Ikut Belakang

Monday, February 28, 2011

Cerita Kampung #1

HAI BLOG BUSUK. Selepas kerja kahwin kakak, penat tak hilang lagi. Tangan nak putus angkat-angkat beg, seminggu ini busy pulak duk buat projek 5's. Apa itu 5's? Cercerita, cercerita? Ah, nantila aku cite. Busy ni, tapi nak gak update.

Kalau cerita pasal penat, sampai hari ni tak habis lagi penat. Perjalanan balik kampung memang menyeksakan jiwa raga dan tubuh badan. Turun dari rumah 7.30 pagi lagi ke stesen Hentian Putra. Sampai kat sana 8.30 pagi. Bas 9.30 pagi. Maunya melangut jugak la kat stesen bas. Tapi ok jugak sebab ada banyak masa nak pergi tandas, makan, menguap banyak-banyak dan lain-lain hal secara spontan. LOL.

Dugaan sebelum naik bas amatlah "berat". Seberat beg yang aku galas.
 Beg isi laptop, beg kuning tu barang-barang makanan. Beg troli isi barang-barang untuk kakak yang dia duk pesan sekian lama.

Bayangkan kepenatan menggalas beg-beg berat tu. Nak disedapkan cerita, eskalator pulak rosak. Lif pulak takde. Aku rasa macam nak campak beg-beg dari atas ke bawah supaya senang tak payah nak berat-berat. Dari LRT Masjid Jamek lagi eskalator dah rosak. Turun STAR LRT PWTC, eskalator yang itu pun rosak jugak. T_T

Dalam perjalanan yang berat tadi, ada pulak makhluk pria ciptaan Allah meng-sweet-sweet, men-senyum-senyum kat aku. Kau tahu aku tengah penat galas beg, mahu aku sepak kepala kau ke. Hah ambik.

Dalam bas, dari stesen Pekeliling, bas stuck sebab ada kereta parking tengah jalan, semua kenderaan tak boleh lalu. 1/2 jam stuck macam tu rasa macam 'Argh suwei la hari ni'.

Sampai kat kampung pukul 2.00 petang. Aaah lega.

Thursday, February 17, 2011

Baby Blue & Grey

Dek kerana kakak aku nak kahwin 19/02/2011 ni, makanya tema adalah baby blue dan grey. Semuanya barang-barang nak ikut tema. Kalau takde kaler baby blue, grey pun jadilah. Dari langsir sampai ke floor mat semuanya nak tema.

Yang aku tak tahan, sarung kaki pun nak kaler grey jugak. Tak ada orang lain, aku la yang kena carikkan sarung kaki dia. Mana aku nak cekau? Dah la esok nak naik bas dah.


Kak, kau boleh tak bagitau aku dari tahun lepas lagi? Supaya aku senang nak cari.
Bye. Cuti esok dan balik kampung

Wednesday, February 16, 2011

Tidak Ada Tajuk


Sepanjang minggu ni, TV3 asik je tayang drama-drama lakonan Fauzi Nawawi. Aku rasa muka dia tak sesuai jadi Ustaz. Kalau jadi orang jahat (penjahat), sesuai sangat. Jadi, dah boring tetiba aihhh nape muka dia lagi berlakon dalam cite nih. Tak de orang lain ke.

Semalam cuti. Buat nasi ayam. Teruja first time buat. Bolehla tahan. Nasib baik semuanya menjadi dan sedap la. Kerana L' Amour kekenyangan sebab dia ada terlibat dengan Program Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor, jadi ayam ngam-ngam untuk ratah. Nasi pula terlebih. Aku tak pandai nak agak untuk berapa orang makan. Bila tuang beras rasanya eh, macam tak cukup je. Bila tambah dah jadi banyak. Sape nak habiskan?

Lastnya, malam tadi buat sambal bilis makan dengan nasi ayam yang lebih tu. Balik rumah nanti makan lagi sampai lebam. 

Jumaat ni aku cuti balik kampung. Nak pesan je kat kampungku itu kurangnya coverage dalam rumah. Luar rumah tiang tepi henpon tu penuh. Tapi bila dalam rumah tiang tepi henpon tu tinggal tiang je semata-mata. Haha. Jangan marah kalau msg pending dan panggilan anda tidak dapat dihubungi. dijawab.

Gerenti la balik kampung ni banyak kerja nak buat. Kenduri punya pasal, gotong-royong memang penat. Kakak dah memekak sebab balik last minute. Dia kata aku tak balik awal nak tolong dia buat persiapan.
Beg penuh, bawak beg troli pun macam tak muat lagi barang. Semua ni barang kau la kak! 

