweet : Tak pasti boleh tengok lagi sunset atau tak. Kadang rasa macam nak nangis bila menengangkan banyak lagi benda yang nak dikejar.



Friday, January 7, 2011

Si Baby Sitter

Aku seorang babysitter. Sebelum menjawat pelbagai jawatan di peringkat swasta dan kerajaan, aku seorang baby sitter yang kaya-raya.
Haha. Ye, tak tipu. Selama menjadi babysitter, aku dah babysit 3 orang iaitu sepupu aku. Semua dari usia 4 bulan ke atas aku jaga dorang.

 Bermula dari kakak (Rabi'atul Adawiah), abang (Hakim Arif) dan adik (Aidil Alim Arif).

Paling mencabar ialah si kakak (Ah) sebab dia ni menangis tak henti-henti masa lahir sampai umur dia 2 tahun. Hari-hari aku duk babysit dia pun hari-hari dia nak menangis. Masa dalam jagaan, dia tak melalak tapi masa mak dia nak tinggalkan tu dia akan melalak macam orang kena rasuk. Jadi, terpaksa pujuk dan bawak dia pergi jalan-jalan dulu, mak dia akan keluar senyap-senyap. 

Abang (Arif) tak banyak kerenah. Cuma nak botol je tapi taknak susu. Dia nak teh. Jadi, isi air teh dalam botol je. Senang. Dia pendiam sikit tapi comel. Masa kecik kurus, tak tembam pun. Ah dengan Arif ni aku jaga sampai dia masuk tadika. Lepas tu jaga Aidil pulak.

Adik (Aidil) pun senang nak jaga. Yang sorang ni peramah pulak. Dia suka makan, tengok la badan pun tembom. Hahaha. Tapi sekarang dah banyak main, semua cekeding masing-masing. Baju dan seluar sama saiz dengan Arif pulak.

Masa tengah babysit Aidil, aku dapat kerja kat KL, jadi terpaksa tinggalkan dia. Sedih woo masa ni. Aku dah anggap macam anak sendiri dah semua. Bukan macam adik, tapi macam anak.

Arif. Aidil. Ah
Sekarang dah besar. Comelnye. Rindu la kat korang.
Sekarang Ah dah Form 1. Arif darjah 3. Aidil 4 tahun.

Yang tengah tu Danish. Bukan adik-beradik dengan dorang. Alala. Arif still control macho.
 Danish dah tak mau posing, dah penat.

Ha, ini Danish (Muhd. Danish Huzaifah) masa beberapa bulan. Tengok baju dia gambar kat atas tu, baju sama kan? Haha.

Si Danish tak sempat aku nak babysit sebab mak dia tak bekerja. Jadi mak dia yang jaga sendiri.
Amacam? Ada bakat tak aku nak jadi Ibu Paling Penyayang? Haha. Jangan risau, aku tak kan emo dengan budak-budak yang comel.

Tweet : Aku nak anak ramai-ramai.

Kepanasan

Oh tidak. Pagi-pagi buat aku angin. Suka bagi aku Emo pagi-pagi. Cis.

Berlengganglah aku dari kafe, terus masuk lif ke tingkat 3. Pagi-pagi aku sedekah kuntuman senyum kepada semua orang. Pembuka rezeki kan. Sampai ke pintu rintangan di tingkat 3, ada sorang amoi telah menyelongkar beg sebab/mungkin nak cari kad akses (pintu rintangan kena buka dengan kad akses).

Aku terasa simpati tengok dia bertungkus lumus menyelongkar, terus menawarkan bantuan dengan pergi mengscankan pintu tersebut. Kiranya da dapat banyak pahala daripada pagi la kan (takbur).

Lepas dah boleh akses, dengan muka kelat ketat dia bukak dan terus blah macam takde pape, macam pintu tu zam zam alakazam terbukak sendiri. Haih, aku dah menyirap dengan orang yang bodoh sombong, sombong nampak betul-betul bodoh. Amoi aaa, lu tatak mau cakap itu toche ka? Atau paling kedekut pun senyum meh? Meh? Meh? Meh?

So, sepanjang perjalanan aku ke opis, aku duk menengok dia dari belakang. Ha, cuak, cuak ye. Oh, rupanya kat sini opis kau. Tahu rasa bersalah, kau bukak pintu opis sempat lagi jeling aku? Pesal ko nak kena tomoi sedas ke? Eh ko nak rasa Tomoi Emo boleh.

Jadi, segala pahala-pahala tadi aku rasa dah termusnah oleh perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang tersebut di atas. Sekian.

Tweet : Aku tak boleh kalo tak layan benda bodoh ni. Mesti nak emo jugak.

Thursday, January 6, 2011

Bujang Menggedik

Tumpang bahagia, gembira, teruja, terharu dan jeles. Jeles dengan Yus Momoi  kerana dia baru kahwin tapi dah expecting. Dah nak jadi mak budak. Dengan Poyaty jugak sebab dia dah nak kawin tak lama lagi (jangan lupa jemput-jemput). Kenapa aku sorang yang ketinggalan ni? Jangan tingal daku kebujangan seorang diri. Sob, sob, sob...

Aku nak jugak.
Nak macam ni. Kat sini.

Tweet : Tetiba menggedik

Wednesday, January 5, 2011

Pelik Tapi Benar

Cerita kegemaran aku ialah Sesame Street. Aku pernah ditanya oleh Jejaka Beruang apakah feveret program yang aku paling layan dimasa senggang. Aku jawab Sesame Street. Dia terpinga-pinga sebab masa tu aku sudah berumur 20 tahun, bukan 2 tahun. Dia cakap, "Eh, itukan pre-school punya program, bahaya la awak ni, betul ke tak betul?"

Betul la. Aku tak tipu aku suka Sesame Street dari kecik sampai umur 20 tahun ketika itu. Dan sekarang masih minat dan tengok Sesame Street lagi.

Dia cakap stop tengok.


Sunny Day

Sweepin' the clouds away
On my way to where the air is sweet
Can you tell me how to get,
How to get to Sesame Street

Come and play
Everything's A-OK
Friendly neighbors there
That's where we meet

Can you tell me how to get
How to get to Sesame Street

It's a magic carpet ride
Every door will open wide
To happy people like you--
Happy people like
What a beautiful

Sunny Day
Sweepin' the clouds away
On my way to where the air is sweet
Can you tell me how to get,
How to get to Sesame Street...
How to get to Sesame Street



Pada suatu hari aku babysit sepupu, aku tengah layan Sesame Street tetiba dia nangis. Rupanya masa tu Cookie Monster tengah mengaruk : makan cookie dengan lahap. Jadi, dia yang pre-school tak suka Sesame Street, orang-orang macam aku la yang kena layan. Haha.


Yay, Elmo. ♥

Tweet : Kadang-kadang pala otak orang Emo macam aku ni menggerunkan juga ye.

Tuesday, January 4, 2011

Tarik Balik

Ok, aku ketawa berdekah-dekah.
Semalam buat statement KFCM tak hensem dah. Aku toksey doh ko mung. Hahaha. Memang. Dia kan ada awek dan nak kawin dah kan. Tapi sifat kelakar yang ada dalam diri KFCM serta merta mengubah perasaan aku semula. Cewahhh.
Go BUDU, go go.
Apa punya kelakar la soalan dan jawapan masing-masing masa temubual tu?

Paling haru...
SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

Paling mantap...

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.

Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?
Tweet : Untuk pembacaan lebih lanjut dan menggeletek deria lawak sila ke sokerLeaks-temubual KFCM. Layannn.

Kampungku Indah

Ya. Sudah biasa kalau kawan-kawan dan keluarga tanya, "tak balik kampung ke?", "tak cuti balik kampung ke?", "ko dah tak reti nak balik kampung ke? (tanya macam harammm)".

Tak sayang mulut tanya soalan macam-macam mesti ada perkataan "kampung" dan "ke"? Apehal semua nak suruh aku balik kampung tiap-tiap minggu? Ko ada banyak duit nak sapot tambang bas aku ke? Ko tak risau aku eksiden naik bas ekspres balik kampung ke? Lagi takleh blah la cakap pasal eksiden. Ekceli semenjak dua menjak ni aku takut la nak naik bas ekpres balik kampung. Tapi itu lain cerita la.

Best sangat ke kampung aku? Korang yang tanya macam-macam, seperti mahu aku balik dan tahu serupa apa kampung aku kan? Jauh woo nak balik kampung. Sakit leher duduk dalam bas asyik tido je takde kerja lain dah. Sakit punggung sebab lama duduk atas kerusi. Itu belum campur lagi nak cirit ke nak kencing, macamana?

Tak. Sekali lagi keluar daripada tajuk. Nak cerita pasal kampung. Kampungku Indah tajuknya macam karangan masa sekolah rendah kan. Kenapa saya suka kampung saya? Sebab dia besttt...

Sekarang aku nak tunjuk apa yang besttt... 
 
Depan rumah aku ada gua okay. Korang kalau nak homestay kat umah aku, kena selimut time tido malam. Suhu memang amat sejuk

Ini time musim buah-buahan. Aksi aku tengah membersihkan buah durian sebelum dijual.

Terus dari ladang. Fresh ni. Saje bikin panas. *Aku tak makan durian.

Nama dia Memey. Aiya lupa letak Norman Hakim
Saje letak nama Memey. Sebenarnya comel. Tapi bila panggil laju-laju jadi Memey lak. First time dapat kucing putih. Kalau tak, kalernya hitam je.

Ini dalam gua yang awal-awal aku tunjuk. Dua orang sepupu aku tengah tangkap berudu. Jakun juga budak ni.

Bila dongak kepala ke atas. Pemandangan dalam gua. Masa kecik-kecik seram woo tengok

Nah, jakun tak habis lagi budak dua orang ni

Ni masa air dah surut sikit. Ha, biasa bulan 11, 12 tiap tahun air akan tinggi cecah dinding dalam gua. Masa ni nak terjun tiruk dari atas pokok getah pun boleh la.
Dorang berdua ni nak main dalam air tapi takut aku jerkah. Jadi, permulaan sipi-sipi je. Bila lama-lama habis berendam dua orang.

Kat tempat lain. Dalam kebun getah arwah nenek n atok. Kitorang panggil kolam kat sini sebab dasarnya berbatu. Air sejuk macam kat Atlantik. Huhu. Ada labi-labi gergasi yang selalu muncul. Ada siput sedut, ada ikan.
Ini tempat lain bukan dalam gua tadi.

Pokok rambai berbuah lebat. Lama bertahun-tahun tak berbuah tetiba tahun 2010 kemain lebat.


Teruja tak?
  
Sebab ini yang paling best. Dari kiri aku, kakak, mak dan adik bongsu aku. Sedang bergaya seperti orang kampung.
Best kan balik kampung. Eh, eh, best kan kampung indahku?
Banyak lagi benda best. tapi tak boleh la balik kampung selalu kan.

Tweet : Balik time perayaan je.

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru Masihi

Selamat Tahun Baru 2011.
Sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat tak hensem sangat pun. Sangat tak hensem.

Tweet : Betul.