Tweet : Ikut Emo memang majuk tak nak balik

Friday, February 11, 2011

Lama Benar

Wahhh!
Lama benar aku tak emo. Lama tak muncung-muncung.

Muncungmu panjang sejengkal

Sebab dah perasan stats tak bergerak. Kawan-kawan pun dah tak sudi nak jengok.

Banyak keja sikit la. (So, keja banyak ke keja sikit sebenarnya?). Well...
Sibuk dengan persiapan kahwin. Aha-lol. Persiapan perkahwinan kakak. Dia suruh beli itu, ini buat itu ini jadi arghhh CROWDED!

Tweet : Minggu depan balik kampung. Oh Yeah sentap!


Tuesday, February 8, 2011

Suatu Hari di Tanjung Karang

Welcome to Tanjung Karang. Sungguh glemer si Tanjung Karang tempat shooting drama Nur Kasih. Tengoklah sawah nan terbentang. Eceh.

Aku segerombolan (4 orang) je bermalam di Tanjung Karang. Ini cerita 23/05/2009 yang dah basi sangat-sangat. Tapi nak jugak memaparkan keindahan Tanjung Karang yang suatu hari nanti akan menjadi tempat tinggalku. Muahahahaha.

Tengok je la gambar...

Faizal mancing sepat. Kusyuk ohh.

Poyo mancing jugak. Haha. *Jangan Kacau*

Sian Wiza. Dia sorang tak dapat-dapat ikan dari awal sampai petangnya...

Ceh. Tak abis lagi. Ikan baru makan umpan sikit, dah menggelabah nak tarik naik pancing.

Aku dah blur benda apa yang dorang ni duk main sebenarnya. Si Faizal beria la pulak

 Si Hafiz yang berlenggeng tu. Aku pun tetiba join main lompat-lompat takde pekdah. Wei ape yang ko gelak tu Faizal. Hahaha.

Semua macam takde keja lain ke nak buat? Faizal tangan bengkok. Haha.

Dah, dah. Apa la korang main tu. Tak senonoh. *Aku mungkin terjatuh kot. Haha.

Sekian. Wassalam. Pagi tengah menguning. Kami main kat sawah sampai mentari terbenam...

Tweet : Sepat goreng pun sodap


Wednesday, February 2, 2011

Sumpah Sesumpah

Oh sungguh boring la hari ini kerja seorang diri. Tercongok sorang-sorang dekat opis. Semua orang cuti.
Jadi saje nak share hari ini...



Ready untuk jadi witness?

Sebelum bercakap, kena angkat sumpah dulu.

Dan part yang banyak tershashul adalah ayat "sucihati". Dorang suka-suki je tukar ayat dan baca "sukahati".

Bermacam-macam pe'el orang boleh kita tengok semasa ini. Time ini semua terketar-ketar angkat sumpah. Apa yang nak ditakutkan? Bukannya kena pegang Sesumpah pun. Time baca sumpah je gemuruh tapi yang menyedihkan, lepas tu ada lagi yang menipu dalam keterangan.

Maksudnya mereka setakat baca sahaja. Semua orang boleh baca. Jadi, perangai macam ni macam perangai Sesumpah. Boleh bertukar-tukar pendirian/keterangan serta-merta. Agaknya pasni kena tukar ayat tak boleh gunapakai ayat "sumpah" merujuk kepada proses angkat sumpah.

Tweet : Part tak best ramai lawyer yang nak bertekak sesama sendiri, sesama saksi, dan juga sesama YA.

Nak Hot Macam Dia!

WOWOWO

Aku suka awek nih.

 Orianthi Panagaris

Perform dengan MJ

 Layan lagu According To You. Memang lagu ulit tidur setiap malam. Dengarlah dia goreng gitar dia tuh. Aku nak huraikan keynote gitar dia satu hapah pun aku tak reti. Aku reti dengar je. Layan semua lagu dalam album dia.

First time dengar lagu dia dan tengok VM dia, dah start suka dia.

ROCK BEBEH

Bila la nak hot pandai main gitar jugak? Aku suka awek reti nyanyi dan reti pegang dan main gitar. Tapi aku tak suka Ana Raffali okay? Ana ni gedik sikt la. Nyanyi pelat. Pastu keep mention "tak boleh pose sorang², kena juga pose dengan gitar". Blah. Aku tak kisah korang sape-sape suka Ana, tapi aku tak suka dia.

Tweet : Prefer Yuna daripada Ana